Catatan

Tunjukkan catatan dari Disember, 2020

2 NASIR DAN DJ DAVE

Imej
  (Dato) D.J. Dave popular masa zaman aku masih sekolah menengah. Masa tu filem-filem Hindustan tengah peerrgghh!....kemaruk popular. Bobby, Mere Naam Joker, Sangam, eh macam-macam la. Kena pulak lagu-lagu DJ Dave ciptaan (Dato) Ahmad Nawab kebanyakannya irama Hindustan, apa lagi...meletup lah kan?. Lagu Maafkanlah, Ingin Bersua, Ku Tak Ingin Menangis Lagi, banyak lagi tu semua dia yang nyanyi. Populariti semua lagu tu angkat dia jadi antara artis paling popular era 80an.   Tapi dia bukan naik dengan lagu irama Hindustan je, banyak lagu irama pop DJ Dave pun kebaboom jugak. Lagu Nora, Di Desa Kasihku Tertumpah, Herda Gadis Jelita, Suara Hati, raaamai yang minat.    Eh jangan lupa, artis ni pun pernah rakam album Inggeris juga kan?. Aku sendiri dulu minat sangat lagu A Different Kind Of Lady yang dia nyanyi. Masa tu zaman aku frust bercinta dengan satu awek gila. Ntah awek tu gila ke aku yg gila ke tak pasti tapi sejak putus cinta dengan dia, dia lari ikut Mamat lain, aku kata dia gila

SEJADAH

Imej
  Bismillahirahmannirrahim As salam Jumaat semua. Peristiwa ni berlaku pada aku masa lepas PKPB pertama dulu, masa tu surau dah boleh buka untuk solat fardhu tapi kena ikut SOP la kan, kena bawa sejadah sendiri, jarak 1 meter sesama jemaah, dan kena siap wudhu dari rumah. Petang tu aku singgah gerai famili aku gerai Laksa Johor Mama Yati kat Jalan Pekaka 8/1A Seksyen 8 Kota Damansara. Kebetulan lepas siapkan sikit urusan situ azan Asar dari Surau Ad Dhuha berkumandang. Jadi sebelum aku drive balik rumah sempatlah aku singgah surau tu kejap nak solat Asar berjemaah situ. Parking kereta kat area situ jugak dan berjalan hala ke surau. Sampai surau terus sign in dan catit suhu badan kat buku catatan yang tersedia depan pintu masuk utama surau. Wudhu dah siap ambil sempurna so aku terus masuk ke dewan solat. Aku ke barisan depan bersama jemaah lain. Baru je aku nak mulakan solat sunat 2 rakaat tahiyatul masjid tetiba tersedar.....astaghfirullah....sejadah tak bawak!. Tertinggal dalam kereta

KRU dan AKU

Imej
  Dalam lipatan sejarah aku dlm kewartawanan ramai je artis yang aku saksikan dari zaman dia nobody baru nak mula keluar jadi artis, pas tu masuk zaman dia popular, sammmpailah dia dah takda kat persada kita dah.  Wahhh rentas generasi tu kot!.  Aku masih di sini, masih wartawan. Aku dah tulis/siar cerita artis tu dari tak siapa kenal aku kasi kenal, bila popular aku terus support kasi publisiti begitu begini, dan penghabisnya aku sendiri pun antara yang siar/tulis berita samaada  mereka dah berubah haluan pergi bidang lain ke mungkin dah takda dah kan?  Aku tumpang happy dan tumpang syok sama dengar ada antara mereka yang dulunya biasa-biasa aja tapi lepas tu wahhh dah kaya raya dah, syukur alhamdulillah. Rezeki masing-masing la ye tak?. Ada jugak yang gigih berusaha tapi takkk naik-naik juga, cam tu aja dan penghabisnya hilang dari radar. Kasihan. Ada jugak yang bakat memang ori tapi tetap tak ke mana, macam tak dihargai. Ntahlah orang kata mungkin sebab tak cantik ke ada orang kata

TIADA ISTILAH BERSARA KE PENCEN KE APA...

Imej
  Cita-cita aku sejak kecik nak jadi wartawan.  Kenapa?. Sebab aku suka bercerita. Kalau ada apa cerita atau kejadian yang berlaku aku rasa tak sedap kalau aku sorang je tau. Aku mesti nak semua orang lain pun tau jugak. Haaa dah nampak dah karekter wartawan dah ada dalam diri aku sejak aku kecik dulu kan?. Tapi....(haa yg ni semua org tak tau kecuali famili, saudara mara dan kekawan sekolah rendah aku je tau)...masa kecik aku seorang yang gagap. Nak bercakap memang payah. Adik beradik aku ada dua orang yang gagap teruk dan dua org gagap sederhana. Payah beb. Nak cakap BOTOL jadi BO..BO..BO..BOTOL..TOL..TOL..BOTOL.  Itu botol, kalau nak cakap KATAK pulak tetiba terjerit KA..KA..KA...KATAKKK!. Alamak katak betul dengar pun sentap ingatkan aku tengking dia. Dah kecepuk kecepuk dia gabra lari balik. Sebab gagaplah aku jadi malu nak bercakap. Aku jadi Mat pendiam. Baaanyak benda nak cakap sebenarnya tapi terpaksa pendam. Pendam punya pendam tu la lagi naik semangat aku nak jadi wartawan. N