TIADA ISTILAH BERSARA KE PENCEN KE APA...

 



Cita-cita aku sejak kecik nak jadi wartawan.  Kenapa?. Sebab aku suka bercerita. Kalau ada apa cerita atau kejadian yang berlaku aku rasa tak sedap kalau aku sorang je tau. Aku mesti nak semua orang lain pun tau jugak. Haaa dah nampak dah karekter wartawan dah ada dalam diri aku sejak aku kecik dulu kan?.


Tapi....(haa yg ni semua org tak tau kecuali famili, saudara mara dan kekawan sekolah rendah aku je tau)...masa kecik aku seorang yang gagap. Nak bercakap memang payah. Adik beradik aku ada dua orang yang gagap teruk dan dua org gagap sederhana. Payah beb. Nak cakap BOTOL jadi BO..BO..BO..BOTOL..TOL..TOL..BOTOL.  Itu botol, kalau nak cakap KATAK pulak tetiba terjerit KA..KA..KA...KATAKKK!. Alamak katak betul dengar pun sentap ingatkan aku tengking dia. Dah kecepuk kecepuk dia gabra lari balik.


Sebab gagaplah aku jadi malu nak bercakap. Aku jadi Mat pendiam. Baaanyak benda nak cakap sebenarnya tapi terpaksa pendam. Pendam punya pendam tu la lagi naik semangat aku nak jadi wartawan. Nak bercerita tapi taknak bercakap. Aku fikir kerja wartawan tu menulis aja takyah bercakap, so bolehlah kan?. Tapi lama-lama aku sedar aku silap. Wartawan bukan cuma menulis je, sebelum menulis tu kena jumpa orang berkenaan kena tanya (interbiu) dia lepas tu barulah menulis cerita tu kan?. Nak tanya tu tentulah kena bercakap. Nak tak nak aku kena lawan gagap aku tu. 

Kena!. 

Mesti!. 

Itulah yang berkobar semangat aku nak lawan gagap. Setahun jugaklah aku lawan sendiri..lawan..tak boleh...lawan lagi...tak boleh jugak. Alamak!.


Korang tau sejak bila yang gagap aku tu tetiba hilang?. 

Sejak sekolah menengah. He he. Alam sekolah rendah aku dulu tu murid semua lelaki, masuk sekolah menengah barulah rasa sekolah campur lelaki perempuan. Eh malulah kan kalau muka hensem tapi cakap ka..ka..ka..ka...KATAK!! tergagap-gagap depan perempuan. Tak Romeo la kan?. Nanti dia ingat kita carut kat dia ke apa ke kan. Itu yg aku gigih lawan gagap sampailah...alhamdulillah akhirnya hilang dah gagap aku tu sepenuhnya!. Hilang sebab perempuan. Makanya moral of the story ni gagap boleh hilang kalau diri sendiri gigih lawan nak kasi hilang. Tak gitu memang dari kecik sampai ke tua lah ka..ka...ka..KATAK!!. 


Eh?.....mana katak tadi?. 


Okay. Alhamdulillah korang semua pun tahu hasil usaha gigih dan doa berterusan akhirnya aku dapat capai cita—cita aku tu. Lepas zaman sekolah, lepas harungi itu ini semua, akhirnya aku dah pun jadi wartawan. Ohh bila memang itu yang kita minat dan kita dah pun dapat dah tentu kita dapat buat kerja dengan penuh komitmen, penuh minat. Segala susah senang kita tempuh dengan ikhlas, tak pernah rasa bosan. Sanggup kerja round the clock 24 jam, cuti mingguan pun tak pernah kisah nak ambik pun. Ambik cuti cuma masa Hari Raya je hari lain semua kerja kerja kerja, itu aja yang ada dalam kelapa aku.....eh alamak salah taip,....kepala aku. 


