RADIO TAK TUTUP (Part 2.3)
(Bersambung drp part 1.3 di Blog NAS AHMAD Terjah).
******
Haa jom teka. Stesen radio mana satu yang paaaaling ramai orang minat layan skrg ni?.
Jeng jeng jeng!!....
Owww wow woahhh.....kalau aku jolok soalan ni tentu raaamai terus nak tau jawapannya kan?. He he.
Aku taknak bagitau jawapannya sini, sebab dedahkan mana satu tengah laku dan mana satu yg tak laku bukan tujuan tulisan aku ni. Bukan!. Point aku lain.
Taknak kacau bisnes orang. Ala lagi pun kalau korang nak tahu jugak statistik tu korang boleh check sendiri online kot. Zaman info dihujung jari kan?.
So....jangan check dgn aku ye. Gi check sendiri ikut highway lain,
haaa cam tu.
Cuma aku nak bagitau sini...bila dengar satu stesen tu popular, jangan terus anggap marketing dia tengah hebat. Banyak iklan/airtime masuk situ.
Belum tentu wehh!.
Ada stesen popular bertahan lama sebab satu company besar payung dia.....
...ada pulak yg add (iklan) banyak, kejap kejap iklan, tapi atas dasar contra la pulak.
.....dan, jangan ingat stesen tak popular tu pulak stesen tak laku/ takda company nak masuk iklan ke beli airtime situ ye.
Salah!.
Selalu yg senyap tu la iklan/marketing tengah lebat massyyuukkk!.
Nak tau?. Selalu berlaku disebalik gahnya satu stesen radio popular masakini tapi sebenarnya satu stesen lagu lama/klasik yg nampak macam terpinggir itulah tengah kaut sambutan pendengar berlipat kaki ganda!.
Satu lagi jangan sangka stesen radio islamik tak laku ye. Walau lagu mereka siar bukan top 10 kat persada kontemporari semasa ke, dari carta itu ini ke, tapi mereka ada peminat tersendiri yg makin lama makin ramai!.
Ni satu contoh la ye, CONTOH. Stesen radio IKIM tu dulu aku terfikir camna la dia boleh beroperasi kalau tracklisting/stok lagu pun tak banyak.
Lagu nasyid kita bukan banyak mana pun kan?. 1 hari siarkan semua lagu, habis dah kot, then besok-besok nak siar apa?.
Tapi bila aku dah spend masa layan radio tu beberapa bulan, baru aku nampak....ohh bukan sekadar nasyid!. Diaorang siar juga lagu rentak pop ke rock ke, rnb, dance, blues, apa aja rentak asalkan liriknya baik.
Lirik baik pulak bukan terbatas lirik ketuhanan aja ye. Lirik kehidupan, nilai keislaman & dakwah Islamiah jugak!. Tak gitu lagu XPDC takleh lepas situ.
Lagu XPDC tajuk Doa selalu ada situ. Lagu Dato Ramli Sarip macam lagu Nyanyian Sejagat ada situ. Lagu Dato M.Nasir, lagilah ada.
Semua lagu liriknya ikut piawaian IKIM. See....kalau cuma nak hadap nasyid aja ishhh...senget jugak nanti kan?.
Ha ah selama ni aku rasa lagu nasyid tak banyak. Grupnya pulak pusing balik itu aja.
Antara penasyid popular dlm mainstream yg kita ada tu haa Raihan, Inteam, UNIC, Saujana, dll. Berapa kerat sangat aja tu kan?.
Bila dah rajin buka radio IKIM baru aku nampak senario sebenarnya. Ramai!...
.....ramai yg aku baru kenal ....dan banyak lagu best situ!. Bila layan, bukan aja dapat lagu best, tapi dapat manfaat lain malah pahala pulak tu!.
Satu lagi unik, stesen ni siang fokus kat ceramah, ilmiah, info, dll yg bermanfaat. Lagu semua dia tolak ke malam.
Dari 10 malam sampai subuh banyak lagu, siap ada carta lagu situ.
Selain lagu, bacaan ayat suci Alquran pun kedengaran malam dan siang. Balance.
Bagus bagus bagus. Aku suka.
Itu pasal lagu. Bab info, ilmiah, perkongsian ilmu, ibadah, dll pulak pun padat!.
Pernah dulu, pertama kali aku dapat maklumat pasal teknik Deep Fake yang masa tu bakal dicipta ke dunia, aku tau dari dengar interbiu IKIM bersama seorang saintis / ilmuwan Islam.
Deep Fake ni kira teknik tiru manusia macam teknik AI jugak la gitu. Masa tu Deep Fake baru nak ujud, skrg dah ada dah kan?. Bukan cuma tu, hari-hari ada topik pasal syariah & perundangan Islam situ.
IKIM berbeza dengan stesen Zayan FM walau sama Islamik.
Zayan lebih 'berjiwa muda', sama macam stesen radio popular biasa cuma kontennya islamik. Orait gak tu. Itu cara dia. Layannn.
Eh?....Apa cerita stesen klasik pulak?. Laku ke?. Camna diaorang nak survive aa?
Ha ah kan?.
(Bersambung part 3.3 nanti di Blog NAS AHMAD Terjah).
Ulasan
Catat Ulasan