Catatan

Tunjukkan catatan dari 2021

HIJRAHKAN LAGU.

Imej
  Bukan cuma diri, lirik lagu pun perlu hijrah. Dah hijrahkan, tapi yang lama tetap terus berkumandang. Macam mana tu ye?

MISHA OMAR : Pilih zuriat atau karier?

Imej
  Bina karier tu penting, lahirkan zuriat pun penting. Mana satu LEBIH penting?. Camna Misha Omar hadap situasi yang hadir serentak ni? Ini suatu pengorbanan.

Zikir, mandian,Daqmie & Aura Rezeki

Imej
Pandemik melanda dunia, artis juga terkesan teruk, tapi perlukah Daqmie berubah bidang?. Kolaborasi bersama Aura Rezeki menghala ke arah mana?. Pasti ada potensinya. ***********

Kalau tiada NORANIZA IDRIS......

Imej
  Apa pun dia tempuh, sebab jiwa dia ada di situ. Terbaru Noraniza Idris mara berkolaborasi antara seni dan kesihatan. Semoga dipermudahkan.

Ashira Aziz...Bahagia dicari bukan di sini.

Imej
  Bukan cuma Bad (indigo) malah isterinya Ashira Aziz juga insan biasa, takkan dapat lari dari dugaan. Kenapa?. .....kerana di sini bukan tempatnya. ++++++++++

MEL (X WINGS) "Ramai artis jatuh!"

Imej
  Bukan saja raih simpati, tapi Mel bekas vokalis Wings antara yang terkesan bahana pandemik melanda dunia. Tapi apa di sebaliknya?. Aktivis We Are One, IRAMA, dan Hidayat TV turut gerakkan sumbangan kepada Mel di kediamannya.

SIMPATI WARGA SENI

Imej
  Pandemik melanda!. Ramai yang terkesan, apatah lagi warga seni. Kita bantu kita. Aktivis We Are One, IRAMA, Hidayat TV dan beberapa pihak lain turut tampil hulurkan bantuan.

BAD (Indigo) TABAH HILANG JARI KAKI

Imej
 

ALI XPDC tabah dugaan.

Imej
  Dugaan demi dugaan ditempoh Ali rocker XPDC dengan redha. Pernah alami kulit tubuhnya terutama di bahagian muka terbakar ketika sedang membakar sampah di rumahnya. Kini, dia diuji lagi dengan mengalami sakit jantung. Hidayat TV, Irama, dan team Together We Care...We Are One mengunjungi Ali di rumahnya di Klang pada Rabu 29hb September lepas. Semoga Ali sekeluarga dan kita semua sentiasa dilindungi ALLAH swt.

Goreng gitar kidal dan senyuman MAN KEEDAL

Imej
Lagi pasal Man Keedal. Boleh? Aku dengan dia bukanlah member rapat sesangat level hari-hari nak call ke contact ke cam tu. Dah hari-hari aku dengan busy aku dia dengan busy dia maanalah nak rajin contact kan?. Tapi...kami memang kawan lama, dari sejak Lefthanded orang tak kenal lagi.  Era 80an masa tu Lefthanded tiap malam main kat funfair Taman Pelangi JB dan aku dengan jurukamera Jeffri Iran ada sewa booth Express Photographer kat funfair sama tu jugak. Haa itu yang hari-hari jumpa Man Keedal tu terus jadi member. Habis sebulan kat Funfair tu sambung kat Pesta Bunga kat Pantai Lido JB la pulak. So...2 bulan straight la tiap malam kami jumpa.  Habis aja 2 funfair ni...dah, kau kau aku aku. 2 bulan straight tiap malam aku jumpa Man Kedal ni satu karakter dia yang aku nampak, dia ni murah senyum. Apa-apa hal pun dia senyum je. Ada sekali tu tengah show tetiba (arwah) Man Dayak jerit marah kat dia sebab sound gitar dia kuat sangat kot sampaikan Man Dayak tak dapat dengar bunyi d...

Bangkit!. : Jangan biarkan dunia meninggalkan kau, sebelum kau meninggalkan dunia - Nas Ahmad Terjah.

"Campaklah dia kat mana pun, dia boleh hidup. Inilah orangnya".... tetiba DJ @Radio Klasik RTM El Adzahar Omar cakap macam tu kat aku. Ntah dari sudut mana dia usha aku tapi ayat tu power,  masuk dari telinga merasap terus dalam kepala aku.  Aku jadi terbisu bila dia cakap macam tu. Benar aku sentap, tak tau nak jawab apa. Sebab selama ni aku tak pernah ada masa fikir apa pun pasal tu. Yang aku tau apa aku nak buat aku hayun aja buat seikhlasnya kasi jadi, kasi level puas hati. Aku stay situ semahunya. Itu bidang aku, okay!. Tapi sebelum terlena malam tu, aku sempat renung apa aku dah lalui selama ni. Aku makin sedar maksud kata 'hijrah itu perjuangan'.  Betul kita citakan sesuatu. Dah dapat, sangat indah, hebat!, tapi...tetap kena move on teroka lain, sebab diluar kesedaran kita banyak yang lain punya nikmat keindahannya tersendiri, yg sebenarnya serasi lagi bermanfaat bukan aja kepada kita malah kepada orang keliling. Andai terlena di comfort zone, leka tepu di situ...

