LEBIH BAIK JUMPA, DULU TETAP BEST!

Zaman dah berubah jauh dah kan?. Dulu kalau aku nak interbiu orang ke orang nak interbiu aku ke kita kena set jumpa kat memana. 

Kena pacak tripod (kaki kamera), kena set up lighting (lampu), nak best lagi kena guna alat audio yg best sikit termasuk mikrofon, speaker yg fuyoo ngam semua ke kan?....

.....skrg ni tengok la. Cuma guna handset!,....tenggekkan kat mini tripod selfie pun takpa....kasi tegak atas mana-mana meja....dah boleh buat satu simple recording dah.  Live pun boleh pulak tu!.
Eh jangan pandang rendah!. Nak kata itu 'simple' ke amator ke tapi kadang content itulah yg viral & jadi tumpuan ramai kat media sosial berbanding yg rakam cara pro & modal besar. Kan?.

Petang semalam ada student universiti nak interbiu aku. Tajuknya 'Cabaran Kewartawanan Hiburan Masakini',  untuk thesis/pengajian dia la tu.

Haa....tau kat mana interbiu tu?.  He he. Dia kat rumah dia....dan aku?...kat rumah aku aja. Kat bilik aku!. 

Rakam guna Google Meet aja dalam 1 jam kot dah siap dah. 
Lebih senang & jimat, kan?. Takyah nak kena fikir keluar bajet nak gi jumpa, fikir tarikh & masa utk jumpa kat memana ke kan?.

Actually aku tak kisah, orang nak jumpa boleh nak interbiu cara online guna google meet ke apa ke pun boooleh aja. 

Yang penting...hasilnya memuaskan 2 pihak. Kasi jadi...takyah cerewet la kan?. Kasi orang senang nak berurusan dengan kita.

....hmmm, tapi apa pun....personally aku sebenarnya lebih selesa berjumpa face to face daripada jumpa online di alam maya. 

Eh kenapa pulak?.

Sebab kalau berjumpa, dapat kualiti rakaman (audio/visual) yg lebih best sebab direct. Boleh ambik gambar/fotografi ke, pas tu dapat bersilatutahim jugak la kan?. 

Yeah 
#wartawanhiburan #interbiu #penuntutunivetsiti #zaman #rumah #rakaman

Ulasan

OWW YEAH!

SABAR AJALAH KITA YE AMY SEARCH

KALAU TAK SEDIA JANGAN JUMPA M.NASIR

ARWAH SUDIRMAN SENTIASA DIKENANG