ROSLI MOHALIM siapa hero gitar?
Siapa sini masa kecik dulu teringin nak main gitar tapi tak dapat?.
Aku pun.
Arwah bapak aku dulu memang taknak anak jadi “ahlil muzik”, jadi memang tak lah dia nak belikan gitar mainan kat anak dia. Tu pasal zaman aku sekolah rendah dulu kayu pembaris panjang aku buat gitar. Aku ikat getah kononnya tali gitar. Bunyinya keluar ikut mulut. Jeng!...jeng!...jeng!...alaaaa ciannn aku.
Masuk zaman sekolah menengah pulak laaagilah gila. Penyapu aku buat gitar!. Memang la tak keluar bunyi gitar langsung tapi showmanship tu hebat woii!. Aku beraksi siap berlari-lari liar ni macam Rudolf Schenker dengan Mathias Jabs gitaris Scorpions tu. Haaa ha ha. Ni terpengaruh tengok video Scorpions ‘World Wide’ Live la ni.
Akhirnya masa zaman lepas sekolah, masa aku kerja sementara kat kilang, duit gaji kerja kilang tu aku buat bayar yuran belajar main gitar dengan cikgu muzik Ismail Taib (tak ingat dia adik ke abang Omar Taib komposer lagu Rindu Bayangan Carefree). Aku main bass dalam kumpulan rock Electric Fingers kat JB. Ingatkan dah mulalah karier aku jadi gitaris tapi rupanya kejap je. Tak sampai setahun. Bila aku dah mula kerja wartawan dah takda masa dah nak main muzik.
Fikir-fikir balik...dari awal dulu bapa tak restu jadi ahli muzik kan?, tu pasal tak lekat kot. Yang lekat...jadi wartawan. Tapi ayah aku tak sempat tengok, dia dah meninggal masa aku dah jadi wartawan. Alfatihah (dibaca) semoga rohnya dicucuri rahmatNya.
Okay!. Kalau tanya aku siapa gitaris rock Melayu pertama, aku tak kata Man Kidal ke Joe Wings ke. Tak.
Napa?.
Sebab dalam sejarah persada muzik rock MELAYU Sweet Charity dah keluar dan popular dulu sebelum lahirnya Lefthanded dgn gitarisnya Man Kidal atau Wings dengan gitarisnya Joe. Kumpulan Search dgn gitarisnya Hillary Ang lepas tu ganti pasangan 2 beradik Kid dan Din pun bukan jugak, sebab Search pun mula naik popular lepas Sweet Charity, kan?.
So siapa pulak gitaris Sweet Charity ye?.
Haaa dah semestinya ni ha...Rosli Mohalim.
Cuma sebab Sweet Charity tu dari Singapura, jadi kalau nak kata gitaris rock Melayu pertama MALAYSIA dah tentulah bukan Rosli Mohalim. Hmmm...kalau nak kata walau Rosli tu orang Singapura tapi dia pun artis MELAYU juga, so dia lah gitaris rock Melayu pertama...pun tak tepat jugak kot, sebab dalam gugusan MELAYU ada juga Indonesia. Dalam persada artis Melayu Indonesia pulak dah terlebih dulu ada kumpulan rock sebelum tertubuhnya Sweet Charity tu. Diaorang ada Godbless yg menampilkan Ian Antono, banyak lagilah. Jadi...siapa sebenarnya siapa gitaris rock Melayu pertama ye?. Haaa siapa rajin check la ni.
Orait orait...aku sebenarnya cuma nak cerita pasal ROSLI MOHALIM.
Wahhh...ada member post gambar keratan rencana tulisan aku kat majalah URTV pasal Rosli Mohalim. URTV tahun bila tu?. Wohhh 1hb Dis 1982, dah 39 tahun dah tulisan aku tu!. See...lama kan aku jadi wartawan?. Terima kasih kpd member yang posting tu. Inilah kali pertama berita pasal Rosli Mohalim secara solo tersiar kat majalah Malaysia & Singapura. Sebelum ni semua majalah tulis pasal samaada Sweet Charity secara grup atau vokalisnya Ramli Sarip je. Aku tak nak macam tu. Pada aku dalam satu grup tu orang nak tau juga pasal gitarisnya ke drummer nya ke kan, napa pulak pinggirkan diaorang?. Dalam rekod penulisan aku pulak itulah tulisan pertama aku pasal Rosli Mohalim. Lepas tu dah banyak kali juga aku interbiu dia dari sejak aku wartawan majalah sampai ke wartawan/produser TV, sampai ke skrg ni ha aku aktif untuk blog aku BLOG NAS AHMAD TERJAH https://nasahmadterjah.blogspot.com/ dan Youtube channel aku sendiri NAS AHMAD TERJAH www.youtube.com/nasahmadterjah
Rosli yg aku kenal orangnya dari dulu sampai sekarang stay humble. Nampak rambutnya aja masa tu cecah paras dada tapi dia bukan jenis ganas,liar atau sombong mendada. Dia jenis tenang dan sentiasa positif. Aku suka rocker macam tu.
