RADIO TAK TUTUP (Part 3.3)

(Sambung drp part 1.3  & part 2.3 di Blog NAS AHMAD Terjah).
******
Siapa anggap radio lagu lama /klasik stesen radio orang tua, dia sebenarnya yang dah nak ketinggalan bas. 

Stesen macam ni skrg org muda pun layan. Tak gitu takkan jumlah pendengarnya cecah lebih 3 juta & makin bertambah!.

Hmm..patut pun ada member aku bagitau anak dia umur dlm 6 tahun lebih suka dengar radio lagu lama. 
Aku jadi "Eh?!...".

Tengok kat TikTok pun lagu lama naik semula & jadi pilihan budak muda!.
Lagu lama tak terpinggir ke tepi. Cuma tu la kadang ada org yg ego nya sangat tebal, taknak ngaku citarasa sebenar dalam diri dia. Konon malu nak declare.
Ha ah biarkan.

Tapi....berapa sangat la stesen radio lagu lama/klasik yg kita ada?. Cukup satu stesen Radio Klasik milik RTM aja satu sampai bila-bila ke?. 

NO!. Tak cukup!. Kena tambah lagi wehhh!.

Eh dulu kan kita ada Sinar FM. Tu stesen lagu lama/klasik jugak kan?. 
Apa cerita tu?.

Ohhh. Sinar FM tu range usia pendengar dia pada aku tak cukup klasik. Target usia pendengar dia mulai sekitar 80an cam tu.

Evolusi muzik dari 80an sampai ke skrg macam tak berapa ketara drastiknya. Nak kata retro tu okay la tapi klasik tak cukup ngam.

Peminat lagu lama/klasik skrg ramai yang usia level 70an dah. Atuk orang, bapa orang, abang orang sampai ke adik orang semua mula bercambah kat klasik skrg. 
Yes kita faham. Nak lengkapkan stok katalog lagu lama terutama lagu mulai era 50an zaman gramophone dulu bukan senang dapat. Kan?

Tapi kalau rajin cari/rujuk dan bina networking sendiri tak mustahil boleh dapat. Rajin tak rajin cari, itu aja.

Yang lebih jadi problem sebenarnya bukan stok lagu lama tapi....DJ atau produser (penerbit program) kepala lama.

Problem skrg semua DJ / penerbit termasuk sama dalam syarat tenagakerja/staff jawatan lain kat stesen radio yg sama tu. 

Stesen radio swasta ke kerajaan ke saaama aja, cecah usia 55/60 tahun dah kena pencen, kena berhenti kerja kategori bersara wajib. Orang tu masih boleh kerja pun terpaksa bersara.

Abih tu siapa selayaknya ganti dia?. 
Ohhh yang pasang hajat nak ganti kerja tu puhhh!....raaamai. Tapi yg betul layak sebenarnya takda/tak ramai/belum ada!.

Maka diambiklah budak generasi muda ganti situ. Apa budak muda tu tau?.

Tau!. Kasi dia tajuk lagu siap siapa nama penyanyinya, dia tau cari & dia siarkan. Zuppp!...lajuu je dia buat....

....tapi infonya.....kosong!. 
Napa kosong?...sebab dia tak tau apa pun pasal artis tu. 

Katanya dah memang la dia tak tau artis tu sebab dia tak lahir pun masa tu. 

Hmm. Pada aku itu bukan jawapan, itu alasan. Tak tau napa taknak ambik tau?. 
Yeahhh nak ambik tau kena research/homework. Boleh?. 
Boleh laa....
Kamon bebeh!

Info yg dia tau cuma lagu tu keluaran tahun bila. Iyalah tahun keluar lagu tu takyah cari, kan memang dah tercatit kat rekod rakamkhanah tiap lagu yg masuk situ kan?, so ceduk yg itu aja la. 

Bukan tak boleh, tapi jadinya besok-besok kalau 10 kali dia pernah siar lagu tu, 10 kali jugaklah dia cakap pasal tahun aja, balik-balik tahun.

Sudah sudah la, dah kerap sesangat dah tu. Itu bukan stesen pustaka rujuk tahun lagu kan?. 
Meh kita kasi pam power lain situ meh.

Tak salahnya umum tahun. Kita kasi tukar la, kasi selangkan dengan info/point lain.

DJ/Produser kena mampu nak bercerita sikit pasal penyanyi tu ke, pasal fesyen penyanyi tu ke, beza lagu artis tu dgn yg lain ke, camna situasi era dulu ke, komen terbuka artis atau peminat pasal dia ke, baaanyak point!. 

Rajin create la. So takdalah balik-balik umum tahun bila lagu tu aja kan?. 

