SELAMBA M.NASIR 'GAME'KAN AKU!

 Satu aja ke memori aku dengan Dato M.Nasir?.

Eh tak!, ada lagi weyy. Semalam aku dah post sini satu cerita lama aku dengan M.Nasir kan?, ha meh sini aku share satu lagi cerita nak?. Aku nak cerita pasal yang semalam aku kata dia ni kelakar pulak.
Dah lama dah dulu masa tu aku kerja TV3 jadi Penolong Penerbit rancangan Muzik-Muzik kejap. Rancangan tu live tiap hari Khamis dari Studio B kat Bangsar. Tiap Khamis aku dengan team unit produksi Muzik-Muzik kena gi studio tu dari ofis kami kat Sri Pentas. Tengahari ada rehearsel dengan semua artis jemputan dan petang tu live.
Hari tu antara artis tamunya ialah M.Nasir. Tengahari tu dia dah sampai, jadi sementara tunggu krew teknikal siapkan studio kami sempat lepak teh tarik kejap kat gerai depan studio tu. Sambil tu kami sembang pasal itu ini macam-macam.
Sedang bersembang kat gerai tu tetiba M.Nasir jengok kepala ke luar gerai dan pandang ke atas. Aku hairan kenapa tu?. Aku pun jengah samalah pandang atas tapi..eh tak nampak apa-apa pun. Ada langit je. Aku tanya dia kenapa, dia diam dan terus sambung minum. Aku pun sambung minum jugaklah kan.
Tengah aku minum tetiba dia jengok kepala keluar lagi tengok langit. Aku pun ikut samalah tengok nak tau apa yang dia tengok tu. Dia toleh atas arah kiri aku ikut kiri dia toleh kanan pulak aku ikut kanan tapi aku tak nampak apa pun kecuali langit. Aku tengok dia dan tanya ada apa?. Dia diam dan masuk semula kepala sambung minum. Aku terpinga-pinga sendiri apa hal mamat ni, tanya kenapa tapi tak jawab.
Sambung minum, sambung sembang.
Pada tika dan saat ni lah aku dah mula terfikir apa hal Mamat ni asyik tetiba jengok ke luar tengok langit, ko dah kenapa?. Tak kan tak pernah tengok langit kot?.
Tengah minum & sembang tu.....laaagi sekali dia jengok ke luar!.
Kali ni aku malas nak ikut sama, aku terus tanya je dia ada apa ni bro?.
Korang tau apa dia jawab?......
...dengan selambanya dia jawab “Takda apa, kena jaga kalau-kalau ada helikopter jatuh terhempas nanti ke kan”.
Peerrgghh jawapan dia tu buat aku rasa teramat-amat serbasalah. Rasa bengang melanda sebakul dalam diri ku. Saaangat serbasalah. Aku serbasalah memikirkan patut ke tidak aku hempokkan aja si M.Nasir ni?...tapi kalau tak dihempok takleh tahan!.
Aaada ke kena berjaga-jaga sampai ke tahap macam tu sekali?. Peerrgghh!.
Lepas tu aku tengok dia mula kih kih kih kat aku sebab dah berjaya kenakan aku. Sabar ajalah aku tahan menyirap serata badan.
Haa korang tengoklah dalam ramai sangka dia ni serious la garang la apa-apalah tapi dalam tu selamba dia aja kenakan aku. Tu pasal aku kata dia kelakar.
Kalau kena kat korang pulak cam na?.
Apa pun...I salute u bro.

Ulasan

OWW YEAH!

SABAR AJALAH KITA YE AMY SEARCH

KALAU TAK SEDIA JANGAN JUMPA M.NASIR

ARWAH SUDIRMAN SENTIASA DIKENANG