Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun, 2023

SIMPAN KE BUANG?

Imej
Tua tu memang tua dah kan, tapi misai & janggut ni better aku biar ke better cukur aja aa?.  Aku bab nak jaga rapi ke nak kena trim ke nak letak minyak ke memang malas.

SWEET CHARITY kasi gegar!

Imej
Ramli Sarip vokalis Sweet Charity bersama Nas Ahmad. Gaya persembahan Ramli Sarip di awal populariti Sweet Charity dulu macam gabungan gaya Robert Plant (vokalis Led Zeppelin) dan David Lee Roth (Van Halen).  Masuk album ke 3 barulah dia keluar dari bayangan tu & ada gaya sendiri. Rosli Mohalim gitaris Sweet Charity bersama Nas Ahmad. Lagu Sweet Charity kebanyakannya lebih menonjolkan pada gandingan Keyboard (Ahmad Jaafar /AJ dan Masrom A.Hamid) dengan disulami gitar oleh Rosli Mohalim samaada secara solo atau rhytme. So, bukan semua lagu ada petikan solo Rosli. Foto oleh : Jeffri Iran, Wahid Rashid & Nas Ahmad.

RAYA MANA KITA?

Imej
Eh raya balik mana aa?. Oww raya aa.  Mula pagi anak aku sekeluarga datang raya rumah aku, petang aku sekeluarga datang rumah dia pulak. Haaa cam tu la. Rumah kami dekat je, aku kat seksyen 8, diaorang kat Seksyen 10, sama-sama kat Kota Damansara sini haa.  Eh Raya puasa hari tu pun camni gak. Dah jadi suatu kemestian bila kami tak balik beraya kat kampung (JB) kami beraya sesama kami sini.  JB or KL tetap meriah. Salam Aidiladha daripada kami semua. Ada sesiapa raya balik Jepun?. Takda? Amsterdam ke Czechoslovakia ke ramai? Eh takda gak heh?. Haa takda takpa la. Raya datang rumah, bawak kuih sendiri ye. Ok bye.

AMAN SHAH TAK SANGGUP NYANYI?

Imej
Dulu aku pernah call Aman Shah cadang kat dia nak sesaja tukar lirik lagu 'Kepulangan Yang Dinanti'. Kali ni buat versi lawak / santai pulak, taknak sedih macam asal. Eh lagu yang mana satu ni?. Laaa...lagu raya Aman Shah yg "Bergema suara takbir di angkasa, selembut bayu meresap ke dalam jiwa.... Lagu tu la" Ohhh yang tuu!. Tau tau tau. Aman Shah mintak liriknya.  Aku email kat dia. Besoknya aku call tanya dia. Tapi.....dia kata dia tak sanggup. "Haaa?  Tak sanggup apanya?. Bukan heavy pun" aku terkejut. Sebelum ni masa zaman PKP pertama dulu aku pernah tukar lirik lagu popular 'Pulanglah' Dato shake jadi lirik berserabut, okayyy aja. Dato shake rakam. Video santai Dato Shake nyanyi lagu tu kat rumah dia kat Paris disiar kat semua stesen TV kita. Kat media sosial kita pun ada. Ni link nya : https://youtu.be/VKpIaSLzo7k Tak sangka pulak utk lagu 'Kepulangan Yang D

SUMBANGAN TAN SRI MUHYIDDIN FOUNDATION KEPADA INSAN SENI.

Imej
Dia orang politik, aku insan seni. Kami sama anak jati JB tapi tak pernah terjumpa kat sana ke kat sini ke. Minggu lepas hari Khamis 22hb Jun pertama kali kami dapat jumpa dan bertegur sapa, sempat bergambar sama kejap. Kejap aja tapi dlm keadaan yg...dia tau aku & aku dah tentulah tau dia...PM8 tu!...Tan Sri Muhyiddin....haa cam tu. Terima kasih ALLAH. Alhamdulillah ada rezeki disampaikan menerusi sumbangan Yayasan Tan Sri Muhyiddin Charity Golf. Acara penutup Kejohanan Golf Remaja Amatur berlangsung di Banquet Hall KLGCC Bukit Kiara KL. Antara lain, sumbangan dihulurkan juga kepada seniman-seniman tersenarai, antaranya Jalil Hamid, Fatimah Yassin, Murali Abdullah, Nas Ahmad dan Ibnor Riza. Turut hadir bagi kelancaran acara ialah GM TSMCG Pn Jenni Aznah, Wakil SENIMAN Betty Banafe, Presiden IRAMA Ayob Abd Majid dan wakil TSMCG Foundation Cik Amiza. Jazakallahu khair. Semoga

SIAPA AWEK TU?...NAK NGAKU TAK? He heee...

