KALAU TAK SEDIA JANGAN JUMPA M.NASIR

 Nama penuh dia Mohd Nasir Bin Mohamed, orang kenal dia M.NASIR. Nama penuh aku pulak Mohd Nasir Bin Ahmad, orang kenal aku NAS AHMAD. Ahh lebih kurang sama aja nama penuh aku dengan nama penuh dia tak jauh mana pun kan?. Haaaa ha ha.


Aku tak ingat gambar ni bila dan kat mana. Maklumlah sepanjang 30 tahun kerja wartawan hari-hari aku kena jumpa artis itu ini kat sana sini maaanalah nak teringat semua kan?. Rasa-rasanya ni kat Singapura sekitar era 80an kot?. Ntah. Aku dah tanya kat jurukamera aku Jeffri Iran tapi dia pun tak pasti bila, kat mana dan tahun berapa ni. Haaa dia dengan aku saaamalah dol.
M.Nasir (skrg Dato M.Nasir) ni lain macam sikit berbanding artis lain. Dia jenis yang bukan terus jawab kalau kita interbiu tanya soalan kat dia. Dia akan tanya kita balik sebelum dia kasi jawapan. Makanya kalau kita tak tau atau kita blur dengan soalan kita ke...fuyoo!....konfom terkantoilah kita situ.
Contoh, dulu aku pernah interbiu tanya dia apa yang dia nak paparkan dalam klip video terbaru dia lagu Raikan Cinta. Dia bukan terus jawab, dia tanya aku balik “yang awak nampak apa?”. Haa nampak tak dia pulang balik soalan kat aku. Nasib baiklah sebelum aku interbiu dia hari tu aku sempat buat homework sikit, aku tengok dulu klip video lagu tu kat rumah, dapatlah aku buat beberapa soalan untuk tanya kat dia. Tak gitu...konfom terkantoi le aku bila dia pulang balik apa yang aku tanya dia kan?.
Aku jawab kat dia “yang saya nampak suasana kat gurun padang pasir, ada sekumpulan pengembara yang nampaknya keletihan. Tetiba ternampak ada air terpancur keluar dari tanah dan pengembara tu gembiralah kan. Tapi itu persepsi saya, nak tau persepsi M.Nasir sendiri sebenarnya apa ye?” (Aku pulak pulang balik soalan kat dia). Lepas tu baaru lah M.Nasir jawab apa soalan asal aku tadi sepenuhnya. Haa cam tu.
Tu yang dulu pernah keluar berita kat satu suratkhabar tulis M.Nasir sombong. Sebenarnya bukan dia sombong, wartawan yang datang interbiu dia tu tak prepare tak buat homework bagai. Hari tu bos (editor) dia assign dia gi sidang media M.Nasir tanya soalan ini ini dan ini. Dia pulak tak kaji dulu soalan tu, tak buat homework dulu tak prepare pun apa-apa, terus-terus bawak empat lima soalan yang bos dia bagi tu terus-terus je gi tanya kat M.Nasir. Sekali M.Nasir pusing balik tanya lanjut soalan tu kat dia, dia terkantoi. Bila dia dah termalu, tu yang terus-terus besoknya keluar kat suratkhabar dia tulis kata M.Nasir sombong. Pembaca yang tak tau apa pulak percaya tulisan dia, habis satu Malaysia anggap betul. Itulah cerita sebenarnya. Adehhh!
Selama aku kenal M.Nasir dia sebenarnya kelakar. Selalu bila duduk sembang dengan dia, kita beriya iyalah tumpu dengar dia cakap sampaikan terlopong rupanya dia gurau je. Hampehhh betul!. Itulah M.Nasir.

Ulasan

OWW YEAH!

SABAR AJALAH KITA YE AMY SEARCH

ARWAH SUDIRMAN SENTIASA DIKENANG