Bila dah tercapai, next...apa pulak?. Skrg dah boleh relaks goyang kaki goyang segala?. Dah boleh bersedia nak pencen konon nak rehat taknak kerja lagi dah ke?. Cukup-cukup lah selama ni tunggang terbalik kerja wartawan sekarang nak lepak rumah je...cam tu?.


Sorry...takada istilah pencen ke bersara ke dalam diri aku. Kerja terus kerja tak kira usia. Ugama aku pun tak pernah ajar sekian-sekian usia mesti bersara mesti rehat ke apa. No!. Islam ajar bekerjalah selagi hidup dan selagi terdaya. Napa?. Sebab bekerja tu pun suatu ibadah!. Memanglah dah berusia kena banyakkan amal ibadah, kena lebihkan masa dengan famili ke semua tu tapi bukan maknanya dah takyah buat kerja apa dah tunggu besok mati aja ke, kan?. 


Perasan tak kebanyakan orang mula jatuh sakit lepas dia masuk usia bersara?. Masa tu dah kurang pergerakan, dah tak hari-hari kena gi ofis macam biasa, tak buat kerja, lebih banyak masa relaks, secara tak langsung tak exercise, haaa itu yang datang macam-macam penyakit tu kan?. Problem jantung la sendi la segala bagai, semua ada kaitan dengan dulu aktif skrg dah lepak.


Jangan macam tu. Kena move. Kalau duduk rumah pun kena buatlah apa-apa kerja pun asalkan ada pergerakan. Pergerakan untuk kesihatan. Kan?. Lainlah kalau kalangan orang yang memang dah tak berupaya ke, memang dah sakit ke, dah berkerusi roda ke, atau pemikiran dah tak releven ke, itu lain. Itu ada cara/alternatif lain untuk dia. Cuma bagi yang masih sihat, masih elok tubuh badan tu, pemikiran pun masih okay, aiyakkk takyah nak manja-manjakan diri cuma sebab ‘usia dah tua’ la kan. Tak okay tu.


Aku masih wartawan. Cuma dulu kerja untuk TV3, skrg buat Youtube channel aku sendiri ‘Nas Ahmad Terjah’. Sejak dah tak kerja TV aku dah dapat semula masa untuk aku menulis. Dulu aku menulis untuk majalah dan akhbar kan?, skrg aku menulis untuk blog aku sendiri ‘Blog Nas Ahmad Terjah’. Aku buka Nas Studio Creative. Bidang kewartawanan tetap on jugak selagi aku nak on. Tak taulah kalau nanti-nanti aku sendiri yang rasa dah malas nak on lagi ke nak buat aktiviti ain pulak tu barulah betul tutup kedai.


Eh ada pulak yang kata dah laa kasi orang muda pulak buat kerja, orang tua dah tak releven dah dengan zaman ni. Sorry aku tak ikut rules yang ntah siapa cipta ntah tu. Pepandai dia aja cipta tu. Aku pulak kata tua ke muda ke bukan alasan. Kan lebih bagus lebih power kalau tua dengan muda bergabung tenaga gabung pemikiran kasi kita tambah mantap, kan?. Itu lebih baik daripada kita sibuk berbalah sesama kita. Orang muda sibuk canang kata orang tua pemikiran dah lama lah, dah lembab lah, orang tua pulak kata budak muda mentah lah, hingusan lah, takda pengalaman lah, tak fokus lah, apa-apa lagi lah. Rugi kot?. Hakikatnya masing-masing ada kelebihan dan kekurangannya kan?. So patutnya tua muda bersatu kasi tambah power!. Boleh?.

Orait, set!!


Eh...ada ke ka...ka..ka..KATAKKK!!!...tadi?

Katak tadi mana katak tadi?.


Lari dah.


************************************

Ulasan

OWW YEAH!

SABAR AJALAH KITA YE AMY SEARCH

KALAU TAK SEDIA JANGAN JUMPA M.NASIR

ARWAH SUDIRMAN SENTIASA DIKENANG