Imej
Budak umur baru nak masuk sekolah cam tu biasanya jujur kan?. Dia tak reti bohong, tak reti cakap berkias ke cakap berlapik ke, apa yang dia alami itu la dia cakap terang-terang. Kan?. Haa aku ada satu memori silam zaman aku kecik sekolah rendah. Uiiii cerita lama ni!, tapi ada kaitan dengan sorang budak perempuan anak jiran aku. Masa tu aku tinggal kat rumah tok kami kat Kampung Air Molek JB. Ada kedai runcit mamak kat sebelah rumah tu. Aku gi kedai tu, kakak aku suruh beli rempah.  Masa tengah tunggu tu la aku nampak budak perempuan tu masuk. (Syyyhh!...nama dia aku rahsiakan  sini, taknak dia malu baca ni ke kan). Yang peliknya dia datang pakai lain macam. Cuma pakai satu seluar. Nasib baik seluar tu besar so cover dari dada sampai ke lutut dia. Kat dlm tu dia berlenggeng je!. Laaa!. Aku terfikir agaknya musim hujan baju seluar dia semua habis basah kot... .....agaknya mak dia busy kat dapur sampai takda masa nak urus anak. Kasi cincai pakai apa aja kot?. Ntah la mana sa

SEDAP ke SYOK ke...LAYANNN! sebab klasik.

Imej
Awak panggil biskut ni biskut apa aa?. Biskut timbang?...biskut ceduk?.... Abih tu biskut apa?...biskut cekut-cekut?. Nak panggil apa pun boolehlah kot tapi itu la dia biskutnya.  Aku tiap minggu Sabtu gi pasar malam kat area rumah aku seksyen 8 Kota Damansara cari ni. Ada macam-macam kita boleh pilih nak yang mana. Ada 3 yg aku mesti beli, biskut jem yg corak klasik, biskut wafer (strawbery ke coklat ke boleh aja) dan biskut sultana.  Sekali beli tu boleh la buat syok seminggu, buat ngap ngap ngap sambil mengarang ke buat kerja editing video kat rumah. Aku naik syok singgah beli ni sebab inilah cara kedai runcit jual biskut masa zaman aku budak kecik dulu sampai ke aku sekolah darjah 6 dulu. Biskutnya, tinnya, semua kekal klasik cam tu.  Mula dari singgah beli tiap minggu, sampai dah jadi kawan dengan owner nya Muzakir sekeluarga. Semoga ALLAH swt lindungi sekeluarga ni,  terus maju dalam perniagaan dan kehidupan, dimurahkan rezeki serta

RADIO TAK TUTUP (Part 3.3)

Imej
(Sambung drp part 1.3  & part 2.3 di Blog NAS AHMAD Terjah). ****** Siapa anggap radio lagu lama /klasik stesen radio orang tua, dia sebenarnya yang dah nak ketinggalan bas.  Stesen macam ni skrg org muda pun layan. Tak gitu takkan jumlah pendengarnya cecah lebih 3 juta & makin bertambah!. Hmm..patut pun ada member aku bagitau anak dia umur dlm 6 tahun lebih suka dengar radio lagu lama.  Aku jadi "Eh?!...". Tengok kat TikTok pun lagu lama naik semula & jadi pilihan budak muda!. Lagu lama tak terpinggir ke tepi. Cuma tu la kadang ada org yg ego nya sangat tebal, taknak ngaku citarasa sebenar dalam diri dia. Konon malu nak declare. Ha ah biarkan. Tapi....berapa sangat la stesen radio lagu lama/klasik yg kita ada?. Cukup satu stesen Radio Klasik milik RTM aja satu sampai bila-bila ke?.  NO!. Tak cukup!. Kena tambah lagi wehhh!. Eh dulu kan kita ada Sinar FM. Tu stesen lagu lama/klasik jugak kan?.  Apa cerita tu?. Ohhh. Sinar FM tu range usia p