Apa yang kacau Melodi live?

Imej
  Orait bebeh!...meh aku tambah sikit lagi cerita pengalaman dan gambar lama aku masa buat live TV gunakan O.B (Outstation Broadcast/studio bergerak) ni dulu meh. Masa tu Melodi buat live dari satu markas tentera sempena hari angkatan tentera tahun tu. Biasalah tiap Ahad Melodi live jam 12.30 tengahari kan?, so persiapannya tu krew nak tarik cable, teknisyen nak set up system, propsman nak pasang set, lightingman nak ploting lampu, semua tu dah mula seawal jam 8 pagi. Jam 11 pagi, aku dengan unit produksi Melodi dah masuk berkurung dalam O.B ni nak buat rehearsel. Host Melodi masa tu Wahid Senario dengan Fafau dah ada dah kat set. Rehearsel bermula. Semuanya okay. Aku dah check miking utk 2 host aku tu okay, audio okay, camera shot okay, script, flow programme ikut running order macam yang aku nak semuanya dah okay dah, takda problem apa pun. Rehearsel dah beres jam 11.45 cam tu. Now tinggal tunggu tepat jam 12:30 tengahari utk kami mulakan Melodi live tu. Penonton seluruh Malaysi...

Budak pun suka!

  Syok layan Izzara Nur Iman sembang Indonesia. Pulak tu....dia pun suka layan Laksa Johor Mama Yati! Nak jugak?. Boleh je order. Hubungi/Whatsapp 013 3377551. Whatsapp link www.wasap.my/60133377551

Jaga jarak lah wehh!

Imej
  Eh tadi kan, aku gi kedai runcit dekat rumah aku. Masa beratur nak bayar tu, satu Mamat kat belakang aku diri rapaaat sangat kat aku. Aku ganjak ke depan sikit...ehhh dia pun ikut ke depan. Adehhh....Mamat ni baru keluar gua ke apa tak tau Covid tu apa SOP tu apa?. Aku ganjak lagi..eh dia ikut lagi. Ishh takleh jadi ni. Aku toleh belakang, aku cakap kat dia "Bro, jauh sikit bro. 1 meter. Aku ada Covid ni, stage 4 tak baik lagi. Kang jangkit kat ko pulak kan?". Dengar tu aja Mamat tu kelam kabut undur...jauh!...Aku cakap 1 meter, tapi dekat 3 meter dia kasi aku ha. Atas bawah atas bawah dia tengok aku dengan muka cuak dia. Siap tertelan air liur. Dlm hati aku kata ohhh takut mati juga ko ye. Ingatkan baru keluar bertapa ntah kat jamban mana sampai tak tau hal dunia. Balik tu sambil drive aku terfikir...Eh memang skrg ni zaman nak kena keluar ayat gempak baru orang spesis macam ni cepat faham & gempak kot?...kan?. Kena main reverse psychology jugak kat orang jenis 1 track...

Terakhir bersama SITI SARAH

Imej
  Acara ni bukan baru berlangsung, ni rakaman masa awal Ramadhan lepas. Tapi...manalah aku tau inilah terjahan, pertemuan dan interbiu terakhir aku dan juruvideo Jeffri Iran Jeffri Irann bersama Siti Sarah. Suaminya pelawak/usahawan Shuib ada sama situ. Untuk nak terjah kali ni aku tolak tepi semua soalan sensasi ke kontroversi panas-panas ke apa, aku tak nak!. Dalam kepala aku nak interbiu sembang lain hal, tapi bukan kosong. Nak sembang yang walau kejap tapi ada isi. Ada isi sikit pasal bisnes dan sikit pasal karier seni. Semoga bermanfaat kepada semua. Lepas tonton video ni sebaiknya sama-sama kita sedekahkan alfatihah kepada Allahyarhamah. Semoga rohnya dicucuri rahmat ALLAH dan ditempatkan dalam golongan insan beriman. Aaamiinn. Salam takziah untuk sekeluarga. Sila ke Youtube channel Nas Ahmad Terjah. Ni link : https://youtu.be/Wro5EuhioB0 www.youtube.com/nasahmadterjah #sitisarah #artismalaysia #shuibsepahtu #kitajagakita

B.M ke B.I mana yang susah?