Selama bertahun aku kenal dia aku tak pernah dengar dia meninggi suara. Bila ada apa hal yang buat dia frust ke marah ke dia tak pernah melenting nak emo bagai, dia banyak pendam. Itulah Rosli Mohalim. Aku terfikir, ko memang jenis tak pandai marah ke bro?. Bagus la ko.
Nada suara dia rendah, maybe sebab tu tak berapa sesuai untuk jadi vokalis kot, tapi tak ramai tau dia sebenarnya banyak cipta lagu jugak. Masa aku sembang dengan dia dalam kereta dulu dia pernah bagitau aku dia ada simpan baaanyak lagu yang dah siap cipta, sayangnya dia takda peluang untuk rakam atau keluarkan semua lagu ciptaan dia tu. Semua lagu tu siap bila Sweet Charity dah takda dan aktiviti rakaman album pun dah mula slow dah. Sayang kan?.
Masa zaman Sweet Charity dulu tu pulak aku lebih rapat dengan bassist (arwah) Syed Hassan dan vokalis (Dato) Ramli Sarip. Dengan Rosli ni jarang sangat kami call. Jumpa pun cuma kat show aja. Tapi kami tetap mesra kalau jumpa dan lama kelamaan barulah jadi close.
Eh mana Rosli sekarang?. Apa dia buat?
Lepas kahwin dengan gadis Johor (isteri dia sekarang) Rosli sekeluarga pernah menginap kat area Cheras KL. Asalnya dia graduan Nanyang University Of Fine Art Singapura, so kat KL tu dia buka kedai/studio grafik kristal. Banyak dah dia hasilkan kerja seni halus/seni kristal yang...wow bukan calang-calang terbaik weh!. Aku sendiri kagum tengok beberapa hasil seni dia.
Terbaru ni masa sebelum PKP pertama dulu dia sempat la balik kampung wife kat JB. Cadangnya balik kejap je tapi bila dah kena PKP, dah tak boleh nak balik KL semula dah. Sangkut situ. Tapi rezeki dia dapat banyak job kat JB. Tu yg dia sekeluarga ambil keputusan pindah menetap terus kat JB dan aktif kat sana pulak. Dia ada buka kelas belajar main gitar menerusi FB live. Isteri dia pulak aktif berniaga macam-macam juadah yang...owww sedap woii!.
Ada sesiapa sana nak belajar main gitar ke?. Aii takkan la sampai bila pun nak main gitar penyapu aja kot macam aku dulu.
(Eh?....aku ada gambar masa aku tengah feeling main gitar penyapu tu, ntah mana ntah aku simpan).
Orait siapa nak belajar gitar haa jom belajar main gitar betul. Join FB live Rosli. Dia boleh ajar. Nah ni link : https://www.facebook.com/171075976250009/posts/3978120162212219. C&M Music Centre. Dia akan ada Youtube channel jugak nanti.
Nak beli kuih dia ni link nya : https://www.facebook.com/1398445454/posts/10218930802286566/
Setahu aku cara dia ajar nak kasi orang cepat pandai ialah dia tak mulakan dengan ajar semua chord. Dia ajar main satu lagu popular Sweet Charity. Contohnya lagu Kamelia la kan. Dia ajar main lagu tu aja sampai pandai. Dah pandai nanti baru ganjak belajar lagu popular Sweet Charity yang ke dua pulak, belajar lagi sampai pandai. Dengan cara ni nanti secara tak langsung orang tu dah tau semua chord. Dah boleh main lagu apa-apa pun yang nak main, kan?. Bagus cara ni. Tak gitu mula-mula belajar orang nak kena hafal berpuluh-puluh chord, nak kena ingat semua, penghabisnya keliru dan jadi lambat pandai, tak pun hilang mood dah kot sebab lambat sesangat pandai. Kan?
Orait Rosli. Tak kisahlah Singapura, KL, JB atau kat mana pun semua bumi ALLAH kan?. Semoga Rosli terus sukses dalam karier, kehidupan, dan keimanan.
Peerrggghh panjangnya aku tulis!. Apahal la aku tulis panjang benar ni?. Lukis je kan senang?.
Tapi tu la dulu ada sekali tu aku gigih lukis gambar kucing sekali member tengok ada ke dia tanya aku “....ni kucing ke rimau?”.
Haa sudah....
#roslimohalim #rockkapak #sweetcharity #roslimohalim #ramlisarip #kamelia #memorisilam #malaysia #singapura #indonesia
Ulasan
Catat Ulasan