TERJAH ANIMASI : FANTASI KE REALITI?

 Lama dah aku tak lukis kartun. Ni ha gambar lama aku tengah lukis kartun. Lukis free hand ye, komputer tak ujud lagi masa era 70-80an tu. Dulu kartun aku pernah gak tersiar kat URTV. Kat komik Ujang pun pernah sebagai kartunis tamu.

Rupanya minat dan bakat aku lukis tu jatuh kat anak sulung aku Alun Nas. Zaman dia melukis dah guna komputer dah kan. Dia graduan Graphic Designer. Semua design tshirt Dinotizen yg kat www.instagram.com/dinotizen keluaran syarikat kami Nas Studios tu hasilkerja dia.
Sebenarnya dah lama aku pendam satu impian. Korang tau aku pernah cipta segmen Terjah masa aku produce Melodi kat TV3 dulu kan?, so to move on aku ingin nak buat Terjah tu jadi siri animasi la pulak. He he. Terjah kat Melodi dulu tu berkaitan artis aja kan, Terjah kat youtube channel aku skrg ni pulak www.youtube.com/nasahmadterjah skopnya lebih luas masuk bidang lain jugak kan?. Haa untuk Terjah animasi ni pulak lain. Ia siri kartun animasi pengembaraan. Ceritanya pasal seorang superhero (adiwira). Hero ni seorang wartawan. Episod minggu ni kisah dia benteres penjenayah, episod minggu depan dia tangkap pencuri, episod minggu lepas tu pulak dia tolong cari budak hilang ke, macam-macam lah kan.
Dah namanya pun kartun, superhero pulak tu, tak best la kalau dia takda superpower kan?. Dia sentiasa bawak mikrofon sakti. Bila dia tekan-tekan button mikrofon tu boleh bertukar jadi senjata ke, jadi perisai ke, jadi apa-apalah, boleh jadi kipas jugak utk dia terbang!. Fuyoo!.
Pada aku kartun mestilah sesuatu yg manusia tak boleh lakonkan. Contoh...boleh leperkan badan masuk celah bawah pintu lepas tu toink!..bertukar bentuk asal semula ke. Kena tembak siap nganga mulut kunyah peluru tu sembur balik kat orang yg tembak tu ke. Kartun kot, memanglah kena tak logik. Kalau nak yg logik, nak yg perfect bagai lebih baiklah buat drama ke filem ke kan, dah tentu semua yang berlakon tu manusia & semua logik, Kan?.
Aku pernah bawak bincang idea ni dengan beberapa sykt produksi, termasuklah stesen TV jugak. Semua okay idea ni, cumanya nak buat siri animasi kan kos tinggi, pelaburannya cecah juta RM, maka sampai sekarang belum ada pihak yang nak join (fund) labur sama.
Samaada hasrat aku nak buat animasi ni akan jadi kenyataan ke akan kekal jadi impian kosong ke ntahlah. Satu yg pasti,inilah impian aku yg samaada belum atau mungkin takkan tercapai nanti.

Ulasan

OWW YEAH!

SABAR AJALAH KITA YE AMY SEARCH

KALAU TAK SEDIA JANGAN JUMPA M.NASIR

ARWAH SUDIRMAN SENTIASA DIKENANG