CERAMAH, MASAKAN JOHOR & FILEM DEWASA
"....sebab tu kita desak semua filem-filem klasifikasi 'For Adult Only' atau 'Untuk Dewasa Sahaja' diHARAMKAN di semua pawagam di Malaysia!!....."
Wahhh!...maka bergemalah sorakan penonton satu Stadium Larkin JB tanda setuju, walhal yang jerit seruan tu budak kecik Sekolah Ugama umur 10 tahun aja pun!.
Eh siapa budak tu?. Haaa....nama dia Syed Putra. Dia satu kelas dengan aku masa kami darjah 3 Sekolah Ugama Air Molek Johor Bahru. Cikgu selalu pilih dia jayakan ceramah agama sebab suara dia memang jelas dan lantang. Bila masukkan mesej keras macam tu, haaa memanglah tarik perhatian penonton!.
Bagus bagus bagus.
Itu antara point penting & berkesan dalam skrip ceramah dia yang aku ingat zaman sekolah rendah dulu sampai skrg. Nama dan karekter Syed Putra aku ingat sampai skrg ni ha.
Lepas tu kami terpisah bila kami masuk sekolah menengah yang berlainan sekitar JB. Dah berpuluh tahun tak pernah terjumpa ni. Call ke kontek ke apa semua takda. Maklum zaman tu internet, hp, media sosial semua maaaana ada, tak ujud lagi kan?.
TAPI.....(haa 'tapi'nya yg mahal ni)....tapi ntah camna Sabtu lepas adik aku Hafiz bawak aku gi makan sama kat satu restoran masakan Johor kat TTDI KL. Nama kedai tu Wannah. Ni 1st time kami makan sini. Kebetulan pulak birthday Hafiz selang sehari (24hb Mei) dgn birthday aku (25hb Mei). Kebetulan pulak tertengok posting restoran Johor ni kat fb, haaa nak cuba la kan.
Best!. Banyak hidangan Johor asli sini. Masa aku tengah makan Laksa Johor tu la owner kedai tu datang hulur jabat salam. Rupanya isteri dia cam aku Nas Ahmad!.
Laaaa.....berpuluh tahun tak jumpa kat kpg (JB) tetiba terjumpa semula kat KL!. Aku tak berapa cam wajah dia, maklum kami dah tua kan, tapi bentuk tubuh kecik dia, suara dia, aku cam. Paling aku tak lupa ayat yg dia seru masa ceramah kat stadium tu, (ayat yg aku tulis kat atas tu). Ayat tu power beb...sampai skrg aku ingat. Lepas dia jerit ayat tu terus filem tu kategori dewasa dah takda kat semua pawagam kat Malaysia! He he
Haa meh siapa cari masakan johor kat KL meh datang Wannah ni. Ni alamatnya ;
22 Jln Tun Mohd Fuad 2, Tmn Tun Dr Ismail, 60000 KL.
Boleh waze utk lokasi.
To Syed Putra, sebagaimana u berjaya sebagai budak penceramah ugama masa kita sama sekolah ugama dulu aku doakan semoga u sekeluarga berjaya dalam bisnes dan dalam kehidupan dunia & akhirat.
Semoga ALLAH buka pintu rezeki dan segala pintu kebaikan utk u sekeluarga juga. Aamiinn.
Ulasan
Catat Ulasan