SEJADAH

 





Bismillahirahmannirrahim

As salam Jumaat semua.


Peristiwa ni berlaku pada aku masa lepas PKPB pertama dulu, masa tu surau dah boleh buka untuk solat fardhu tapi kena ikut SOP la kan, kena bawa sejadah sendiri, jarak 1 meter sesama jemaah, dan kena siap wudhu dari rumah.


Petang tu aku singgah gerai famili aku gerai Laksa Johor Mama Yati kat Jalan Pekaka 8/1A Seksyen 8 Kota Damansara. Kebetulan lepas siapkan sikit urusan situ azan Asar dari Surau Ad Dhuha berkumandang. Jadi sebelum aku drive balik rumah sempatlah aku singgah surau tu kejap nak solat Asar berjemaah situ. Parking kereta kat area situ jugak dan berjalan hala ke surau.


Sampai surau terus sign in dan catit suhu badan kat buku catatan yang tersedia depan pintu masuk utama surau. Wudhu dah siap ambil sempurna so aku terus masuk ke dewan solat. Aku ke barisan depan bersama jemaah lain. Baru je aku nak mulakan solat sunat 2 rakaat tahiyatul masjid tetiba tersedar.....astaghfirullah....sejadah tak bawak!. Tertinggal dalam kereta. Laaa...nak kena patah balik ke kereta ke?. Nanti tak sempat kot sebab anytime now solat Asar berjemaah akan mula.


Sebab takda sejadah sendiri jadi aku pun berpatah semula ke belakang, ke sudut paling belakang sekali dekat pintu masuk dewan solat. Takpalah jauh sikit takpa asalkan dapat solat juga situ kan?. Takda sejadah takpa sebab surau tu pun memang dah terbentang karpet sepenuh dewan tu so anggaplah tu sejadah juga kan?. Boleh...no problem.


Hampir selesai solat sunat tu masa aku habis beri salam toleh kanan dan nak berpaling beri salam kiri pulak tetiba aku terdengar bukk!,...macam bunyi sesuatu kat sebelah kanan aku. Terasa juga berangin masa benda tu jatuh ke lantai. Apa tu?.


Habis beri salam toleh kiri penutup solat tu aku segera tengok arah kanan semula. Eh?.....ada sejadah berlipat kemas atas lantai betul-betul kat sebelah aku. Siapa letak tu?. Aku toleh keliling depan sampai ke belakang cari siapa yang letak situ tapi takda siapa pun berhampiran.  Yang ada beberapa jemaah lain tapi semua kat area depan dah ready nak solat Asar. Habis tu siapa punya sejadah tu, siapa letak situ?, dan kenapa letak betul-betul sebelah tempat aku duduk?. 


Terfikir, mungkin ada orang tumpang letak situ kejap kot?. Tapi...tak mungkin. Dewan solat tu punyalah luas takkanlah diletak betullll sebelah aku?. 

Ada orang murah hati nak pinjamkan aku sejadah ke?. Tapi siapa dan mana orangnya ye?. Takkanlah dah letak situ sekejapan tu tetiba menghilang diri?. Tempoh aku beri salam toleh kiri tadi sampai aku toleh kanan semula tak sampai pun 1 saat kot. Logik akal dah tentu lepas letak situ mesti aku nampak dia beredar tapi takda siapa pun. Keliling aku kosong, langsung takda siapa pun berhampiran.


Qamat berkumandang tanda solat berjemaah dah nak mula dah. Aku dah takda masa nak fikir siapa punya sejadah tu. Hati aku terdetik percaya ada orang pinjamkan aku sejadah tu sebab aku takda sejadah, tapi ntah siapa orangnya. Terasa eh...salah kot kalau tetiba aku ambik sejadah yang bukan milik aku. Jangan ambik. Biarkan aja situ sebab aku tak tau siapa tuannya untuk nak mintak izin pinjam ke apa. Tapi...naluri aku pulak kuat kata ambiklah, gunakan, bukan niat nak mencuri pun dan bukan nak guna tanpa izin tapi memang tetiba dah macam ‘tersedia’ ada kat situ walau ntah dari mana.


Iqamat selesai berkumandang. Aku ambil sejadah tu dan bangun. Dah ada sejadah jadi bolehlah aku join saf kat depan dengan jemaah lain semua kan?. Aku melangkah ke depan masuk barisan saf ke 2, memang ada 2 baris jemaah aja pun masa tu. Aku bentang sejadah tu. Subhanallah.....wanginya bau!. Dari sejadah putih bercorak tu keluar bau yang semerbak wangi!. Bau apa tu aku tak pasti tapi memang wangi. Aku tak pasti jemaah kat kiri kanan aku tu pun terhidu juga bau tu ke tak tapi aku yang berdiri berpijak betul kat sejadah tu memang dapat cium bau tu meresap masuk ke rongga hidungku.


Solat bermula. Alhamdulillah dapat sempurnakan 4 rakaat dengan sempurna secara berjemaah. Habis solat tu aku terfikir pulak...eh..nak pulangkan kat siapa sejadah ni ye?. Aku tak tau ni. Nak tinggalkan situ aja kot?. Eh takkanla cam tu.

Aku lipat semula, bangun, beredar semula ke belakang dan letak semula sejadah tu betul-betul kat tempat yang aku ‘jumpa’ tadi. Lepas ‘pulangkan’ semula aku terus keluar surau masuk kereta dan drive balik rumah. Sepanjang driving balik peristiwa tadi terus jadi tandatanya dlm kepalaku.


Besoknya kebetulan aku memang ada hal nak call Ustaz Fauzi  yang kerja sama dengan aku masa aku kerja TV3 dulu. Saja tanya apa pandangan dia pasal perkara ni. So kalaulah berlaku lagi macam tu ke aku dah sedia tahu apa perlu buat kan?. Minggu depannya aku call Dato’ Dr Hj Fadzillah Kamsah pulak minta pandangan dia pasal perkara ni. Keduanya dah beri pandangan mereka. Apa pun aku terima.


Apa yang aku boleh kata sini ialah...andainyalah sebenarnya memang ada orang yang letakkan sejadah tu dengan niat nak kasi aku guna untuk solat ke, aku ucapkan ribuan terima kasih. Mohon maaf aku gunakan sejadah tu tanpa izin. Semoga ALLAH swt membalas jasa kebaikan anda. Tapi sekiranya memang bukan ada sesiapa yang ‘pinjamkan’ sejadah tu, aku bersyukur ke hadrat ALLAH swt. Hanya DIA yang maha mengetahui.


****************

(Gambar-gambar sekadar hiasan)

***************


www.instagram.com/dapurmama.yati


****************

#blognasahmadterjah #memori #kenangan #solatjemaah #pakarmotivasidatofadzillahkamsah #sejadah #apasebenarnya #melodi #laksajohormamayati










Ulasan

Catat Ulasan

OWW YEAH!

SABAR AJALAH KITA YE AMY SEARCH

KALAU TAK SEDIA JANGAN JUMPA M.NASIR

ARWAH SUDIRMAN SENTIASA DIKENANG