AWAS!...ADA PENUNGGU!
Hikkkk hikk hikk!!!
Aku masih boleh tergelihati tengok gambar-gambar aku masa ni ha. Sebab gambar ni la tetiba member panggil aku 'Penunggu!'.
Binawe betul la. Cheh!.
Ha?!. 'Penunggu' tu apa?. Laaa....penunggu tu puak-puak hantu jugak la. Hantu kubur tu orang kata penunggu kubur, haaa cam tu.
Eh dlm cerita P.Ramlee pun ada dialog "....ampunkan kami penunggu gua...." Kan?. Maknanya hantu jaga gua la tu. Masa scene 2 penyamun nak bahagi harta tu.
Gambar tahun bila ni ntah aku lupa dah. Haa tengok....Rambut aku masa tu dah la serabai & cepat kering. Bila kering jadi kembang semacam. Badan kudut melidi anytime melayang ditiup angin.
Masa tu pakai jeans saiz 26 ya!. Kalau pakai saiz sekarang 36 siap boleh lipat tengah macam pakai kain samping baju raya ya.
Sebenarnya Penunggu ni tajuk album terbaru Sweet Charity masa tu. Ohhh aaku peminat setia, dah tentu bangga pakai baju ni. Aku print sendiri kat kedai print tshirt tingkat 3 komtar JB. Baju Kosong beli sana, terus print.
"Telah kudengar bermacam cerita. Di simpang jalan dihujung desa. Satu peristiwa terjadi dahulu kala...." Huuuu suara Ramli Sarip vokalis Sweet Charity terngiang kat telinga aku nyanyi lagu Penunggu ni. Masuk pulak muzik mantap geng Sweet Charity lain Rosli Mohalim (gitar), Syed Hassan (bass), Masron Hamid (keyboard) dan Rahman Salbani (drum) perrgghhh!!...tak senang duduk aku layan ni. Sambil buat liputan sambil rockin layan konsert
Memang pun layan konsert rock tak best duduk macam dengar kursus ke ceramah ke. Kena bangun enjoy & rockin!
Masih terbayang gaya persembahan Ramli Sarip buat aksi jadi hantu masa lagu ni. Masa tu konsert Sweet Charity kat Padang Balai Polis Kpg Pasir Tampoi JB. Best!.
Eh siapa ingat lagi konsert ni?. Konsert level pentas funfair aja guna tong gelen, tapi penonton puhhh ramai!...penuh padang. Tu ha gambar yang tengah tu (yang Ramli Sarip pakai baju design kulit rimau tu).
Cheh nak raya ni!. Dah dekat nak raya tahun tu. Maka datanglah idea aku nak buat kad raya sendiri.
Alaaa guna manila card aja. Design sendiri situ, ambik gambar, print kat kedai gambar mintak saiz 4R, beli sampul putih, pos lah kat kekawan.
So gambar mana satu?.
Eh gambar Sweet Charity la baru rock. Peminat setia la kan. Takkan gambar Ramlah Ram kot.
Bila dah tabur pos kad raya tu semua merata, raya tahun tu ku sangkakan nak tunjuk kat kekawan gahnya aku berbaju Sweet Chariy, rock bro!. Manalah aku tau rupanya sejak tu tetiba semua panggil aku PENUNGGU!.
Aarrgghhh!....malu!. Bila nampak aku aja semua "..eh penunggu dah sampai, penunggu dah sampai...". Adusss.
Kontrol bertenang ajalah aku walhal bengang. Handsome macam ni orang panggil 'penunggu!'.
Orait. Ada Konsert terbaru Sweet Charity Berita Gempa kat Arena Larkin 29hb Julai ni kan?. Wow, aku tengok banyak tshirt album lama Sweet Charity keluar semula.
Ada design asal dan ada yg baru, dari cover album pertama, album Pelarian, Sejuta Wajah, album Batu, Penunggu, semua ada. Meriah kan?.
Kasi sukses!...
Yeah!.
Ulasan
Catat Ulasan