KRU dan AKU

 




Dalam lipatan sejarah aku dlm kewartawanan ramai je artis yang aku saksikan dari zaman dia nobody baru nak mula keluar jadi artis, pas tu masuk zaman dia popular, sammmpailah dia dah takda kat persada kita dah. 

Wahhh rentas generasi tu kot!. 


Aku masih di sini, masih wartawan. Aku dah tulis/siar cerita artis tu dari tak siapa kenal aku kasi kenal, bila popular aku terus support kasi publisiti begitu begini, dan penghabisnya aku sendiri pun antara yang siar/tulis berita samaada  mereka dah berubah haluan pergi bidang lain ke mungkin dah takda dah kan? 


Aku tumpang happy dan tumpang syok sama dengar ada antara mereka yang dulunya biasa-biasa aja tapi lepas tu wahhh dah kaya raya dah, syukur alhamdulillah. Rezeki masing-masing la ye tak?. Ada jugak yang gigih berusaha tapi takkk naik-naik juga, cam tu aja dan penghabisnya hilang dari radar. Kasihan. Ada jugak yang bakat memang ori tapi tetap tak ke mana, macam tak dihargai. Ntahlah orang kata mungkin sebab tak cantik ke ada orang kata sebab tak buat kepala gila-gila ke tak pandai cari sensasi ke apa kot penghabisnya....senyap dah. Kita tumpang simpati.


Tapi tak semua, ada je ramai yang sampai skrg masih on, bertahun popular, ada yg dah sampai ke tahap biduan/biduanita sepanjang zaman dah. Woww....mesti dia happy kan sebab karier dia menjadi, bukan cuma hobi.


Okay okay tolak tepi bab tu. Aku nak cerita pasal lain, cerita pasal KRU pulak. Boleh?. “Ketepi!...ketepi!...gergasi sudah kembali.....”. Wahhh ‘gergasi’ tu! (Petikan lirik lagu ‘Fanatik’ KRU). Bagus bagus bagus, semangat mesti mau tinggi. Secara psikologinya bila kita bayangkan diri kita tikus maka sampai bila pun semangat kita sekecik tikus, tapi bila kita bayangkan diri kita gergasi maka semangat pun naik berkobar sebesar gergasi!. Bagus tu. Itulah semangat yg kita mau. Kan?. Think BIG.


Awal era 1990 masa KRU baru je muncul jadi artis baru dulu, masa tu aku wartawan majalah URTV base kat area selatan (JB & Singapura). Masa KRU di zaman kebaboom popular meletup bertahun-tahun pulak aku wartawan Melodi TV3, dan masuk tahun 2019 masa KRU buat konsert terakhir kat Istana Budaya sekaligus umum bubar pulak aku wartawan media sosial (Youtube channel ‘Nas Ahmad Terjah’ & blog sendiri ‘Blog Nas Ahmad’) sampai skrg ni ha,


Ingat lagi pertama kali aku jumpa KRU, masa lagu pertama diaorg baru meletup kat radio dan 3 beradik ni baru tengah gigih buat macam-macam aktiviti untuk perkenalkan diri ke seluruh Malaysia sampai ke Singapura. Hari tu sykt rakaman EMI dah atur interbiu KRU dengan stesen radio SBC (Singapore Broadcasting Corporation). KRU bertiga dengan sorang pegawai promosi EMI datang naik van ke JB dari KL. Pegawai tu tak berapa tau jalan dari JB nak ke SBC tu jadi dia mintaklah aku ikut sama hantarkan ke sana. Aku kebetulan free hari tu jadi okaylah kan. Kat depan hotel sebelum kami bertolak tulah kali pertama aku diperkenalkan dengan Norman, Yusry dan Edry. Pertama kali jumpa dan bersalaman tu aku tengok diaorang budak rap biasa je. Iyelah belum kenal lanjut lagi masa tu kan?. Manalah aku tau ‘budak rap biasa’ ni suatu hari nanti akan jadi ‘budak rap luarbiasa’ hebatnya.


Aku duduk kat seat depan sebelah driver seat sebab nak tunjukkan jalan. Pegawai tu duduk baris tengah betul belakang driver dan aku. Kat baris belakang tu lah Norman, Yusry dan Edry. Sepanjang jalan JB ke Singapura aku tak sempat berbual banyak dengan 3 beradik tu, maklum baru je kenal belum mesra. Diaorang pulak masa tu ntah malu kat aku ke apa ke tak taulah, kami tak banyak sembang.


Aku dah biasa sangat pergi ke SBC tu bawak artis itu artis ini. DJ dan pegawai kat sana tu aku dah kenal sangat even pakcik guard sana pun aku kenal sebab dah selalu datang sana. Tapi ntah camna hari tu nasib ada sikit tak baik lah. Ntah siapa antara kami yg tak mandi kot, ke mandi tapi tak sabun kot, sampaikan alamak...boleh tersilap masuk lorong!. Dahlah masa terhad, salah jalan la pulak.  Interbiu radio dengan KRU tu pulak live. Program interbiu radio tu bakal live jam 3 ptg, KRU patut dah ada sana paling lewat pun 2:30 lah kan, tapi ni dah lagi  5 minit cecah jam 3 petang kami masih on the road kat highway ke sana. Haa sudah!.


