Catatan

SIAP!!!!

Imej
Hari-hari pagi Fella busy sekolah kebangsaan, petang busy sekolah ugama. Hari minggu...Fella busy kelas zapin. Hari-hari Farrel busy main, pas tu busy makan, pas tu busy belajar pulak. Heeh heh heh. Tok Abah?.... Ha nanti Tok Abah dah sihat betul nak busy semula macam dulu. Boleh?    Yeahhh!!  #tokabah #sihat #famili #terjah #zapin #semangathidup #bangkit

MANDI BAWAH DULU

Imej
Pernah dengar tak pasal pesakit yang meninggal dunia masa tengah mandi kat bilik air?.  Orang kata bilik air tu licin, jadi dia tergelincir dan terhantuk kat dinding situ. Itu punca kematian katanya. Tapi betul ke itu puncanya?. Kalau memang ada kesan kepala terhantuk ke, badan lebam ke, tangan patah ke apa-apa situ pecah ke maybe iya la kan?, tapi kalau takda semua kesan tu camna ye?. Logik ke?.  Pada aku ada satu point lain yg kita kena check juga. Apa point nya?  Cara mandi.  Ha?.  Napa dengan cara mandi? Fahammm kebanyakan orang mandi terus cebusss jirus dari atas ke bawwahh, kan?. , Yg  guna shower tu buka air terus tuju kepala dulu, lastttt nanti baru kaki, kan?.  Kalau umur muda lagi orait,tapi kalau dah masuk 55 ke dah wargaemas tu sebenarnya bahaya cam tu. Meh sini aku bagitau. Tiap subuh ke pagi ke kita bangun tidur, badan kita dah tentu sejuk kan?. Nak kena mandi air sejuk memang kalau boleh TAK NAK la kan?.  Abis tu tak man...

CERAMAH, MASAKAN JOHOR & FILEM DEWASA

Imej
"....sebab tu kita desak semua filem-filem klasifikasi 'For Adult Only' atau 'Untuk Dewasa Sahaja' diHARAMKAN di semua pawagam di Malaysia!!....." Wahhh!...maka bergemalah sorakan penonton satu Stadium Larkin JB tanda setuju, walhal yang jerit seruan tu budak kecik Sekolah Ugama umur 10 tahun aja pun!. Eh siapa budak tu?. Haaa....nama dia Syed Putra.  Dia satu kelas dengan aku masa kami darjah 3 Sekolah Ugama Air Molek Johor Bahru. Cikgu selalu pilih dia jayakan ceramah agama sebab suara dia memang jelas dan lantang. Bila masukkan mesej keras macam tu, haaa memanglah tarik perhatian penonton!.    Bagus bagus bagus. Itu antara point penting & berkesan dalam skrip ceramah dia yang aku ingat zaman sekolah rendah dulu sampai skrg. Nama dan karekter Syed Putra aku ingat sampai skrg ni ha. Lepas tu kami terpisah bila kami masuk sekolah menengah yang berlainan sekitar JB. Dah berpuluh tahun tak pernah terjumpa ni. Call ke kontek ke apa sem...

ANAK SIAPA BIJAK TU?

Imej
Tak ramai tau dulu aku pernah buat satu program TV kanak-kanak. Aku letak nama program tu M Kids Club. Masa tu tahun 1999 , aku baru 3 tahun kot kerja TV3 berjawatan Penolong Penerbit.  Haaa see... Actually dulu sebelum masuk kerja TV3 pun aku pernah setahun kerja sykt Eurofine buat program dokumentari Perspektif siaran TV2. Topiknya campur, minggu ni agama, minggu depan sukan, lepas tu politik lah, sains lah, semua ada.  Haaaa ingat aku cuma tau seni dan hiburan aja ke lain semua aku zero. Ingat aku tau buat Melodi aja ke bidang lain aku lopong?. He he.  Tak lah. Cuma iyalah bidang sejiwa aku seni hiburan, bidang yg lain tu on jugak layan jugak kekadang ye. Okayy. Masa mula bos aku masa tu Puan Lim Guat Eyu panggil aku masuk meeting pasal program Kekanak ni aku cuak. Alamak...aku nak kena buat program kanak-kanak!. Boleh ke ni?. Adehh!  Ohh kalau dah boss yg assign, nak tak nak kena NAK jugak.  Malam tu aku duduk sorang kat hall rumah se...

BERSAMA PERSENI X ZAYAN

Imej
Wahhhh meriah nampak. Siapa kahwin ni?. Eh taklah ni bukan orang kahwin. Ni orang makan.  Ni tadi petang ha persatuan PERSENI dengan Radio Zayan jemput kat Muin Cafe.  Haa...kat mana tu?. Alaaa tu haaa kattt Seksyen 9 Bandar Baru Bangi sana. Ohhh patutlah nampak ada Mawi situ. Eh filem baru Mawi yg ada Ustaz Kazim Elias tu dah nak masuk panggung.  Nanti kita kasi support tau. Yeay!. Siapa lagi ada sana? Ramai!. Ada Ahmad Fedtrie Yahya, ada DJ    Zayan Ustaz Najid, adaaa... oww Lin Ariffin, Ikhwan Fatanna, Zarina Zainudin, kembar Ain dgn Ikin wife Mawi pun ada.  Eh alamak!!..FBI datang!. FBI nak tangkap siapa tu aa?. Laaa!...tu bukan fBI polis mat salleh la. Tu FBI Faizal Ismail DJ Zayan.  Heerrgghh! FBI ni bakal naik haji nanti. Alhamdulillah rezeki dia.  Semoga dipemudahkanNya nanti. Tuan Haji Rahman Abdul Rahman Mt Dali presiden PERSENI produser filem juta-juta R...

