WARTAWAN HIBURAN KELAS RENDAH KE?. ISHHH!....


Jam 3 ptg Jumaat lepas, aku ada temujanji jumpa 2 penuntut UiTM. Nurin penuntut Sarjana Muda Komunikasi Massa (Kepujian) Kewartawanan, datang dengan kawan dia Harlina  penuntut Diploma Pengurusan Hospitaliti dan Pelancongan.

Reen interbiu aku tajuk 'Peranan Wartawan Hiburan Masakini'. 

Orait.
Aku jelaskan kat dia pada orang yg masih kepala lama, anggap hiburan/kesenian tu semua cuma hobi, tak penting dalam kemajuan negara.

Sedangkan kat negara maju dunia dah lama nampak hiburan/kesenian tu suatu industri, bukan hobi. Haaa itu antara sebab negara mereka dah lama berjaya kuasai bidang ni juga. Pulangannya jutaan ringgit kepada negara!.
Reen tanya aku, ada orang kata wartawan hiburan ni dianggap macam kelas rendah berbanding wartawan politik, jenayah, sukan dan wartawan bidang lain. Iye ke?.

Aku jawab tak ada kasta dalam bidang kewartawanan. Wartawan bidang apa pun semua guna dan patuhi undang-undang yang sama, etika yg sama, disiplin, malah rutin tugasan seharian yang sama.

Malah pada aku, wartawan hiburan lah yg patut lebih dihargai sebab macam aku dan sebahagian wartawan legasi aku, mereka terlibat dlm produksi & kreativiti. Aku bukan cuma cari & laporkan berita atas dasar fakta ke fakta aja macam wartawan lain!. Aku siap produce/terbitkan program tu.
Contoh, wartawan lain tiap hari akan tunggu arahan bos/editor berita apa yg mereka kena gi cover hari tu. Mereka akan contact orang berkenaan, set bila nak jumpa, datang jumpa, interbiu, balik tu kasi berita kat editor utk diedit. Dah!. Siap dah tugas dia hari tu. Besok...cover berita lain pulak.

Beza dgn kerja aku. Aku cari sendiri berita /content apa nak buat, plan/fikirkan camna flow nya, apa muzik background yg aku nak guna utk naikkan mood/'scene' paparan berita tu. Kerap jugak aku kena buat lakonan semula office scene utk sesuatu yg penting asalkan ikut fakta (bukan menipu situasi sebenar). 
Banyak!. 
Tu yg dalam program Melodi atau program Terjah masa zaman aku buat/produce dulu tu orang dapat tengok camna aku dapat sumber berita, camna aku terjah mereka berkenaan dalam berita tu, sampai ke aku siarkan jadi berita. Bukan sekadar siar fakta ke fakta aja kan?. Fakta dan treatment/kreativiti. Itu kerja aku wartawan hiburan!.  So nak kata aku pun kelas bawahan sebab aku wartawan hiburan ke?.

Banyak lagi sebenarnya Reen tanya aku, makin lama dia makin excited nampaknya tanya macam-macam. 

Its okay, aku harap dia dpt banyak good point/info utk dia buat thesis pengajian dia tu nanti dan dapat yg terbaik macam kebanyakan pelqjar universiti yg pernah interbiu aku sebelum ni.

Do your best!  
WE are the best.  I tumpang happy bila u all sukses, Yeah!



Ulasan

OWW YEAH!

SABAR AJALAH KITA YE AMY SEARCH

KALAU TAK SEDIA JANGAN JUMPA M.NASIR

ARWAH SUDIRMAN SENTIASA DIKENANG