BANTU SIMPATI PETUGAS MEDIA.

Pergi mana petang Selasa lepas bro?.

Ohh....aku kat Wisma BSN. Ada jemputan majlis Titipan Kasih Harian Metro dengan Bank Simpanan Nasional (BSN).....'BSN Jengah, TKHM Singgah'. #BSNCare

Majlis apa tu?.

Tu haa majlis petugas media disantuni Bank Simpanan Nasional
BSN & akhbar Harian Metro di majlis Titipan Kasih.

Antara penerima sumbangan acara tu Kamil Rahim (New Straits Times), Nur Fatihah Sulaini  (Harian Metro), Imbran Abdullah (Astro Awani), Nas Ahmad  (ex wartawan & produser TV3), Shahril Azman  (Utusan Malaysia), Marlia Mohamad (RTM), Jamhariah Jaafar (ex Berita Harian), Azran Mad Jaafar (ex Berita Harian), Azlan Bahrum (ex Utusan), Valiamah A/P Balaisingam (Tamil Malar), Roshila Murni Rosli (Sinar Harian), Fathil Asri (NSTP), dan Ku Azmi (bapa kepada pelajar UiTM yang maut dalam kemalangan di Dungun (BH).

Semua 13 orang wartawan & bekas wartawan dari pelbagai agensi media itu terima sumbangan wang tunai & kotak rezeki berupa barangan keperluan harian.  

Alhamdulillah sumbangan ini dapatlah bantu ringankan beban para wartawan yang perlukan bantuan ni & dapat eratkan hubungan silaturrahim antara pihak korporat & warga media

Nama penerima ni disediakan dari kerjasama BSN serta Hawana dengan bantuan rakan media strategik, Harian Metro.
‘BSN Care 50 Hari Memberi - BSN Jengah, TKHM Singgah’ ini Harian Metro buat pertama kalinya bekerjasama dengan Bank Simpanan Nasional (BSN) dalam program Titipan Kasih Harian Metro (TKHM) sempena sambutan ulang tahun jubli emas BSN yang ke-50 tahun ini. Tujuannya meraikan wartawan yang berperanan penting sebagai pencetus pembentukan minda masyarakat berinformasi.
Tetamu Kehormat majlis itu YBhg. Dato’ Seri Dr. Awang Adek Hussin, Pengerusi BSN

Encik Jay Khairil, Ketua Eksekutif BSN

Encik Jasbant Singh Partap Singh, Pengarang Urusan Kumpulan, Berita & Hal Ehwal Semasa, Media Prima Berhad

Encik Husain Jahit, Pengarang Kumpulan, Harian Metro merangkap Pengerusi Projek Titipan Kasih Harian Metro.

Semoga acara kebajikan warga media seperti ini berterusan di lain kesempatan.

@harianmetro @bsn @hawana @#titisankasih #wartawan 


Ulasan

OWW YEAH!

SABAR AJALAH KITA YE AMY SEARCH

KALAU TAK SEDIA JANGAN JUMPA M.NASIR

ARWAH SUDIRMAN SENTIASA DIKENANG