Catatan

HABSAH HASSAN : Insan seni kecewa?

Imej
   Aku tak boleh terima napa budak muda dengan orang dewasa takleh join sama?. Budak muda kata idea orang lama dah ketinggalan zaman, orang lama pulak kata budaka muda mentah. kalau join sama kan kita jadi makin padu?. Napa generasi muda sampai tahap tak kenal orang lama?. Dah tak kenal, dia pulak nak menghakimi orang tu. Datuk Habsah Hassan luahkan, sampai bila nak biar macam ni?. Kan?

Doa untuk AZMI SAAT (Caliph Buskers)

  Tonton video penuh di Youtube channel Nas Ahmad Terjah. https://youtu.be/HVWGgWwRsPU

TV....balik-balik muka dia.

Imej
Bukak TV, buka saluran stesen yg itu....alamak, pagi muka pelakon tu, petang pun dia, malam eh muka dia lagi!. Drama itu drama ini program itu program ini semua muka dia. Adehhh!!. Eh okay ke macam tu? Sejujurnya TAK OKAY. Memang TAK OKAY sebab dah jadi semak la pulak. Terus terpotong hasrat penonton nak melekat buka stesen TV popular tu kalau dah asyik muka dia tu aja tertonjol situ.  Memanglah bagus untuk si pelakon tu. Bagus sebab dia...wowww! dapat baaanyak job!. Job itu job ini sambung menyambung berlambak peluang dapat kat dia, tapi sangat tak bagus kepada imej stesen TV tu sendiri dan lebih buruk lagi bawak tak bagus sama kepada persada seni kita secara keseluruhannya. Orang mula tertanya jabatan yang jaga drama kat stesen tu beroperasi untuk dia ke?, pelakon tu ada saham besar kat stesen tu ke?, stesen tu kena tunduk dengan dia ke apa?. Eh macam-macamlah teka teki ke kuiz perpaduan ke acara berbalas pantun sekali kot tercetus di kalangan kami khalayak penonton pasal napa st...

ROSLI MOHALIM siapa hero gitar?

Imej
Siapa sini masa kecik dulu teringin nak main gitar tapi tak dapat?. Aku pun. Arwah bapak aku dulu memang taknak anak jadi “ahlil muzik”, jadi memang tak lah dia nak belikan gitar mainan kat anak dia. Tu pasal zaman aku sekolah rendah dulu kayu pembaris panjang aku buat gitar. Aku ikat getah kononnya tali gitar. Bunyinya keluar ikut mulut. Jeng!...jeng!...jeng!...alaaaa ciannn aku. Masuk zaman sekolah menengah pulak laaagilah gila. Penyapu aku buat gitar!. Memang la tak keluar bunyi gitar langsung tapi showmanship tu hebat woii!. Aku beraksi siap berlari-lari liar ni macam Rudolf Schenker dengan Mathias Jabs gitaris Scorpions tu. Haaa ha ha. Ni terpengaruh tengok video Scorpions ‘World Wide’ Live la ni. Akhirnya masa zaman lepas sekolah, masa aku kerja sementara kat kilang, duit gaji kerja kilang tu aku buat bayar yuran belajar main gitar dengan cikgu muzik Ismail Taib (tak ingat dia adik ke abang Omar Taib komposer lagu Rindu Bayangan Carefree). Aku main bass dalam kumpulan rock ...

JANTANNYA VOKAL JAMAL ABDILLAH

Imej
  Jamal Abdillah dah jadi artis sebelum aku jadi wartawan. Masa filem lakonannya Azura meletup dulu aku baru jadi jurufoto bebas kat JB. Masa aku dah jadi wartawan pulak Jamal sedang dalam jagaan Pengasih. Tahun berganti tahun, Jamal terus aktif menyanyi dan aku dah pindah dari kpg aku JB ke KL, berkarier Produser hiburan dan wartawan TV. Dia tetap tak boleh pisah dengan karier menyanyi & aku tetap tak nak berpisah dari karier wartawan hiburan.  Sepanjang dulu hingga kini entah dah berapa banyak kali aku siarkan berita Jamal Abdillah samaada dari masa aku kerja majalah dulu sampai dah kerja TV pulak. Yes we love our job!.  Sekitar 4 tahun lepas aku berpeluang bergambar sama dengan Jamal Abdillah lagi selepas berpuluh tahun dulu kami pernah bergambar sama. Inilah gambarnya. Masa ni Jamal Abdillah di sidang media Konsert 3 suara yg bakal berlangsung di Istana Budaya. Aku tumpang bangga dia dah pun berpangkat Dato bila karier seninya dihargai pihak tertentu.  Suatu ...

DJ GELAKKAN CIKGU : Dah Kenapa?

