Apa yang kacau Melodi live?

 






Orait bebeh!...meh aku tambah sikit lagi cerita pengalaman dan gambar lama aku masa buat live TV gunakan O.B (Outstation Broadcast/studio bergerak) ni dulu meh.
Masa tu Melodi buat live dari satu markas tentera sempena hari angkatan tentera tahun tu. Biasalah tiap Ahad Melodi live jam 12.30 tengahari kan?, so persiapannya tu krew nak tarik cable, teknisyen nak set up system, propsman nak pasang set, lightingman nak ploting lampu, semua tu dah mula seawal jam 8 pagi.
Jam 11 pagi, aku dengan unit produksi Melodi dah masuk berkurung dalam O.B ni nak buat rehearsel. Host Melodi masa tu Wahid Senario dengan Fafau dah ada dah kat set.
Rehearsel bermula. Semuanya okay. Aku dah check miking utk 2 host aku tu okay, audio okay, camera shot okay, script, flow programme ikut running order macam yang aku nak semuanya dah okay dah, takda problem apa pun.
Rehearsel dah beres jam 11.45 cam tu. Now tinggal tunggu tepat jam 12:30 tengahari utk kami mulakan Melodi live tu. Penonton seluruh Malaysia pun tentu dah tertunggu-tunggu depan TV kat rumah masing-masing nak tengok apa sajian panas Melodi kami hari tu kan?.
Tunggu....Tepat jam 12:30, aku dah dapat signal dari pihak Konti kat Sri Pentas utk bersiaran. Aku pun mulakan countdown kepada semua krew yang dah siap sedia situ tunggu arahan aku nak mulakan live tu. Aku countdown "Standby to live in...5 second...4....3....2....1....."...tetiba.....
....eh?!...BLACKOUT!.
Laaa...apa yang kacau ni?. Tadi rehearsel o.k je semua tetiba live terus k.o, tak dapat tembus siaran langsung.
Dah tentulah krew teknikal kelam kabut cari apa punca problem tu. Check sana check sini...pas tu Penerbit Teknikal bagitau aku ada gangguan transmission.
Aku dan unit produksi takleh buat apa cuma tunggu kalau line dah okay nanti baru boleh buat live. Sementara tunggu tu Konti kat Sri Pentas dah gantikan siar program lain kat TV.
Kami tunggu...15 minit...takleh. Tunggu lagi....dah 30 minit...tak dapat line juga. Tunggu lagi....dah 45 minit...pun tak dapat juga. Dah sampai 45 minit tu nak tunggu apa lagi kan?, berbaki 15 aja dah slot kami.
Penghabisnya...terpaksalah kami batalkan Melodi live hari tu. Penonton yang dah setia berkumpul depan TV kat rumah tentu frust Melodi takda hari tu kan?. Samalah. Kami kat situ pun frust jugak dah siap sedia semua tetiba tak dapat siarkan kat korang semua.
Selalu ke jadi macam ni?
Eh tak lah. Aku alami yang sampai tahap langsung takleh live macam ni sekali ni aja. Sebelum dan selepas tu buat live dari O.B ni, contohnya live Jomheboh ke semua lokasi setiap negeri setiap bulan ntah dah berapa puluh ke ratus kali takda hal pun, okay aja semua.
Mungkin sebab ntah ada siapa yang tak mandi pagi tu kot?...
...atau mungkin dia mandi tapi tak sabun. Haaa tu la pasal.
Sabar ajalah kita, kannnn?.
Haaa...cam tu.

Ulasan

OWW YEAH!

SABAR AJALAH KITA YE AMY SEARCH

KALAU TAK SEDIA JANGAN JUMPA M.NASIR

ARWAH SUDIRMAN SENTIASA DIKENANG