REHABILITASI DAN DOA SEMBUH SAKIT.
..Dulu aku tak tau, maklum tak pernah kena sakit kuat tak pernah masuk wad. Sekali dah tua ni...alamak...kena serangan jantung terus beb!. Haaa gelabah. Baaarulah ambik tau macam-macam pasal sakit itu ini.
Aku kena tunggu 2 tahun baru dapat slot giliran buat Angiogram untuk rawat saluran darah ke jantung.
Lepas tu pulak aku sangkakan seminggu cam tu baik dah...normal life dah....boleh kerja macam dulu dah....rupanya nak sembuh tu pun ambik masa lama jugak!. Ada yg setahun, ada yang hampir 2 tahun. Adusss!.
Ha sebab tu lepas angio tu dah 4 bulan aku masih dlm pantauan hospital & belum boleh sambung kerja asal aku terkejar sana sini pikul kamera, interbiu orang. Balik tu hadap komputer buat video editing tu pulak.
Sementara nak tunggu mungkin tahun depan baru sakit jantung ni kira dah settle, effect jugak kat mata aku!. Makin pudar & tak nampak. Dah check mata kat Hospital Sg Buloh, kena tunggu slot giliran operation mata bulan februari tahun depan!.
Ishhh llaaaama tunggu tu wehhh!!. Slot jantung dulu aku tunggu 2 tahun baru dpt buat rawatan angiogram tapi slot operate mata ni pulak aku rasa bahaya kalau tunggu lama. Napa?....sebab sekarang ni pun penglihatan aku dah berbaki kurang 10% aja, lepas tu....padam/blackout!.
Itu yg terpaksa tanya kat hospital lain yang boleh settle kan cepat (takyah tunggu bulan 2).
Alhamdulillah ALLAH bantu. Semua dipermudahkanNYA. Bulan lepas alhamdulillh dapat dah buat operation mata.
Next....tunggu operate mata kanan pulak tahun depan.
Sementara tunggu keputusan lanjut jantung tu pulak, ada aktiviti rehabilitasi
pihak hospital buatkan.
Bagus ni. Aktiviti fizikal / senaman + ilmiah Maklum dah bertahun terlantar kat katil dah tentu badan semua kedut. Perut mula boroi, jalan makin terhad, tambahan faktor usia pulak tu kan haaa makin down la jadinya kalau tak buat rehibilitasi kan?.
Aku dah habiskan jadual rehab seminggu sekali ni. Now masuk sesi rehab sebulan sekali pulak.
Best aktiviti ni. Dulu banyak yg aku tak tau apa pasal sakit jantung ni. Doktor selalu busy tiap hari layan beratus pesakit. So dengan sertai rehab ni semua kita boleh tanya kat situ.
Untuk senaman fizikal ada kayuhan pedal basikal, ada berjalan/berlari atas treadmill, ada aktiviti memasak, kemas 'rumah', main golf, ehh senamrobik pun ada.... macam-macam la. Aku suka.
Siapa suka sakit?
Takda siapa suka, kan?. Semua nak sihat kan?
Aku pun.
Tapi kena faham selagi hidup kat dunia ni mau tak mau kita kena tempuh sakit & sihat semua ni, sebab semua ni ujian ALLAH kpd semua yg hidup.
Kita hadap semua ni dgn tabah, akur, & berdoa mohon bantuan hanya kepada DIA, bukan kepada sesama manusia.
Yeeaa kita berdoa mohon bantuan cuma kepada DIA.
#wartawan #sakit #doa #rehabilitasi #hospitalserdang #mohondandoakepadatuhan
Ulasan
Catat Ulasan