2 NASIR DAN DJ DAVE

 



(Dato) D.J. Dave popular masa zaman aku masih sekolah menengah. Masa tu filem-filem Hindustan tengah peerrgghh!....kemaruk popular. Bobby, Mere Naam Joker, Sangam, eh macam-macam la. Kena pulak lagu-lagu DJ Dave ciptaan (Dato) Ahmad Nawab kebanyakannya irama Hindustan, apa lagi...meletup lah kan?. Lagu Maafkanlah, Ingin Bersua, Ku Tak Ingin Menangis Lagi, banyak lagi tu semua dia yang nyanyi. Populariti semua lagu tu angkat dia jadi antara artis paling popular era 80an.  


Tapi dia bukan naik dengan lagu irama Hindustan je, banyak lagu irama pop DJ Dave pun kebaboom jugak. Lagu Nora, Di Desa Kasihku Tertumpah, Herda Gadis Jelita, Suara Hati, raaamai yang minat.   


Eh jangan lupa, artis ni pun pernah rakam album Inggeris juga kan?. Aku sendiri dulu minat sangat lagu A Different Kind Of Lady yang dia nyanyi. Masa tu zaman aku frust bercinta dengan satu awek gila. Ntah awek tu gila ke aku yg gila ke tak pasti tapi sejak putus cinta dengan dia, dia lari ikut Mamat lain, aku kata dia gila (walau sebenarnya aku kot?. Ntah. Ko diam).   


Putus cinta tu aku asyik ulang dengar terutama part korus lagu tu “Now I’m alone. I got to be a man that once I use to know. As the one who’d stand and built the world of dream into reality, and not just make believe.....”.  Wahhh jadi tak frust beb!, makin hayati lirik tu makin naik semangat aku lawan frust lawan angau bahana asyik ingat kat awek gila tu je. Haaaa ha ha!. Itu aku, jenis kalau frust aku bangkit lawan, bukan makin tergolek dog.  


Itu dulu la, duulluuu. Dulu apa hal kalau frust mesti layan lirik lagu. Feeling situ ke ambik mood situ ke. Maklum masa tu zaman remaja. Patutnya kalau frust baca Quran lah kan?. Kalau belum tau baca sangat ke buat la solat sunat ke apa ke kasi lawan. Kan?.  


Okay...cerita bab lain. Aku sebenarnya nak buka satu cerita lama yang ada kaitan dengan DJ Dave ni. Masa tu zaman aku sekolah menengah. Sekolah Menengah Tasik Utara Johor Bahru. Cikgu kelas kami cikgu Cina nama Cikgu Goh. Garang weyy!. Semua murid tak suka dia termasuklah aku sebab dia garang. Tapi dalam garang sepanjang masa tu ada satu cerita lawak yang dah terjadi masa dia mengajar. Nak tau apa ceritanya?. Meh sini aku cerita meh.  


Hari tu Cikgu Goh ada kat kelas, dia duduk kat meja dia tengah sibuk semak buku kerja kami semua. Kami semua pulak sibuk salin apa yang dia suruh salin kat papanhitam. Tiba-tiba Cikgu Goh bersuara “Ini apa ni?....” sambil mata dia tengok kat satu buku kerja ntah siapa punya ntah yang dia tengah periksa. Dia nampak ada coretan kat belakang kulit buku tu. Dia tanya “Apa ini...’Namun....sudah puas ku mencari...bertemu kekasih hati’....”  (lirik lagu Ingin Bersua nyanyian DJ Dave). Apa lagi, riuh satu kelas semua gelak. “Ni siapa punya buku?” Cikgu Goh lantas pusingkan muka depan kulit buku tu nak tengok nama siapa “Abdul Nasir Bin Abdul Rahman!”  habis satu kelas semua makin gamat gelak. Member aku Abdul Nasir terkantoi, terkeruk-keruk dia cover bengang kat Cikgu Goh dan kat kekawan. Terpaksa dia sendiri pun ikut gelak sama. Cikgu Goh panggil “Mari sini ambik awak punya buku, kasi awak punya itu kekasih hati”.   


Ingatkan Cikgu Goh nak marah rupanya dia cool. Cuma dia Cina tak tau yang coretan tu sebenarnya lirik lagu. Dia ingatkan ntah syair cinta ke sajak cinta ke apa. Abdul Nasir pulak yang dalam bengang berjalan tersipu-sipu pergi ambik buku tu dan balik semula ke meja dia. Nasib baiklah ni member aku Abdul Nasir tu punya kerja, kalau Mohd Nasir (nama sebenar aku) terkantoilah aku!.  Abdul Nasir memang peminat DJ Dave. Banyak lagu DJ Dave dia hafal. Aku pulak kepala rock, tak minat DJ Dave, cuma dengar-dengar gitu je.  


Eh tak habis situ aja ye. Seminggu lepas tu hari terakhir sesi persekolahan penggal satu. Cikgu Goh umumkan kat kami “Hari ni hari terakhir sekolah, besok sudah mula cuti penggal satu selama satu minggu. Murid-murid semua bolehlah ikut famili pergi bercuti. Haaa Abdul Nasir!....” tetiba nama Abdul Nasir naik dengan tangan Cikgu Goh tunding ke arah meja Abdul Nasir. Abdul Nasir tersentap. Cikgu Goh sambung “.....haaa awak sudah bolehlah pergi cari awak punya kekasih hati”.  

Haaaaaa ha ha haa berderailah ketawa satu kelas lagi. Aku terfikir wahhh Cikgu Goh boleh ingat lagi tu. Tengah buat pengumuman pun sempat lagi dia sindir Abdul Nasir tu. Dua kali dah Abdul Nasir terkantoi dengan Cikgu Goh.  


Adehhh!. Buat member sekolah ku Abdul Nasir Bin Abdul Rahman, peristiwa ni masih segar dalam kepala aku. Sampai sekarang ni tiap kali dengar lagu Ingin Bersua nyanyian DJ Dave kat Radio Klasik aku teringatkan kau. Sebab peristiwa ni lah ko antara member sekolah yang aku takleh lupa sampai bila-bila.  

Ko masih minat DJ Dave lagi ke bro?.  

Layannn.  


************ 


Petikan dari Blog Nas Ahmad Terjah.  Nak baca banyak lagi cerita memori silam aku dengan artis dan bidang kewartawanan sila baca kat blog aku tu. Ni link nya https://nasahmadterjah.blogspot.com/  


************* 





 

#memorisilam #nostalgia #kenanganlalu #djdave #nasahmadterjah #inginbersua #sekolahmenengah #lawak #lucu #kelakar #malaysiakuduludulu #cikgu  

Ulasan

OWW YEAH!

SABAR AJALAH KITA YE AMY SEARCH

KALAU TAK SEDIA JANGAN JUMPA M.NASIR

ARWAH SUDIRMAN SENTIASA DIKENANG