DJ GELAKKAN CIKGU : Dah Kenapa?
Masa aku kat Amerika, kat London, kat Paris, Australia, kat mana-mana English speaking countries pun aku tak pernah jumpa walau satu orang Inggeris pun yang gelakkan orang lain bila orang tu salah cakap Inggeris. Dia siap AJARkan kasi betul. Dia akan tanya “Did you mean....?” (“Maksud awak.....?).
So bila tetiba ada orang lain yang gelakkan orang lain salah cakap Inggeris, gelak sakan pulak tu, sorry to say lah itu namanya kurang AJAR.
Cikgu yang digelakkan tu dah tentu karier dia Cikgu. Dia bukan pengacara ke personaliti stesen TV mana ke emcee majlis mana ke, dia cikgu yang biasa mengAJAR kat sekolah/kolej/universiti.
Yang gelak sakan tu pulak siapa?.
Alamak!....DJ radio tu!. Ishhh takkan dia tak pernah tau DJ, wartawan, host, pengacara, emcee semua tu MESTI kena tau public speaking, tau adleast basic of face expression, body language, intonasi vokal, kreativiti, kawalan emosi, tatabahasa, adab sopan semua tu utk muncul depan kamera TV atau mikrofon radio kan?. Takkan masa dia baru jadi DJ dulu tu dia tak diAJAR semua tu kot?, ke dah diajar tapi lupa kot?. Setakat tau siar lagu, pilih lagu, tau artis itu ini, dah cukup syarat jadi DJ dah ke?. Ishhh kalau cam tu cetek sangat pengetahuan pasal kerjaya DJ. DJ radio pulak tu, bukan DJ kekawan kahwin. Even kalau DJ kawan kahwin pun mesti kena jaga adab ye, tak gitu habis rosak majlis orang sebab dia.
Tanya. Aku tefikir dia gelakkan cikgu tu sebenarnya napa ye?. Apa problem dia?.
Ntah. Agaknya sebab faktor ego kot?. Dia nak sedunia tau bahasa Inggeris dia jauhhh lebih hebat daripada cikgu tu ke?. Kalaulah ni cara dia nak tunjuk hebat ha memang silap besar la. Tengoklah sendiri bila buat cam tu jadinya orang tolak tepi hal hebat tak hebat dia atau pandai level mana dia, orang lebih fokus hal kebiadaban dia. Iya tak?.
Orrr...mana kita tau agaknya masa dia record video tu dia tengah tension apa-apa ke?. So dibuatnya something cazy cam tu nak kasi release tension la kononnya kot?. Ha kalau dia buat macam tu, see....tension asal tak hilang tension baru pulak sampai, laagilah berganda kaw-kaw tension hempap dia. Kan?.
Kalau bukan dua sebab tu abih tu apa ye?. Ohh dia memang jenis peminat komedi kot, so dia rasa ini lawak sesangat sebab tu dia gelak?.
Hmmm....takda siapa kot nampak ni lawak dan tak tau kot kat mana nak join gelak sama dia. Ini bukan ‘lawak bodoh’ ye, ni ‘gelak bodoh’ namanya. Dah tu semua lebih nampak sisi dengkel dia masa dia gelakkan cikgu tu. Dia public figure kot!.
Tau kan DJ radio pun dlm kategori public figure juga. Napa?. Sebab stesen radio tu open to public kan?.
Last aku agak....(aku agak ye, bukan kata)...dia nakkkk juga viral aja kot?. Ingin rasa di hati nak trending gak, so agaknya sesaja la create something yang ala-ala kebaboom cam tu so tetiba popular kot. Kot-kot sebab dah agak lama jadi DJ tapi still tak popular ke kan?. Camtu?. Am I right?.
Aku harap NO.
Menjadi ke kalau main taktik macam ni?. Yes pada satu angle memang menjadi. Dah viral pun kan?, misalannya kalau nak kejar popular tu dah tetiba popular pun kan?. Tapi realitinya siapa pun yang naik sebab bakat semulajadi, sebab kreativiti, sebab karisma, akan bukan aja di minati tapi dikenang sampai dah takda pun nanti, tapi kalau sesiapa pun naik secara umpama telor setengah masak macam ni, dia sebenarnya dah bagi kotor karier dia sendiri. So..awas ye jangan terjebak jadi cam ni.
“Ahh...aku buat tu kat media sosial aku aja kot, bukan masa aku on air kat radio. Suka aku lah itu media sosial personel aku, aku nak post apa situ pun aku punya suka”. Ada terfikir alasan macam tu tak?.
Again aku harap NO.
Jangan pernah lupa ye public figure status tu. Orang biasa yang karier lain pun salah kalau mengejek/menghina/memfitnah sesiapa pun dalam media sosial sendiri, ni apatah lagi public figure. Tak kisahlah cuma buat kat Fb ke Ig ke TikTok ke TukTuk sendiri ke apa pun baik jangan. Nak buat ‘perkara bodoh’ sikit sebab nak main sensasi kasi up sikit populariti tu maybe adakalanya okay, tapi kena bijak la pilih sensasi yang selamat, kena pro, bukan sensasi yang bawak pelingkupkan diri sendiri.
Dia pernah tak dengar orang Thailand cakap Inggeris ke, Vietnam cakap Inggeris ke, org Jepun, org Korea, orang Asia lain cakap Inggeris ke. Even Mat Saleh sesama Mat Saleh pun contoh macam orang Jerman cakap Inggeris ke pun tak semua yang perfect sebutan atau ayatnya. Walau sebut ayat sama tapi loghat kaum lain lidah lain akan jadi keluar bunyi lain. Tapi takda pun jadi bahan lawak orang negara-negara maju sana tu. So yang dia tetiba gelak bodoh sorang tu dia dah kenapa?.
Bila dah jadi kecoh cam tu dia cepat buat video mintak maaf. That easy?.
Settle?.
Hmm...maaf aja sebenarnya tak cukup. Take a rest and gi lah belajar balik. Haaa sambil tu jangan lupa take time jugak fahamkan betul-betul dan ambik tau juga pasal 5 Rukunegara terutamanya prinsip yg ke lima tu. Tau kan pinsip ke 5 Rukunegara apa?. Iya betul!....KESOPANAN DAN KESUSILAAN. Belajar adab sopan, so jangan lagi mudah nak gelakkan orang.
Dari pengalaman busuk ni...kasi adjust kepala sikit lah ye...boleh kan?. Belajar daripada kesilapan. Kalau sanggup nak ubah kasi baiki diri pasti akan jadi antara DJ yang the best nanti yang popular yang kreatif yang dikenang dan diminati sampai bila-bila, bukan yang sensasi kejap lepas tu hilang dari radar mana-mana stesen radio.
Boleh?.
Worait!.
#djradio #gelaksakan #kesopanandankesusilaan #stesenradio #biadap #maktabperguruan #cikgu #didiktv #tvpendidikan
Ulasan
Catat Ulasan