RADIO TAK TUTUP (Part 1.3)

Lagu lama sifatnya tenang, lagu masakini pulak sifatnya luahan. Itu real & betul. Dah lama aku perhati, aku setuju sejak dulu sampai skrg. Titik.

Bila masa nak tenang bila masa nak luahan pulak tak tentu. Terserah pada situasi semasa orang tu hari tu. Hari ni lain, besok mungkin jadi lain. 

Kadang masa kerja nak lagu tenang, taknak ribut konon, tapi besok-besok...eh?... dia nak lagu rancak le pulak, nak lawan ngantuk katanya.

Zaman aku kerja dulu....errr...sebab kerja aku kan memang dah jenis kena aktif terkejar gi sana sini buat itu ini, so aku nak muzik yg lembut yang dapat slow me down. 

Bila dah relaks kat rumah pulak baru aku cari lagu rancak utk pantulkan balik semangat aku. Haaa cam tu aku.

Korang pulak camna?, sama macam aku ke lain macam pulak ye?.
Nak pekena lagu rancak ke nak lagu slow ke, sumbernya tak mesti dari bentuk fizikal (CD ke MP3 ke) aja.  Tu haa dari radio pun nakkk jugak. 

Haaaa walau sesuatu lagu/album yg kita suka tu kita dah ada album/single nya tapi tetap nak layan kat radio jugak!. 

Betulll!...dengar dari album fizikal tak sama kick nya dengan dengar dari radio. 

Eh dengar kat radio kan banyak gangguan?. Ada suara DJ bebel la, ada iklan la, ada promo ada info itu ini bagai, kan mengganggu kita nak enjoy dengar lagu?.

TAK!. Tak ganggu, malah itulah keunikan yg jadi kemeriahan & keistimewaannya. 

Sebab tu keperluan dan peranan radio kekal dulu sampai skrg walau zaman dah berganti zaman. 

Contoh la kan, contoh. Tiap kali tiba musim raya. Walau raaamai dah ada koleksi lagu Raya sendiri samaada dlm album fizikal (CD) ke, dlm pendrive (mp3) ke Spotify ke apa, senang boleh dengar kat rumah la kat dalam kereta la dlm handset la bagai, tapi tetap nak dengar kat radio jugak.

Tertunggu ni!. Tetap tertunggu bila stesen radio ni nak siar, lagu Raya mana satu radio ni nak siar, apa DJ nak cakap, siap terpilih-pilih channel dan kejap skip situ sini, semua tu lah. 
Takda mananya radio dah terbiar sepi dipinggir zaman. 
Radio tak tutup!.

Apa pulak radio tak tutup. Ko sembang apa ni?. Dulu dah ada berita radio ni tutup pas tu radio tu pulak tutup, apa tu?.

Iya betul dlm bisnes radio ni memang ada beberapa stesen yang kecundang & terpaksa tutup. Tapi...

....industri radio tak tutup. Cuma stesen radio berkenaan tu aja yang tutup dengan sebab tertentu yang diaorang aja tau. Biasalah showbiz.

So....thanks & tahniah semua warga radio. Khidmat korang kami hargai.

(Bersambung di Blog NAS AHMAD Terjah).

Ulasan

OWW YEAH!

SABAR AJALAH KITA YE AMY SEARCH

KALAU TAK SEDIA JANGAN JUMPA M.NASIR

ARWAH SUDIRMAN SENTIASA DIKENANG