TERHARU IKHLAS RAKAN SEKOLAH

Imej
Berlangsung petang tadi (8hb Mei) Reunion Raya '24 Sekolah Menengah Tasik Utara JB batch 1973. Acara berlangsung kat Hotel GBW Jln Bukit Meldrum JB.  Dari gambar & video yang diorang share kat whatsapp group dapatlah aku tengok dan feeling sama woww...meriahnya!!. Semua mereka tu seusia aku, cuma iya lah bila semua dah level 'keemasan' ni ada yg tengok wajahnya kita tetap kenal, ada yang dah tak cam, ada yang berubah terus, ada yang namanya lebih popular dari orangnya. Semua ada. Aku selalu hadir kat beberapa reunion yg sebelum ni, tapi kali ni... alamak aku tak dapat join sama. Dah bagitau seminggu lepas. Sorry ye kekawan. Aku dalam tempoh rehat. Minggu lepas aku  masuk wad buat operation engiogram sakit jantung.  Yang buat aku haru...tetiba aku dapat tau kat majlis tu dibuat juga kutipan ikhlas secara spontan untuk bantu aku yg sakit ni. ALLAHUAKBAR....hiba...

OPERASI ANGIOGRAM JANTUNG.

Imej
Eh bila aa?... Ohh Jumaat lepas. Jumaat lepas 26hb April kan?. Jam 10 pagi aku dah ada dah kat Pusat Jantung, Hospital Serdang. Sejak aku kena serangan jantung 2 tahun lepas hari ni tiba slot giliran aku buat pembedahan angiogram. Aku bukan jenis berani sesangat. Cuak jugak wehh nak kena operation jantung!.  Org yg pernah kena ni kata angio tak sakit. Ishh ko biar betul!. Ko tulang besi urat dawai ke?. Jam 2 ptg cam tu katil aku disorong masuk ke dewan bedah. Punyalah takut. Kat situ aku dah start berzikir dah nak cover takut. Segala zikir yg aku hafal aku ulang berkali kali dalam hati sepanjang operation ni. Ada sekali tu tetiba terlepas "Aidilfiri hari bahgia hari yg muliaa..." Hoiii!. Tu bukan zikir la, tu lagu raya Fazidah Joned ke siapa ntah. Badan, tangan dan kaki aku dipasang ntah amende saluran/wayer ntah, doktor dan pembantu ada kat keliling katil aku, operasi bermula. Mulanya dimasukkan saluran dari lengan kanan ke dal...

ANUGERAH IKON MELODI KEPADA NAS AHMAD TERJAH

Imej
Sebelum aku kerja TV3 aku peminat setia Melodi sejak siri pertama dulu.  Tiap Ahad jangan kacau aku selagi Melodi belum habis. Kalau terpaksa keluar pun aku rakam video dari TV balik rumah aku mesti tengok.  Dlm 4 ke 5 tahun tu 1 episod Melodi pun aku tak pernah miss. Kekuatan Melodi masa tu host nya Ogy Ahmad Daud. Dia IKON MELODI. Semua lebih tengok Melodi sebab nak tengok keletah dia selamba hayun Melodi tiap minggu. Aku pun tengok. Maaana la aku tau suatu hari nanti aku akan kerja TV3?. Masa tu aku wartawan URTV. Ramai kata minat pada gaya tulisan & liputan aku kat majalah tu.  Rupanya sebab tu la juga Pengurus Hiburan TV3 Nik Ramzi Nik Hassan terima aku join kerja TV3 dan....join team Melodi!!. Wahhh....ni bukan mimpi jadi kenyataan tapi 'tak pernah mimpi tetiba menjadi!'. Betul la bila kita dapat kerja kat bidang yang memang kita minat, jadinya bukan kerja cuma sebab nak gaji, tapi 'kerja dengan hati'...

DJ RADIO KLASIK RTM DATANG ZIARAH

Imej
Ha ah aku sebenarnya haru bila orang datang ziarah aku. Aku cover baaaik punya dengan bercerita depan semua. Tak gitu...mau koyak aku depan semua nanti. Kan?  Menung gak aku fikirkan semua orang pun busy tapi sudi ye luangkan masa datang ziarah aku. Ramai juga yang hulur sumbangan ikhlas. Semua tu aku hargai. Kalangan famili, saudara, kawan, artis, VIP, menteri, siapa pun kalian aku hargai semua.  Keikhlasan ini aku sambut dengan jazakallah khair & mendoakan semoga semua kita sentiasa dirahmatiNYA. Terbaru....pagi semalam (Khamis 18 April) sekumpulan kekawan DJ Radio Klasik RTM sempat ziarah beramai. Ada siapa?. Oww ada Aniesma Azwati Ahmad, ada Nadeeya Ahmad, eh...Nura Mohd Yunus pun ada. Tu ha Emilina Zamin & Nonaku Azizah pun ada. DJ lain Ady Suwardi, El Azhar Omar, Azlan Omar, dll bertugas (konti). Eh kalau semua datang sini sunyi sepilah Radio Klasik. Kena nyanyi sendiri!  He he Semoga semua kita dimewahkan rezeki ALLAH swt...