Imej
  Masa aku kat Amerika, kat London, kat Paris, Australia, kat mana-mana English speaking countries pun aku tak pernah jumpa walau satu orang Inggeris pun yang gelakkan orang lain bila orang tu salah cakap Inggeris. Dia siap AJARkan kasi betul. Dia akan tanya “Did you mean....?” (“Maksud awak.....?). So bila tetiba ada orang lain yang gelakkan orang lain salah cakap Inggeris, gelak sakan pulak tu, sorry to say lah itu namanya kurang AJAR. Cikgu yang digelakkan tu dah tentu karier dia Cikgu. Dia bukan pengacara ke personaliti stesen TV mana ke emcee majlis mana ke, dia cikgu yang biasa mengAJAR kat sekolah/kolej/universiti. Yang gelak sakan tu pulak siapa?. Alamak!....DJ radio tu!. Ishhh takkan dia tak pernah tau DJ, wartawan, host, pengacara, emcee semua tu MESTI kena tau public speaking, tau adleast basic of face expression, body language, intonasi vokal, kreativiti,  kawalan emosi, tatabahasa, adab sopan semua tu utk muncul depan kamera TV atau mikrofon radio kan?. Takkan mas...

Haa masuk!!....

Imej
Memang sedap, memang asli!...LAKSA JOHOR MAMA YATI original Johor. Nak order boleh Whatsapp/call 013 3377551 utk delivery / COD FoodPanda (area Kota Damansara) search 'dapur mama yati' OlarMe, JomDapur, AngkutFood2u, search 'laksa johor mama yati' Gerai kami di Jln Pekaka 8/1, Seksyen 8 Kota Damansara (Waze : Surau Ad Dhuha) buka tiap hari 11 pagi tutup 9 malam. Ahad tutup. Silakan!

ORI KE TAK ORI NI? : DATO NASH LEFTHANDED

Imej
  Kasi anak jati Johor sendiri pulak sahkan Laksa Johor Mama Yati ni betul original Johor ke tak. Silakan Dato Nash. ****** Nak order Laksa Johor Mama Yati sila Whatsapp/call 013 3377551

2 NASIR DAN DJ DAVE

Imej
  (Dato) D.J. Dave popular masa zaman aku masih sekolah menengah. Masa tu filem-filem Hindustan tengah peerrgghh!....kemaruk popular. Bobby, Mere Naam Joker, Sangam, eh macam-macam la. Kena pulak lagu-lagu DJ Dave ciptaan (Dato) Ahmad Nawab kebanyakannya irama Hindustan, apa lagi...meletup lah kan?. Lagu Maafkanlah, Ingin Bersua, Ku Tak Ingin Menangis Lagi, banyak lagi tu semua dia yang nyanyi. Populariti semua lagu tu angkat dia jadi antara artis paling popular era 80an.   Tapi dia bukan naik dengan lagu irama Hindustan je, banyak lagu irama pop DJ Dave pun kebaboom jugak. Lagu Nora, Di Desa Kasihku Tertumpah, Herda Gadis Jelita, Suara Hati, raaamai yang minat.    Eh jangan lupa, artis ni pun pernah rakam album Inggeris juga kan?. Aku sendiri dulu minat sangat lagu A Different Kind Of Lady yang dia nyanyi. Masa tu zaman aku frust bercinta dengan satu awek gila. Ntah awek tu gila ke aku yg gila ke tak pasti tapi sejak putus cinta dengan dia, dia lari ikut Mamat ...

SEJADAH

Imej
  Bismillahirahmannirrahim As salam Jumaat semua. Peristiwa ni berlaku pada aku masa lepas PKPB pertama dulu, masa tu surau dah boleh buka untuk solat fardhu tapi kena ikut SOP la kan, kena bawa sejadah sendiri, jarak 1 meter sesama jemaah, dan kena siap wudhu dari rumah. Petang tu aku singgah gerai famili aku gerai Laksa Johor Mama Yati kat Jalan Pekaka 8/1A Seksyen 8 Kota Damansara. Kebetulan lepas siapkan sikit urusan situ azan Asar dari Surau Ad Dhuha berkumandang. Jadi sebelum aku drive balik rumah sempatlah aku singgah surau tu kejap nak solat Asar berjemaah situ. Parking kereta kat area situ jugak dan berjalan hala ke surau. Sampai surau terus sign in dan catit suhu badan kat buku catatan yang tersedia depan pintu masuk utama surau. Wudhu dah siap ambil sempurna so aku terus masuk ke dewan solat. Aku ke barisan depan bersama jemaah lain. Baru je aku nak mulakan solat sunat 2 rakaat tahiyatul masjid tetiba tersedar.....astaghfirullah....sejadah tak bawak!. Tertinggal dal...