TV....balik-balik muka dia.

Bukak TV, buka saluran stesen yg itu....alamak, pagi muka pelakon tu, petang pun dia, malam eh muka dia lagi!. Drama itu drama ini program itu program ini semua muka dia. Adehhh!!.

Eh okay ke macam tu?

Sejujurnya TAK OKAY. Memang TAK OKAY sebab dah jadi semak la pulak. Terus terpotong hasrat penonton nak melekat buka stesen TV popular tu kalau dah asyik muka dia tu aja tertonjol situ. 


Memanglah bagus untuk si pelakon tu. Bagus sebab dia...wowww! dapat baaanyak job!. Job itu job ini sambung menyambung berlambak peluang dapat kat dia, tapi sangat tak bagus kepada imej stesen TV tu sendiri dan lebih buruk lagi bawak tak bagus sama kepada persada seni kita secara keseluruhannya. Orang mula tertanya jabatan yang jaga drama kat stesen tu beroperasi untuk dia ke?, pelakon tu ada saham besar kat stesen tu ke?, stesen tu kena tunduk dengan dia ke apa?. Eh macam-macamlah teka teki ke kuiz perpaduan ke acara berbalas pantun sekali kot tercetus di kalangan kami khalayak penonton pasal napa stesen tu jadi macam ni. 


Stesen tu patutnya usaha tarik minat orang dengan macam-macam pilihan dan citarasa penonton, jadi kenalah pelbagaikan. Kalau dah muka si teeettt! tu aja yang tampil, mula tu dia lepas tu dia, lepas dia eh dia lagi, kesannya confirm orang nampak stesen tu gagal tampilkan kepelbagaian kepada penontonnya, cuma mampu ‘menghiburkan’ seorang pelakon tu sekali dengan pengurus dia, dan sekelompok peminat setia dia aja. Orang lain...nganga.


Oppss!....aku bukan anti pelakon tu ye. Takda hal napa aku nak anti dia. Aku bukan kawan rapat dia ke musuh ketat dia ke. Jauh sekali aku nak join kelab peminat dia ke nak join grup tak suka dia ke, NO!. Takda masa aku nak join semua tu. Aku cuma orang biasa yang buka TV nak tengok TV. Kononnya nak jugaklah aku support tengok stesen TV yg tu, tapi kalau dah balik-balik muka sama tu aja yang keluar TV tu, kat drama lah, kat pogram lah, kat promo lah...ishhh kalau bukan ‘semak’ apa lagi namanya tu?. Kita bukan berlanggan TV sebab nak tengok muka dia tu je. Dia pun takda beri apa untung pada kita pun kot bila asyik tengok dia kot. 


Please jangan anggap penonton kita bila asyik ditonjolkan muka sama aja sepanjang hari akan TERPAKSA tengok, terpaksa jatuh minat kat dia. Itu anggapan haprak okay?. Remote control kat tangan, channel lain berlambak. Tau tak penonton sebenarnya daripada asyik tengok pelakon yg sama tu aja baik lagilah tengok tembok kot, kan?. 

Eh tembok mana tembok?, nak tengok ukirannya, warna catnya tu, lagi okay tak okay.


Napa?, jangan-jangan ada syarat dari satu jabatan kalau mana-mana produser drama nak buat drama siar situ mesti kena ambik si pelakon yang tu berlakon ke?. Produser nak buat rancangan TV apa pun mesti kena ambik si dia tu juga ke?.

Tak kan?. Aku harap sangat tak. Baik JANGAN!. Itu kerja kotor yang merosakkan persada seni kita. Jangan ada sesiapa buat syarat pelik macam tu kat mana-mana pun ye. Produser semua pulak kalau jumpa mana-mana Pak Pandir ke Mak Andir ke yang pepandai cipta syarat tu korang report pihak berkuasa je terus, sebab Pak Mak Andir tu saamalah menyemak dlm persada kita, bikin persada kita jadi jem. 

Kita taknak ada sesiapa gi ikut perangai macam adegan dalam filem P.Ramlee, yang dialog Ahmad Nisfu “Tuan penasihattt......”.


Habis tu apa?. Nak kasi alasan kononnya sebab pelakon tu ‘memang tengah sesangat meletup kebaboom’ ke?. Konon ramai gila orang Malaysia jatuh minat kat pelakon tu?. Konon sebab followers/subscribers/likes dia kat segala media sosial dia fuhhh...berjuta-juta mengalahkan superstar dunia ke?. Ishhh ni laaagilah pelik. Barisan pelakon top yang memang masyarakat akui kehebatan bakatnya pun takdalah sampai balik-balik dia aja keluar TV, orang lain tak dapat peluang pun dah. 