Apa lagi, pegawai yang uruskan trip tu yang selama ni aku kenal dia seorang yang sangat friendly, sangat baik, tak pernah ada apa problem pun dengan aku tetiba hari tu ‘tumbuh taring’ dah. Dia marah-marah sindir-sindir aku, dia gelabah yang amat selagi tak sampai. Tadinya kami mesra berbual bergurau bagai tetiba suasana jadi tegang. 3 beradik KRU tak kata apa. Aku tak berani nak tengok muka semua orang situ, aku tengok depan je. Sempat jugak lah aku jeling dari side mirror van tu nampak semua muka resah gelisah, macam aku jugalah. Apa tak gelisah, dah lah terlambat, kena haruk pulak lagi dengan pegawai tu. Aku dengar bunyi dia terajang kerusi!.


Jam berapa tiba SBC?. .......

Arrgghhh!....jam 3.06 minit, terlewat 6 minit!. Tiba sana pegawai tu dengan 3 beradik KRU terus je melulu keluar van terus daftar masuk ikut pintu besar SBC. Lewat cuma 6 minit tu bukan kejap ye, sebab kalau program live TV ke radio ke tiap 1 minit pun berharga!, kena sharp on time. Tu 6 minit baru tiba pintu masuk tu, by the time diaorang kena berjalan masuk ke studio ambik masa gak, maybe jadinya lewat 10 minit kot?, haa bakal kena sembur dengan DJ ke dengan produser situ la tu. Ya ampunnnn.


Masa tu aku rasa amat bersalah. Tak tau nak salahkan siapa dan nak kata apa dah. Iya lah dah banyak kali aku ke SBC okayyy aja tetiba hari tu ntah camna bolehkan tersalah jalan!. Jalan yang salah masuk tu jem pulak tu!. Aku terus terang minta maaf sebab tersalah masuk lorong tapi tu la dalam situasi genting macam tu maaf dah tak bermakna dah kan?. 


Walau telinga aku panas bagai nak cair dengar pegawai tu bebel kat aku sepuas hati dia, tapi NO!.....aku tak salahkan dia. Aku faham betapa dia gelabah sebab ni tanggungjawab dia. Aku kena tadah telinga ajalah diam dan dengar segala yg dia bebel tu. Aku terfikir ‘padan muka aku’.

Abih tu salah aku ke?. Eh tak jugak kot. Aku pun tak nak perkara tu berlaku tapi ia berlaku!. Terpaksalah terima hakikat yang perkara dah nak berlaku, nak buat cam na kan?. Terima ajalah apa pun. Cuma aku jadi makin ‘kenal’ sikap pegawai tu. Dia jenis orang baik, dedikasi segala bagai, tapi kalau bab macam ni tetiba tumbuh ‘taring’. So next time aku kena lebih berhati-hati kalau berurusan dgn dia.


Tu peristiwa pertama di sebalik memori perkenalan aku dengan KRU. Sejak tu aku ikuti perkembangan 3 beradik ni dari jauh. Aku pun tumpang bangga kejayaan demi kejayaan KRU dah capai. Aku bukan peminat muzik rap, kepala aku lebih kepada rock, KRU tu rap. Tapi aku antara peminat KRU jugak. Sebab KRU punya rap ada rock. Lagu KRU banyak gaulkan unsur rock dalam lagu rap dia, haa tu yg tarik minat aku juga tu. Aku pernah cakap straight kat Norman “Aku tak minat rap, tapi aku minat KRU, sebab KRU punya rap ada rock”. Norman senyum je dengar.


Dalam tiga beradik KRU ni Yusry nampak macam pendiam. Memang kalau interbiu pun Norman dgn Edry yg lebih rancak bercakap. Tapi....haaaa diam dia jangan sangka dia kosong. Kalau jolok mikrofon ke dia...peerrgghhh! macam-macam point dia tabur dan semuanya berisi. Cuma bila Norman dan Edry bercakap ke jawab soalan press ke dia reserve kan diri. Tak caya cuba interbiu dia sorang je masa Norman dan Edry takda, haaa lajuuu je dia jawab itu itu itu. Tengok pulak komen dia bila jadi juri pertandingan nyanyi kat mana-mana, bernas kan?. Haa itu Yusry.


Eh apa lagu KRU paling korang suka?. Owww banyak kan?. Ada yang kata suka lagu Mengerti, ada suka lagu Jangan Lafaskan. Ye lagu apa?....ohh ha ah lagu Ohh La La pun best. Lagi?. Yaaa...lagu Fanatik!, laama dah tak dengar lagu tu kan?. Ha tulah KRU memang banyak lagu best.


