Catatan

Tunjukkan catatan dari November, 2024

IKHLASKAN, BUKAN BALASAN

Imej
Kuala Lumpur: "Dulu saya wartawan, saya juga editor, penyunting video, produser, & sekarang di hujung usia & hujung karier saya, saya pula mengalami nasib apa saya pernah buat dulu, seperti dapatkan berita artis susah, siarkan kisah mereka (kemudian) mereka dapat sumbangan daripada mana-mana pihak," kata bekas wartawan program hiburan popular, Melodi iaitu Nas Ahmad, 62. Beliau seorang daripada 13 pengamal media dan bekas pengamal media menerima sumbangan inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) kerjasama Titipan Kasih Harian Metro dan Bank Simpanan Nasional (BSN) menerusi BSN Care 50 Hari Memberi - BSN Jengah, TKHM Singgah. Program itu juga bersempena dengan sambutan ulang tahun jubli emas BSN yang ke-50 pada tahun ini.  Nas atau nama sebenar,  Md Nasir Ahmad berkata, Harian Metro dan BSN antara beberapa lagi pihak lain yang sangat prihatin kepada perkara memberi su...

BANTU SIMPATI PETUGAS MEDIA.

Imej
Pergi mana petang Selasa lepas bro?. Ohh....aku kat Wisma BSN. Ada jemputan majlis Titipan Kasih Harian Metro dengan Bank Simpanan Nasional (BSN).....'BSN Jengah, TKHM Singgah'. #BSNCare Majlis apa tu?. Tu haa majlis petugas media disantuni Bank Simpanan Nasional BSN & akhbar Harian Metro di majlis Titipan Kasih. Antara penerima sumbangan acara tu Kamil Rahim (New Straits Times), Nur Fatihah Sulaini  (Harian Metro), Imbran Abdullah (Astro Awani), Nas Ahmad  (ex wartawan & produser TV3), Shahril Azman  (Utusan Malaysia), Marlia Mohamad (RTM), Jamhariah Jaafar (ex Berita Harian), Azran Mad Jaafar (ex Berita Harian), Azlan Bahrum (ex Utusan), Valiamah A/P Balaisingam (Tamil Malar), Roshila Murni Rosli (Sinar Harian), Fathil Asri (NSTP), dan Ku Azmi (bapa kepada pelajar UiTM yang maut dalam kemalangan di Dungun (BH). Semua 13 orang wartawan & bekas wartawan dari pelbagai agensi media itu terima sumbangan wang tunai & kotak r...

WARGA SENI LAWAN SAKIT

Imej
Senyuman ikhlas kekal hiasi wajah kami penggiat seni walau semua tau ramai antara kami sedang diuji pelbagai penyakit berat. Ebby Yus sedang tempuhi sakit jantung & sakit buah pinggang kronik, Shima sakit paru-paru & pundi lemah, Ali XPDC lama bertahan hidapi serangan jantung. Pelakon Mak Mah hidapi kencing manis komposer Zul Mahat, Shuib Freedom, Jeffrydin, Dr Sam Rasputin, Andre Goh Kieran, semua waega seni di situ punyai masalah kesihatan.  Aku sendiri bermula dengan serangan jantung sejak 2 tahun lepas & masih dalam rawatan, diikuti pembedahan mata kiri & kini menunggu pembedahan mata kanan pula Februari nanti.  Kami makin memahami semua ini ujian ALLAH. Jangan kecewa, sebaliknya tempoh semua ni dengan redha. ALLAH sayang kita semua. Dalam meredah ujian ni Yayasan PEKEMA tampil me...

LAYAN ZAYAN

Imej
Sekali tu radio aku lari siaran. Haaa amik ko...kena cari balik frekuensi tu satu satu susun balik kat radio aku tu. Masa tengah adjust stesen radio tu la tetiba terdengar lagu best. Lagu nasyid tapi akapella!. Best!  Lepas tu...wahhh....nasyid juga tapi rentak rock!. Stesen apa ni?.....check... check.....ohhh stesen radio Zayan banyak main lagu camni. Hmmm bagus bagus. Terus dengar content lain sini. Zayan Pagi dengan DJ nya Mawi, fBI, & Anas Tahir. Meriah ni & tak boring.  Ada segmen Timeline Akhir Zaman...wahhh lain macam kick nya.  Dengar jadi terdiam. Apa lagi?....bacaan terjemahan surah Alquran oleh Faizal Ismail..owwww ini 'makan dalam' ni.  faizal tak perlu audio effect bagai sebab mood vokal dia aja dah mampu hidupkan segmen ni kasi berkesan.      Lagi apa?....  Oww Doa Of The Day pun best. Boleh beri doa & dapat doa sesama kita. Banyak lagi yg best. Korang bukak radio Zayan layan sendiri la. Aku sendir...