WARGA SENI LAWAN SAKIT
Senyuman ikhlas kekal hiasi wajah kami penggiat seni walau semua tau ramai antara kami sedang diuji pelbagai penyakit berat.
Ebby Yus sedang tempuhi sakit jantung & sakit buah pinggang kronik, Shima sakit paru-paru & pundi lemah, Ali XPDC lama bertahan hidapi serangan jantung.
Pelakon Mak Mah hidapi kencing manis komposer Zul Mahat, Shuib Freedom, Jeffrydin, Dr Sam Rasputin, Andre Goh Kieran, semua waega seni di situ punyai masalah kesihatan.
Aku sendiri bermula dengan serangan jantung sejak 2 tahun lepas & masih dalam rawatan, diikuti pembedahan mata kiri & kini menunggu pembedahan mata kanan pula Februari nanti.
Kami makin memahami semua ini ujian ALLAH. Jangan kecewa, sebaliknya tempoh semua ni dengan redha. ALLAH sayang kita semua.
Dalam meredah ujian ni Yayasan PEKEMA tampil membantu menghulurkan sumbangan meringankan beban. Menerusi usaha KARYAWAN kami dikumpulkan dalam majlis Sumbangsih PEKEMA PRIHATIN di Hotel Pullman KLCC KL.
Datuk Haji Mohd Nazari Nordin Presiden PEKEMA, Datuk Hj Zainuddin Abdul Rahman (Penasihat), Datuk Freddie Fernandez Presiden Persatuan KARYAWAN bersama Datuk Khadijah Ibrahim, Kalian amat memahami situasi kami wargaseni & sentiasa tampil membantu.
Jazakallahu khair. Semoga ALLAH membalas segala budibaik kalian. Semoga keikhlasan ini menyemarakkan lagi persaudaraan & persada seni kita bersama.
Terus bangkit, lawan sakit, jangan manjakan sakit.
Mohon hanya kepada ALLAH.
Ulasan
Catat Ulasan