Yes faham pelakon tengah popular memang dapat offer banyak drama, tapi banyak mana pun takdalah sampai ketara sesangat muka dia aja pagi petang siang malam besok lusa selagi stesen TV tu tak tutup. Pelakon hebat top camna pun dia nak kena jaga level eksklusiviti dia, sebab kalau over expose dia pun lingkup. 


Malaysia tak pernah ketandusan pelakon hebat la wehh, napa tak buka peluang yang lain aa?. Nak jawab sebab kau tak kenal pelakon lain?...ke nak jawab sebab artis lain konon banyak cikadak?...ke jawab je sebab kasi kat artis lain kau tak ‘masyuukk’?. Mana satu?. Tu semua bukan jawapan ye, itu alasan.


Agak-agaklah nak push artis sorang tu pun, takkan sampai terlupa penonton sekarang tak bengong macam kau. Penonton sendiri boleh detect mana satu pelakon yang naik kerana bakatnya memang dikagumi ramai, berbanding mana satu yang naik sebab ada ntah MakJoyah mana ntah bagi peluang demi peluang kat dia, walau bakat dia sebenarnya level biasa-biasa aja.  Ketara tak balance.


Apa dia?...ohh marketing strategy lah kononnya ni ye?. Ha meh sini aku explain. Penonton nak tengok, nak minat dan nak mengidolakan artis yang penonton berkenan ikut citarasa penonton tu sendiri, bukan yang sentiasa dicongokkan depan skrin TV tu ikut citarasa MakJoyah power kat dalam tu.


Pada pengamatan aku dalam persada seni, kalau kau memang ada karisma, ada bakat semulajadi, ada aura seni, ada kelainan daripada yang dah sediaada, kau akan kekal diminati dan dikenang selamanya. Ini baru betul naik kerana pakej dan bakat besar. Itulah kesaktian bakat semulajadi. 

Tapi kalau kau sebenarnya takda semua tu, cuma sebab kau ada kabel besar kat satu jabatan situ ke, cuma sebab berjuta followers media sosial kau ke,  sedarlah kemunculan kau tu sebenarnya penonton tak perlukan. Kau ada dengan takda pun takda hal. Kau keluar TV hari-hari siang lain malam lain pun penonton samaada tetap tak peduli keujudan kau ataupun kenal setakat kenal gitu je tapi tak nampak apa pun kehebatan kau. Lagi kerap muka kau situ orang lagi menyampah tu confirm. Tak caya kau cuba tanya sendiri kat penonton lain yang neutral yang bukan peminat setia kau. Sebab kalau kau gi tanya kat peminat setia kau dah tentu jawapan fake yang kau akan dapat. Diaorang akan baaaik punya laambung puji kau “Uhh best, uhh mantap, uhh kebaboom” dan kau pun jadilah “maaanyak syiokk sendili lorr”.


Sebagai pelakon, kalau bakat lakonan kau tu memang hebat dan dikagumi ramai, kau berlakon cuma satu drama aja pun orang sanggup tunggu nak tonton lakonan kau. Orang ingat lakonan kau. Drama tu pun naik antara lainnya sebab ada kau. Berbeza kalau kau dapat peluang berlakon 10 drama sekalipun plus dapat keluar TV program itu program ini, tapi semua habis cam tu je. Iya mungkin kau jadi popular (popular sebab hari-hari keluar TV) tapi popular kosong buat apa?. Popular kosong tu tak lama, lebih pada easy come easy go. Kau dah lama tak berlakon pun nanti orang tak perasan atau taknak ambik tau pun.


Jangan jadi artis yang naik cuma sebab kabel besar ke, cuma sebab nombor besar peminat berjuta kat media sosial ke. Artis spesis ni senang naik kejap tapi tak lama lepas tu eh?....lingkup dah. Jadilah artis yang naik dari pakej bakat sebenar yang semulajadi, sampai kau dah takda nanti pun hasil penglibatan kau dlm bidang seni tetap dikenang berbilang generasi. 


Come on!...ada baiknya kembalikan semula minat orang tengok TV, jangan berterusan macam sekarang ni TV tengok orang. Faham tak camna yang aku kata TV tengok orang?.  Maksud aku orang buka TV tapi tak tengok pun, cuma nak kasi ruang rumah tak sunyi je. 


Kita TERJAH...untuk suatu kepastian. Yeah!



Ulasan

OWW YEAH!

SABAR AJALAH KITA YE AMY SEARCH

KALAU TAK SEDIA JANGAN JUMPA M.NASIR

ARWAH SUDIRMAN SENTIASA DIKENANG