SUMBANGAN IKHLAS YAYASAN TAN SERI MUHYIDDIN CHARITY

Terima kasih ALLAH.

Aku rasa macam tak cukup ayat kalau cuma ucapan 'terima kasih' tu aja sebab bagi aku sumbangan ni besar keikhlasan & keperluannya kepada aku, macam juga semua sumbangan dari semua pihak lain...sumbangan material atau doa, kecil atau besar. Maka aku sekalikan dengan syukur alhamdulillah juga.

Bukan sekali, tapi ini kali ke 2 Yayasan Tan sri Muhyiddin Charity Golf serta  semua staf usahakan sumbangan menghulurkan bantuan  kepada aku & beberapa pesakit lain.

Tahun lepas cuma sumbangan ikhlas kewangan utk tampung kos sakit jantung & kos  pembedahan mata, kos rawatan & kos saradiri tidak mampu bekerja kerana sakit.

Tengahari semalam (Rabu 30hb Okt) berlokasi di Tropicana Golf & Country Resort sekali lagi sumbangan disalurkan, kali ini berupa sebuah kerusi roda elektronik kepada 2 wakil  media & 2 pesakit kanser pula.
Budi kalian tetap dikenang bagi kami semua. Semoga ALLAH memberikan ganjaran serta pahala & kejayaan berlipat ganda kepada kalian yg berjasa.

Kita tetap di dunia & di persada ini. Semoga terus bangkit hadapi segala dugaan di hadapan.

#sumbangan #ikhlas #derma #tsmy #charity #sakit #wartawan #kanser #kerusiroda #syukur

Ulasan

OWW YEAH!

SABAR AJALAH KITA YE AMY SEARCH

KALAU TAK SEDIA JANGAN JUMPA M.NASIR

ARWAH SUDIRMAN SENTIASA DIKENANG