OPERASI ANGIOGRAM JANTUNG.
Eh bila aa?...
Ohh Jumaat lepas.
Jumaat lepas 26hb April kan?.
Jam 10 pagi aku dah ada dah kat Pusat Jantung, Hospital Serdang.
Sejak aku kena serangan jantung 2 tahun lepas hari ni tiba slot giliran aku buat pembedahan angiogram.
Aku bukan jenis berani sesangat. Cuak jugak wehh nak kena operation jantung!.
Org yg pernah kena ni kata angio tak sakit. Ishh ko biar betul!. Ko tulang besi urat dawai ke?.
Jam 2 ptg cam tu katil aku disorong masuk ke dewan bedah. Punyalah takut. Kat situ aku dah start berzikir dah nak cover takut. Segala zikir yg aku hafal aku ulang berkali kali dalam hati sepanjang operation ni.
Ada sekali tu tetiba terlepas "Aidilfiri hari bahgia hari yg muliaa..." Hoiii!. Tu bukan zikir la, tu lagu raya Fazidah Joned ke siapa ntah.
Badan, tangan dan kaki aku dipasang ntah amende saluran/wayer ntah, doktor dan pembantu ada kat keliling katil aku, operasi bermula.
Mulanya dimasukkan saluran dari lengan kanan ke dalam urat jantung aku. Masa mula dia cucuk tu rasa sakit tapi terlalu kejap, bila saluran tu dah masuk urat dah langsung tak sakit apa dah.
Baru ku tau ohhh Angiogram ni masukkan alat macam kamera ke dalam saluran tu. Dari situ dapat kesan kat mana saluran darah kita tersumbat, tu pasal darah tak sampai ke/dari jantung, kan?.
Lepas dah kenalpasti ada 2 sumbat situ, kamera tu dikeluarkan. Masa ni memang terasa pergerakan benda tu ditarik keluar.
Aku ingatkan dah siap dah. Ohh cepatnya siap! Bagus bagus bagus.
Rupanya...tu baru siap angiogram aja.
Next....angioplasty le pulakk.
Angioplasty ni apa aa?, kuih raya ke?
Otak ko kuih raya.
Sama macam angiogram jugak tapi masukkan alat tembak bubble utk pecahkan sumbatan kolesterol dlm urat darah tu. Kira macam main video game tembak-tembak bubble la. He he.
Doktor halakan sasaran & assistant dia lepaskan tembakan. Dusyum!... dusyum!!. Syiookk ye?.
Nak join boleh?.
Eh gitu gini 1 jam setengah jugaklah aku terbaring kaku menadah 2 Angio ni baru siap.
Belakang aku rasa backpain sebab lama sangat baring kejung kot. Nafas pun jadi mengah.
Sebab tahap nafas aku tak capai piawaian, aku kena tahan 1 malam kat wad hospital. Patutnya boleh balik dah.
Besok pagi...doktor check pernafasan aku. Yesss dapat 100%. Baarulah aku boleh balik. Legaaa!.
Kat sini aku nak ucapkan ribuan terima kasih kepada pasukan doktor, petugas hospital, dan semua yg terlibat secara tak langsung dlm operation yg berjaya ni.
Kalian semua terbaik!. Yeah!. Semoga kalian semua dimewahkan rezeki olehNYA.
Aku kena rehat dalam seminggu ni. Lepas tu fokus pada rawatan selanjutnya operation mata pulak.
Ha ah sejak 2 tahun ni penglihatan aku pun ikut drop. Kena settle kan sebelum aku boleh bangkit kerja semula.
In sya ALLAH.
Doakan yang terbaik ye. Aamiinn.
Ulasan
Catat Ulasan