Personally ada 4 lagu KRU paling aku suka dan kebetulan 3 daripada lagu tu lebih menampilkan Yusry lead vocal. Aku suka lagu Sampai. Lagu ni best lebih best dari lagu target hits dalam album tu. 

Ke dua aku punya favourite lagu Kita Bersaudara. Lagu ni simple, liriknya pasal silaturahim dan cinta sesama adik beradik. Jarang ada lirik topik macam ni kan?, lirik cinta kekasih dah berlambak dah kan?. 


Satu lagi lagu apa?....Haa lagu yg ni memang aku langsung tak pernah dengar keluar radio. Tajuknya Lagu Untuk Mamat. Sekian lama dah terlalu banyak orang buat lagu pasal perempuan, Isabella lah, lagu Fiona lah, Azura, Normah, eh macam-macam la, tapi lagu ni pasal lelaki. Keluarlah nama Halim, Karim, Ahmad, ramai lagi nama ada disebut sekali tapau dlm lagu tu. Nama Samdol je takda ye.


Eh lagu Mahaguru pun best gak wohhh. Siap ada elemen bunyi Jepun dlm lagu tu.  Masa aku produce Melodi dulu aku pernah siap panggil KRU jadi guest nyanyi lagu tu live untuk closing Melodi hari tu. Sempat nyanyi penuh lagu tu!. Biasanya lagu closing sempat nyanyi separuh aja kan sebab tak cukup masa, yang ni aku memang dah kira durasinya aku nak dapat full song!. Rezeki koranglah KRU.


Antara aku dengan Yusry dulu cuma antara artis dengan wartawan, dari situ jadi kawan dah. Sejak dia kahwin dengan Lisa Surihani kami selalu gak la bersilaturahim sebab kebetulan anak dia minat dinosour. Company aku Nas Studios memang ada buat design, print dan jual online baju jenama Dinotizen. Dah jadi hubungan kami sekarang bukan cuma antara artis dgn wartawan aja tapi karib jugak.


Masa sembang kat rumah Lisa & Yusry aku pernah saja tanya Lisa KRU dah kata bubar ni Yusry takda ke ingat nak sambung nyanyi solo ke?. Lisa jawab dia ada tanya Yusry pasal ni terus Yusry mencemik bibir. Reaksi macam tu macam dah tak minat lagi dah kot. Adehhh. Tapi tak taulah selamanya ke atau ntah suatu hari nanti tetiba terbuka semula hati dia nak nyanyi lagi ke tu tak tau lah.


Eh bilik air ada orang tak aa?....

Eh dah la aku nak mandi. Dah panjang sangat kot aku tulis ni weyyy. Panjang sangat kang tak larat angkat. Masuk lori pun tak muat. 

Wahhh korang baca ni sampai khatam ye?. Ni baru cerita Yusry je tau belum masuk cerita Norman belum Edry lagi kan? 

Kita sambung la nanti kita sambung. Lain tahun.


Dahh.....aku nak mandi. 

Korang dah mandi belum?. 

Tadi ada jiran sebelah kata ada macam bau kerbau, ntah dia ke aku ke tak pasti. Kalau tak dia aku lah kalau tak aku konfom dia lah.Tapiii most probably aku la kan?

Ko diam.



*************






Nak order baju Dinotizen jugak kan?. Klik ni www.instagram.com/dinotizen


Nak tengok video kat Youtube Channel Nas Ahmad Terjah klik ni www.youtube.com/nasahmadterjah


Nak order Laksa johor Mama Yati boleh whatsapp/call 011 2897 0867


Nak singgah Instagram aku klik ni www.instagram.com/nasahmad.terjah


Facebook personel aku 

www.facebook.com/nasahmad

www.facebook.com/nasahmadterjah

www.facebook.com/nasahmadterjahpage


#wartawanmalaysia #kru #normanyusryedry #memorisilam #nostalgia #artislama #malaysiakuduludulu #nasahmadterjah #radiosingapura #

Ulasan

  1. Terbaik bang. Cuma nak perbetulkan sikit, Yusry anak kedua, cuma ada 1 abang. Edry tu adik dia 😁

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ha ah saya silap situ. Terima kasih bagitau. Saya dah baiki dah.

      Padam
  2. Terbaik bang. Cuma nak perbetulkan sikit, Yusry anak kedua, cuma ada 1 abang. Edry tu adik dia 😁

    BalasPadam
  3. Sekali lagi salah fakta...Edry tu adik Yusry bukan abang Yusry....hurrmm..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ha ah ada silap situ. Terima kasih ye bagitau. Saya dah baiki dah.

      Padam

Catat Ulasan

OWW YEAH!

SABAR AJALAH KITA YE AMY SEARCH

KALAU TAK SEDIA JANGAN JUMPA M.NASIR

ARWAH SUDIRMAN SENTIASA DIKENANG