Dulu kan, aku pernah macam terperangkap dlm suatu keadaan yang buat aku rasa tersangatlah serbasalah dengan Amy Search. Dah lama bertahun dah peristiwa ni tapi orang tak tau cerita di sebalik cerita. Aku serbasalah masa tu samaada nak ikut kehendak kawan aku Amy ke nak jalankan tugas aku sebagai wartawan. Kawan atau wartawan?. Eh bengang jugak weyy nak buat pilihan masa tu. Meh sini aku ceritakan. Masa tu majlis perkahwinan Amy Search. Bukan kahwin dengan isteri yang sekarang ni ye, ni cerita lama, isteri dia yang suatu ketika dulu. Ohh kalau dah AMY SEARCH yang kahwin dah tentu jadi berita tumpuan ramai la kan. Semua yang minat ke yang tak minat kat Amy nak tau berita tu dan nak tengok gambarnya. Iyalah dia tu kan top rock star kot. Tapi masalahnya dia taknak majlis tu ada liputan media. Majlis tu kat rumah famili dia kat Kpg Bakar Batu JB dan semua wartawan dari KL atau JB memang tak diberitahu. Dia nak majlis tu sederhana dan cuma kalangan famili, saudara dan kekawan terdek
Nama penuh dia Mohd Nasir Bin Mohamed, orang kenal dia M.NASIR. Nama penuh aku pulak Mohd Nasir Bin Ahmad, orang kenal aku NAS AHMAD. Ahh lebih kurang sama aja nama penuh aku dengan nama penuh dia tak jauh mana pun kan?. Haaaa ha ha. Aku tak ingat gambar ni bila dan kat mana. Maklumlah sepanjang 30 tahun kerja wartawan hari-hari aku kena jumpa artis itu ini kat sana sini maaanalah nak teringat semua kan?. Rasa-rasanya ni kat Singapura sekitar era 80an kot?. Ntah. Aku dah tanya kat jurukamera aku Jeffri Iran tapi dia pun tak pasti bila, kat mana dan tahun berapa ni. Haaa dia dengan aku saaamalah dol. M.Nasir (skrg Dato M.Nasir) ni lain macam sikit berbanding artis lain. Dia jenis yang bukan terus jawab kalau kita interbiu tanya soalan kat dia. Dia akan tanya kita balik sebelum dia kasi jawapan. Makanya kalau kita tak tau atau kita blur dengan soalan kita ke...fuyoo!....konfom terkantoilah kita situ. Contoh, dulu aku pernah interbiu tanya dia apa yang dia nak paparkan dalam klip video
Korang yang baca blog aku ni dah tau nama penuh aku dekat sama dengan nama penuh Datuk M.Nasir kan?. Haa itu nama dekat sama, ada satu lagi yang aku nak cerita kat korang sini, tarikh lahir aku pulak...bukan lagi dekat sama tapi tepat-tepat sama dengan tarikh lahir Arwah Dato Sudirman Hj Arshad!. Yes birthday kami sama 25hb Mei, cuma tahunnya aja lain. Bila dah sama date tu...hmmm memang tak banyak la tapi aku dapat rasa ada persamaan karakter pada kami yang sama-sama zodiak Gemini lahir ni. Apa yang sama?. Pertama, sama-sama insan kreatif dan bergiat di persada seni. Muzik, filem, kesenian dan kebudayaan, semua tu memang sah bidang kami. Bezanya cuma arwah di persada seni jadi penyanyi dan pelakon kan?. Suara dia sedap bolehlah jadi penyanyi. Suara aku pulak bukan tak sedap tapi alamak lebih sedap tak menyanyi daripada menyanyi, so better takyah nyanyi la kan. Eh tapi kalau bercakap ke buat pengacaraan ke buat voice over (suara latar) ke orait la pulak, maka jadilah aku wartawan hi
Ulasan
Catat Ulasan