AMAN SHAH TAK SANGGUP NYANYI?
Dulu aku pernah call Aman Shah cadang kat dia nak sesaja tukar lirik lagu 'Kepulangan Yang Dinanti'.
Kali ni buat versi lawak / santai pulak, taknak sedih macam asal.
Eh lagu yang mana satu ni?.
Laaa...lagu raya Aman Shah yg "Bergema suara takbir di angkasa, selembut bayu meresap ke dalam jiwa.... Lagu tu la"
Ohhh yang tuu!. Tau tau tau.
Aman Shah mintak liriknya.
Aku email kat dia.
Besoknya aku call tanya dia.
Tapi.....dia kata dia tak sanggup.
"Haaa? Tak sanggup apanya?. Bukan heavy pun" aku terkejut.
Sebelum ni masa zaman PKP pertama dulu aku pernah tukar lirik lagu popular 'Pulanglah' Dato shake jadi lirik berserabut, okayyy aja. Dato shake rakam.
Video santai Dato Shake nyanyi lagu tu kat rumah dia kat Paris disiar kat semua stesen TV kita. Kat media sosial kita pun ada.
Ni link nya :
https://youtu.be/VKpIaSLzo7k
Tak sangka pulak utk lagu 'Kepulangan Yang Dinanti' ni Aman Shah taknak nyanyi.
Aku tanya dia apa problem?.
Dia explain, rupanya lirik lagu ni ditulis khas utk arwah bapa dia. Dia sangat sayangkan arwah bapa dia.
Nak rakam lagu ni dulu Aman Shah sampaikan terpaksa minta semua lampu studio ditutup. Dia nak nyanyi dalam gelap. Dia nak dapatkan feel tu sampai menangis.
Baru aku faham. Patutlah bila lagu yang sama ni aku nak dia nyanyi tukar lirik lain dia tak sanggup.
So, kami pun kensel hajat tu. Kita kena respek hajat & pendirian orang lain kan?. It's okay.
Setahun lepas tu pulak aku terkejut dapat berita sedih Aman shah dah meninggal dunia di Hospital sebab serangan jantung. Khabarnya dia terjatuh di bilik air sana. ALLAHU.
Ni gambar terakhir kami sempat bersama, masa acara rakaman Hari Raya Radio Klasik.
Selepas saat ni dia pergi buat selamanya kpd sang pencipta.
Mari kita sedekahkan Al Fatihah kepada arwah. Semoga rohnya dicucuri rahmat ALLAH dan ditempatkan dikalangan insan beriman.
Aamiinn.
Ulasan
Catat Ulasan