ANUGERAH IKON MELODI KEPADA NAS AHMAD TERJAH

Sebelum aku kerja TV3 aku peminat setia Melodi sejak siri pertama dulu. 

Tiap Ahad jangan kacau aku selagi Melodi belum habis. Kalau terpaksa keluar pun aku rakam video dari TV balik rumah aku mesti tengok. 

Dlm 4 ke 5 tahun tu 1 episod Melodi pun aku tak pernah miss.

Kekuatan Melodi masa tu host nya Ogy Ahmad Daud. Dia IKON MELODI. Semua lebih tengok Melodi sebab nak tengok keletah dia selamba hayun Melodi tiap minggu. Aku pun tengok.

Maaana la aku tau suatu hari nanti aku akan kerja TV3?.
Masa tu aku wartawan URTV. Ramai kata minat pada gaya tulisan & liputan aku kat majalah tu. 
Rupanya sebab tu la juga Pengurus Hiburan TV3 Nik Ramzi Nik Hassan terima aku join kerja TV3 dan....join team Melodi!!.

Wahhh....ni bukan mimpi jadi kenyataan tapi 'tak pernah mimpi tetiba menjadi!'.

Betul la bila kita dapat kerja kat bidang yang memang kita minat, jadinya bukan kerja cuma sebab nak gaji, tapi 'kerja dengan hati'.
Masa dah 10 tahun kerja TV3 & dah berjawatan Penerbit (produser) Melodi, aku tukar tarikan utama Melodi dari host nya kepada content nya pulak. Pasangan host masa tu Ogy & Apek Senario pulak kebetulan dah habis kontrak & taknak sambung.

Team bos aku Azhar Borhan, Saniboey & Jamil Hassan pulak share idea & keluar arahan nak kasi up semula Melodi ni.

Maka bermulalah Melodi tu tampil jadi yg sensasi, yg panas, yg terjah!, digoreng sekali dengan paparan sekitar liputan biasa-biasa juga. 
Aku control nak sensasi tapi tetap dalam etika kewartawanan & penyiaran, bukan yg main sedap harong aja kononnya sebab penonton nak.

Maka kebaboom la Melodi sekaii lagi! 
Tahun silih berganti.
Hmmm....okay. Semua tu dah berlalu. 
Aku?....
....aku taknak teruskan sampai aku dah takda.  Cukuplah aku dah cipta suatu kelainan dlm persada aku persada seni, selebihnya terserah pada siapa nak teruskan kat persada dia.

Aku tengok kat tiktok kat medsos lain ada yang buat dia terjah pendatang asing berleluasa, ada jabatan yg buat terjah kegiatan sorok/tipu bahan kawalan, ada pulak budak sekolah yg jadi aku gi terjah kekawan dia kes ponteng sekolah, itu ini macam-macam bersumber inspirasi aku kat Melodi dulu tu. 

It'a okay to me. Cuma aku nak pesan sini...nak terjah tu biar sensasi tapi tetap ikut ETIKA...bukan ikut SUKA. Kekal ikut etika akan kekal selamat. Cayalah.

He he...ada orang tanya napa aku dah tak panas macam dulu?. 

Owww no!. Semua tu aku dah cipta dah hayun dulu kan?. Skrg aku nak buat kerja yang aku suka nak buat aja, bukan yang orang suruh aku buat. 

Aku takyah nak beriya terkejar terburu sensasi lagi, semua tu toys aku dulu-dulu, kan?.

Aku terus on kat youtube ke medsos aku ke selamba tak peduli walau viewers ciput ke ramai ke. 

Napa?. Sebab aku buat sebab ni passion aku, bukan utk himpun followers. 
Yeah! 

Terbaru....
...aku ucapkan jutaan terima kasih kepada TV3 & unit produksi Melodi kerana anugerahkan aku sebagai IKON MELODI. Terima kasih atas ingatan dan penghargaan ini. Aku terharu terima ni.

Maaanalah aku tahu dulu aku tonton Ikon Melodi tu Ogy Ahmad Daud tapi rupanya selang bertahun lepas tu dapat kat aku pulak. 
Sejarah terukir cam ni.

Kenang balik....wow!...lebih 30 tahun aku bersama TV3. Aku sampaikan rasa terharu atas penghargaan ni kepada pihak pengurusan TV3, kepada Pengurus Penerbitan Jamil Hassan, penerbit Melodi masakini (anak buah legasi pertama aku) Michelle Wee, team Melodi masakini, dan terutama jugak kepada korang semua penonton TV3. 

Semoga semua kita terus sukses, serta sentiasa dalam rahmat ALLAH swt.

Jom tonton rakaman anugerah Ikon Melodi ni kat Melodiraya hari Ahad 21hb April jam 12:30 tghari TV3.

Kpd semua...korang memang best!


Ulasan

OWW YEAH!

SABAR AJALAH KITA YE AMY SEARCH

KALAU TAK SEDIA JANGAN JUMPA M.NASIR

ARWAH SUDIRMAN SENTIASA DIKENANG