NILAI KLASIK
Era 90an zaman aku wartawan majalah URTV kat JB dulu, ada 4 org PR/A&R sykt rakaman Singapura yg close dgn aku. Osman Arifin (Life Rekod Singapura), Rahmat Pasri (BMG Singapura), Johari (Warner Music Singapura) dan Bohari Rahmat (Pelbagai sykt rakaman Singapura).
Eh...mana pergi diaorang ni semua?.
Ohhh...cuma 2 orang aja yg masih aktif. Osman Arifin skrg Pengurus Life Rekod dan...haaa ni ha...Bohari Rahmat skrg Pegawai Promosi.
Lama...bertahun jugak tak jumpa, tetiba minggu lepas Bohari whatsapp aku. Dia plan nak naik KL & sekaligus hajat nak ziarah aku juga kat rumah.
Silakan bro.
Set!.
Hmmm....dalam banyak press conference artis itu ini yg Bohari pernah buat aku takleh lupa masa dia buat untuk sykt Julie's Biscuit. Idea pemasarannya unik wehh!. Dia siap buat biskut tin siri 'Lagenda'. Wahhh baaikk punya ilham ni...join kan antara biskut lagenda dgn artis lagenda kita Tan Sri P.Ramlee.
Sebab keunikan nilai klasik ni sampaikan biskut dalam tin tu dah habis tapi aku saaayang tin nya. Aku simpan kat rumah aku sampai skrg dah bertahun dah masih ada & taknak buang.
Bohari sendiri terkejut bila datang ziarah aku kat rumah tetiba nampak tin biskut Lagenda masih ada display situ. Dia punya sendiri punya dah ntah mana ghaib dah. He he
Orait. Jazakallahu khair kepada Bohari yang sudi datang ziarah aku dari Singapura. Terima kasih sampaikan sumbangan oleh Mr.Omar, juga sumbangan ikhlas drp Puan Noraini Mustafa dari Pretty Aini.
Semoga semua doa baik kita dimakburkan serta amalan kita mendapat ganjaran ALLAH swt.
#lagenda #juliesbiscuit #klasik #ziarah #terjah #artissingapura #biskut
Ulasan
Catat Ulasan