IKHLASKAN, BUKAN BALASAN
Kuala Lumpur: "Dulu saya wartawan, saya juga editor, penyunting video, produser, & sekarang di hujung usia & hujung karier saya, saya pula mengalami nasib apa saya pernah buat dulu, seperti dapatkan berita artis susah, siarkan kisah mereka (kemudian) mereka dapat sumbangan daripada mana-mana pihak," kata bekas wartawan program hiburan popular, Melodi iaitu Nas Ahmad, 62.
Beliau seorang daripada 13 pengamal media dan bekas pengamal media menerima sumbangan inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) kerjasama Titipan Kasih Harian Metro dan Bank Simpanan Nasional (BSN) menerusi BSN Care 50 Hari Memberi - BSN Jengah, TKHM Singgah.
Program itu juga bersempena dengan sambutan ulang tahun jubli emas BSN yang ke-50 pada tahun ini.
Nas atau nama sebenar, Md Nasir Ahmad berkata, Harian Metro dan BSN antara beberapa lagi pihak lain yang sangat prihatin kepada perkara memberi sumbangan kepada mereka kurang bernasib baik.
Beliau kini tidak lagi mampu bekerja akibat masalah jantung dihidapi sejak 2022 sehingga memberi kesan kepada kewangannya berikutan sudah hilang punca pendapatan.
"Dulu dapat bantu siar berita insan seni yang sakit. Kita bukan minta balasan apa. Kena ikhlas, Tak terfikir pun saya kerja mana lepas bersara nanti tu. Tetapi ditakdirkan what goes around comes around. Kini kita pula diuji sakit dan dibantu.
Nas memberitahu keadaan kesihatannya pada masa ini masih cepat letih dan kini kedua belah matanya pula terpaksa dibedah.
Sementara itu, jurufoto New Straits Times Press (NSTP) Muhamed Fathil Asri, 51, yang menjalani pembedahan buang ketumbuhan di kepalanya di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, Februari lalu meluahkan rasa kesyukuran menerima sumbangan.
Bagi keluarga kakitangan Harian Metro, Suraya Effizan Mohd Nawai, 48, pula berkata sumbangan diterimanya memberi satu perasaan dihargai sebagai orang yang sakit.
#artismalaysia #wartawan #artiswartawansakit #titiankasih #sumbangan
Ulasan
Catat Ulasan