KOMPOSER & PENULIS LIRIK DAPAT CIPUT JE? - KARYAWAN
Dari bertahun kenal dia dulu aku salute kat Dato Freddie Fernandez. Perjuangan dia dalam persada seni selaku Presiden Karyawan walau penuh cabaran tapi tak pernah patahkan semangat dia.
Tika ini dia bertarung mendepani isu kenapa pencipta lagu & lirik didapatinya cuma dapat bayaran sangat ciput sedangkqn pihak lain pulak yg kaut imbuhan sangat besar. Sangat tak setimpal katanya.
Nak perjuangkan ni bukan senang, sampaikan dah banyak kali dia kena masuk mahkamah bila puak tu saman. Bulan Mei nanti ada bicara lagi katanya. Tapi...napa takda siapa tampil bantu dia?.
Ni antara isi luahan Dato Freddie di acara Iftar Karyawan Khamis lepas.
Semoga ada pihak tampil sama beri perhatian & perjuangkan isu ni bersama Karyawan.
*
Okey....
Aku hadir juga bila dijemput Karyawan ke majlis ni. Terima kasih atas jemputan dan sumbangan yg dihulurkan.
Aku tak stay sampai habis majlis sebab ada urusan. Sempat jugaklah aku bergambar dengan beberapa artis yg ada situ, antaranya Mel Wings, Dr Sam Rasputin, Ali XPDC, dan Ezlyn hi hi bye bye. Eh Ayob presiden persatuan IRAMA pun ada!.
Semoga persada seni kita terus serapkan kebaikan bersama disebalik nikmat kesenian.
Ulasan
Catat Ulasan