Kita pendengar taknak tu. Kita nak DJ yang tahu bercerita pasal lagu/artis yang dia siar. DJ/produser kena buat homework ye, cari info sana sini & gunakan sikit-sikit. 

Buat macam info bank, boleh kongsi dan gunasemula. Baru program tu jadi lively.

Style penyampaian aja boleh guna style tersendiri DJ tu utk kasi suasana happening masakini.

Skrg ni dia siar lagu A.Ramlie tapi dia gagal bercerita pasal atau sekitar berkaitan era A.Ramlie. 

Kan dia akan jadi DJ/Produser hebat kalau dia rajin usaha dapatkan tu?. 
Ni cabaran kreativiti kat dia.
Dalam satu meeting aku dengan beberapa DJ & produser muda, aku pernah sebut nama penyanyi Junainah M.Amin. Dah semua budak muda situ terlopong tak tau. 
Bila aku petik nyanyi sikit lagu artis tu "...Marilah adik ku, marilah bersamaku. Kutukar baju yang baru..." barulah semua "Ohhh kenal! Tau! Saya tau ni bang".

Aku tepuk dahi. Kalau tak tau napa tak ambik tau?. Aku sendiri tak lahir zaman Hang Tuah, tapi aku tau Hang Tuah sebab aku baca, dengar, kaji sendiri, tengok video ke filem ke pasal Hang Tuah!.

Aku tak lahir lagi masa zaman Marilyn Monroe, zaman kumpulan The Drifters semua tu popular, tapi adleast aku tau juga sikit pasal diaorang. Bukan zero.
Adehhh!.
Ruginya DJ/Penerbit hebat kena bersara bila cukup usia. Patut offer dia kontrak sambung menyambung selagi dia larat, sihat, masih releven & masih boleh kerja.

Lainlah kalau dia sendiri yang kata dah surrender, maka jangan dipaksa.

Ambik jadi penasihat aja pun boleh. Sebab dia 'warga emas'. Pengetahuan & pengalaman dia bernilai emas yg bukan senang boleh dibeli atau tukarganti dengan batu.

(Eh....tetiba terngiang dialog filem P.Ramlee "Ente nampak ini batu?").
Aku tiap hari layan radio lagu lama (oldies) online dari US & Europe. Aku dengar 181 FM Good Times Oldies, Radio Gold, Offshore Music Station, eh banyak lagi. 

Semua stesen lagu lama tu samaada guna DJ muda yg ada jiwa oldies, atau ada yang sampaikan sanggup kekalkan DJ atau produser popular mereka. 

Mereka kekal diminati dari zaman dia bujang dulu sampai skrg cucu berderet dah.  

Orang minat dia bukan sebab dia handsome ke muda ke apa, dia dah tua okay?. Tapi nilai tua dia tu lah yg kekalkan kehebatan dia di radio. Lagenda radio.
Berbeza benar kalau ambik budak muda gantikan dia, budak tu kena bermula dari 0 di usia hampir 30. 

Pendengar setia stesen tu taknak tau problem budak tu. Semua nak stesen klasik tu kekal klasik walau dalam acuan masakini yg malar segar.
Nak ada satu stesen radio oldies memang kena otai (old timer) ketuanya. Kasi kat budak muda jadi leader situ nanti stesen tu makin lama makin condong jadi muda. Dahh clash dengan stesen muda lain yang memang dah banyak kat persada dah.

Kasi otai leader situ, budak muda buat kerja, baru nilai oldies value yg keluar tu sangat pekat, yg pendengar oldies nak, bukan yg org muda bos stesen radio tu nak. Taste dia lain.

Dah skrg zaman online, kalau otai warga emas tu buat kerja dari rumah dia aja pun okay, budak muda ambik arahan dan buat kat ofis stesen.

Tapi....otai wargaemas tu pulak kepala kenalah fleksible sikit. Dalam dia fight nak mantapkan kualiti klasik tu dia kena dengar dan gunapakai juga kalau ada idea muda yg mana okay. 

Jangan pulak jenis otai yg ego, tutup pintu terus, langsung  taknak terima idea muda. 

Sakit kita skrg ialah budak muda kata warga tua kepala lama dah ketinggalan zaman, warga tua pulak kata budak muda mentah takda pengalaman dan halatuju. Eh why not dua generasi ni gabung kasi mantap?.

Timbang-timbangkanlah dari banyak angle utk kebaikan bersama, bukan cuma kebaikan diri sendiri aja. Haaa cam tu.

Hargai warga emas umpama emas, sebab Oldies is gold!.
This is golden oldies!.

Ulasan

OWW YEAH!

SABAR AJALAH KITA YE AMY SEARCH

KALAU TAK SEDIA JANGAN JUMPA M.NASIR

ARWAH SUDIRMAN SENTIASA DIKENANG