Imej
Eh tak!...bukan aku nak perlekeh bahasa Melayu, tapi kadang lagi senang faham dalam bahasa Inggeris. Bila ayat dalam BI tu di translate ke BM laaagilah kita jadi berserabut nak faham. Kan?. Contoh...alat Ball Bearing bila tukar ke BM jadi 'Bebola roda besi' kot. Siapa yang faham apa tu bebola reroda besi?, Kan?. Ball bearing ramai taulah alat yang mesti ada kat semua roda utk kasi boleh pusing.   Orait!!...meh aku cerita satu nak?.  Member aku sorang ni nama...eh takyah mention nama betul dia la, nanti dia baca ni dia malu kot. Aku tulis 'Jay' aja sini. Masa tu kat bilik editing tengah fokus edit video, dia pulak duduk kerusi sebelah sibuk godeh handset dia. Nak tutup satu account Facebook dia katanya ada orang kaco. Dia tengah baca cara-cara nak tutup akaun fb dia tu. Lantak dialah kan. Aku terus edit. Tapi tu lah fb dia guna BM. Dia baca cara nak tutup tu tapi banyak ayat yg dia tak faham. Itu yang dia asyik-asyik tanya aku. Aku dah jawab...tapi lepas tu...eh tanya la...

HABSAH HASSAN : Insan seni kecewa?

Imej
   Aku tak boleh terima napa budak muda dengan orang dewasa takleh join sama?. Budak muda kata idea orang lama dah ketinggalan zaman, orang lama pulak kata budaka muda mentah. kalau join sama kan kita jadi makin padu?. Napa generasi muda sampai tahap tak kenal orang lama?. Dah tak kenal, dia pulak nak menghakimi orang tu. Datuk Habsah Hassan luahkan, sampai bila nak biar macam ni?. Kan?

Doa untuk AZMI SAAT (Caliph Buskers)

  Tonton video penuh di Youtube channel Nas Ahmad Terjah. https://youtu.be/HVWGgWwRsPU

TV....balik-balik muka dia.

Imej
Bukak TV, buka saluran stesen yg itu....alamak, pagi muka pelakon tu, petang pun dia, malam eh muka dia lagi!. Drama itu drama ini program itu program ini semua muka dia. Adehhh!!. Eh okay ke macam tu? Sejujurnya TAK OKAY. Memang TAK OKAY sebab dah jadi semak la pulak. Terus terpotong hasrat penonton nak melekat buka stesen TV popular tu kalau dah asyik muka dia tu aja tertonjol situ.  Memanglah bagus untuk si pelakon tu. Bagus sebab dia...wowww! dapat baaanyak job!. Job itu job ini sambung menyambung berlambak peluang dapat kat dia, tapi sangat tak bagus kepada imej stesen TV tu sendiri dan lebih buruk lagi bawak tak bagus sama kepada persada seni kita secara keseluruhannya. Orang mula tertanya jabatan yang jaga drama kat stesen tu beroperasi untuk dia ke?, pelakon tu ada saham besar kat stesen tu ke?, stesen tu kena tunduk dengan dia ke apa?. Eh macam-macamlah teka teki ke kuiz perpaduan ke acara berbalas pantun sekali kot tercetus di kalangan kami khalayak penonton pasal napa st...

ROSLI MOHALIM siapa hero gitar?

Imej
Siapa sini masa kecik dulu teringin nak main gitar tapi tak dapat?. Aku pun. Arwah bapak aku dulu memang taknak anak jadi “ahlil muzik”, jadi memang tak lah dia nak belikan gitar mainan kat anak dia. Tu pasal zaman aku sekolah rendah dulu kayu pembaris panjang aku buat gitar. Aku ikat getah kononnya tali gitar. Bunyinya keluar ikut mulut. Jeng!...jeng!...jeng!...alaaaa ciannn aku. Masuk zaman sekolah menengah pulak laaagilah gila. Penyapu aku buat gitar!. Memang la tak keluar bunyi gitar langsung tapi showmanship tu hebat woii!. Aku beraksi siap berlari-lari liar ni macam Rudolf Schenker dengan Mathias Jabs gitaris Scorpions tu. Haaa ha ha. Ni terpengaruh tengok video Scorpions ‘World Wide’ Live la ni. Akhirnya masa zaman lepas sekolah, masa aku kerja sementara kat kilang, duit gaji kerja kilang tu aku buat bayar yuran belajar main gitar dengan cikgu muzik Ismail Taib (tak ingat dia adik ke abang Omar Taib komposer lagu Rindu Bayangan Carefree). Aku main bass dalam kumpulan rock ...