Catatan

Tunjukkan catatan dari 2024

HARI OTAI TV3

Imej
Bila lama tak jumpa memang macam-macam nak cerita. Kan? ....tapi bila sekali jumpa tu beramai-ramai, jadi tak sempat nak bercerita  pun. kan?. Sempat jumpa kejap 'hi hi bye bye' aja. He he. Jebat Roseli cameraman otai TV3 rajin buat reunion otai TV3 tiap tahun. Tahun ni....ha ah pagi Ahad 29hb Dis '24 lepas dia buat lagi. So far aku tak pernah sempat datang join, tapi tahun ni........Jebat jemput direct dari komen/reply kat fb aku!. Adeyyy!  Maka busy tak busy kenaaa le aku datang. Wahhh katanya kali ni paaaling ramai datang.  Ramai otai  dari zaman TV3 mula beroperasi kat Jlb Liku Bangsar & KUB dulu. Aku belum kerja masa tu. Aku join TV3 dah beroperasi kat Sri Pentas dah. Hmmm...bila dah ramai geng lama tu semua dah tak fokus makan dah, asyik ronda kawasan je. Siapa aku sempat jumpa?.... Terjumpa produser lama aku Hamsiah Biri dgn hubby dia cameraman Farid. Dulu banyak program yg...

DARI JB SINGGAH ZIARAH

Imej
Eh?...macam tak perasan dah lama aku tak balik JB. Tapi....kat KL ni pun bukan busy apa, sejak aku sakit 2 tahun lepas sampai skrg langsung tak dapat gi cover konsert itu ini prebiu filem itu ini semua. Nak cover camna, lepas sakit jantung sakit mata pulak. Penglihatan jadi amat terhad. PC/TV pun takleh nak tengok apa lagi wayang ke konsert ke kan?. Sabar ajalah aku. Eh tapi bila aku lama dah tak balik JB, rupanya member rockers kat JB yg naik KL selalu cilok masa datang ziarah aku kat rumah.  Ohhh cam tu. Petang semalam Dato Hj Joe @JoeSavana owner Gama Rock House @GamaRock kat JB sempat singgah ziarah. Dia dengan 3 member dari Family Rockers Jay Bee nak gi layan konsert Cromok kat Zepp malam tu, ha tu yg on the way tu singgah jumpa aku kejap beramai. Thanks semua sudi singgah & hulur sumbangan. Kita doakan yang baik-baik sesama kita ye. Tetap ALLAH yg terbaik. #jb #cromok #rocker #konsertrock ...

IKHLASKAN, BUKAN BALASAN

Imej
Kuala Lumpur: "Dulu saya wartawan, saya juga editor, penyunting video, produser, & sekarang di hujung usia & hujung karier saya, saya pula mengalami nasib apa saya pernah buat dulu, seperti dapatkan berita artis susah, siarkan kisah mereka (kemudian) mereka dapat sumbangan daripada mana-mana pihak," kata bekas wartawan program hiburan popular, Melodi iaitu Nas Ahmad, 62. Beliau seorang daripada 13 pengamal media dan bekas pengamal media menerima sumbangan inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) kerjasama Titipan Kasih Harian Metro dan Bank Simpanan Nasional (BSN) menerusi BSN Care 50 Hari Memberi - BSN Jengah, TKHM Singgah. Program itu juga bersempena dengan sambutan ulang tahun jubli emas BSN yang ke-50 pada tahun ini.  Nas atau nama sebenar,  Md Nasir Ahmad berkata, Harian Metro dan BSN antara beberapa lagi pihak lain yang sangat prihatin kepada perkara memberi su...

BANTU SIMPATI PETUGAS MEDIA.

Imej
Pergi mana petang Selasa lepas bro?. Ohh....aku kat Wisma BSN. Ada jemputan majlis Titipan Kasih Harian Metro dengan Bank Simpanan Nasional (BSN).....'BSN Jengah, TKHM Singgah'. #BSNCare Majlis apa tu?. Tu haa majlis petugas media disantuni Bank Simpanan Nasional BSN & akhbar Harian Metro di majlis Titipan Kasih. Antara penerima sumbangan acara tu Kamil Rahim (New Straits Times), Nur Fatihah Sulaini  (Harian Metro), Imbran Abdullah (Astro Awani), Nas Ahmad  (ex wartawan & produser TV3), Shahril Azman  (Utusan Malaysia), Marlia Mohamad (RTM), Jamhariah Jaafar (ex Berita Harian), Azran Mad Jaafar (ex Berita Harian), Azlan Bahrum (ex Utusan), Valiamah A/P Balaisingam (Tamil Malar), Roshila Murni Rosli (Sinar Harian), Fathil Asri (NSTP), dan Ku Azmi (bapa kepada pelajar UiTM yang maut dalam kemalangan di Dungun (BH). Semua 13 orang wartawan & bekas wartawan dari pelbagai agensi media itu terima sumbangan wang tunai & kotak r...

WARGA SENI LAWAN SAKIT

Imej
Senyuman ikhlas kekal hiasi wajah kami penggiat seni walau semua tau ramai antara kami sedang diuji pelbagai penyakit berat. Ebby Yus sedang tempuhi sakit jantung & sakit buah pinggang kronik, Shima sakit paru-paru & pundi lemah, Ali XPDC lama bertahan hidapi serangan jantung. Pelakon Mak Mah hidapi kencing manis komposer Zul Mahat, Shuib Freedom, Jeffrydin, Dr Sam Rasputin, Andre Goh Kieran, semua waega seni di situ punyai masalah kesihatan.  Aku sendiri bermula dengan serangan jantung sejak 2 tahun lepas & masih dalam rawatan, diikuti pembedahan mata kiri & kini menunggu pembedahan mata kanan pula Februari nanti.  Kami makin memahami semua ini ujian ALLAH. Jangan kecewa, sebaliknya tempoh semua ni dengan redha. ALLAH sayang kita semua. Dalam meredah ujian ni Yayasan PEKEMA tampil me...