Catatan

Tunjukkan catatan dari 2023

WARTAWAN HIBURAN KELAS RENDAH KE?. ISHHH!....

Imej
Jam 3 ptg Jumaat lepas, aku ada temujanji jumpa 2 penuntut UiTM. Nurin penuntut Sarjana Muda Komunikasi Massa (Kepujian) Kewartawanan, datang dengan kawan dia Harlina  penuntut Diploma Pengurusan Hospitaliti dan Pelancongan. Reen interbiu aku tajuk 'Peranan Wartawan Hiburan Masakini'.  Orait. Aku jelaskan kat dia pada orang yg masih kepala lama, anggap hiburan/kesenian tu semua cuma hobi, tak penting dalam kemajuan negara. Sedangkan kat negara maju dunia dah lama nampak hiburan/kesenian tu suatu industri, bukan hobi. Haaa itu antara sebab negara mereka dah lama berjaya kuasai bidang ni juga. Pulangannya jutaan ringgit kepada negara!. Reen tanya aku, ada orang kata wartawan hiburan ni dianggap macam kelas rendah berbanding wartawan politik, jenayah, sukan dan wartawan bidang lain. Iye ke?. Aku jawab tak ada kasta dalam bidang kewartawanan. Wartawan bidang apa pun semua guna dan patuhi undang-undang yang sama, etika yg s

LEBIH BAIK JUMPA, DULU TETAP BEST!

Imej
Zaman dah berubah jauh dah kan?. Dulu kalau aku nak interbiu orang ke orang nak interbiu aku ke kita kena set jumpa kat memana.  Kena pacak tripod (kaki kamera), kena set up lighting (lampu), nak best lagi kena guna alat audio yg best sikit termasuk mikrofon, speaker yg fuyoo ngam semua ke kan?.... .....skrg ni tengok la. Cuma guna handset!,....tenggekkan kat mini tripod selfie pun takpa....kasi tegak atas mana-mana meja....dah boleh buat satu simple recording dah.  Live pun boleh pulak tu!. Eh jangan pandang rendah!. Nak kata itu 'simple' ke amator ke tapi kadang content itulah yg viral & jadi tumpuan ramai kat media sosial berbanding yg rakam cara pro & modal besar. Kan?. Petang semalam ada student universiti nak interbiu aku. Tajuknya 'Cabaran Kewartawanan Hiburan Masakini',  untuk thesis/pengajian dia la tu. Haa....tau kat mana interbiu tu?.  He he. Dia kat rumah dia....dan aku?...kat rumah aku aja. Kat bilik aku!.  Rakam

MUKA KAT KOPI RICHIAMO!

Imej
Sepupu aku Zulkifli Yusof & wife skrg owner restoran Richiamo cawangan Elmina. Trngahari tadi adik aku Hafiz bawak aku gi makan sana. Best!.....sedap!....seleea!. Zul mintak satu gambar kami, nak letak kat kopi katanya.  Haaa?...nak gambar letak kat kopi?. Ey nanti basah le gambar tu kot, camna?. Tak sampai setengah jam.......wahhh siap dah!. Hebat!. Secawan kopi  ada gambar kita sampaikan rasa sayang pulak nak minum kopi tu. He he. Eh ambik gambar dulu, ambik gambar dulu lepas tu baru minum kopi tu. Heh heh. Korang nak buat jugak ke?. Boleh je!.  Besok terus gi sana cepat! #richiamo #elmina #kedaikopi #restoran #makansedap #gambardalamkopi

BAJU SIAPA NI?...RAHIM MAAROF KE..

Imej
Eh dulu aku terjumpa gambar lama aku dengan Rahim Maarof, kan?. Pagi tadi selongkar baju lama,tetiba...eh?.....terjumpa ni pulak ha baju lama gambar Rahim Maarof la pulak!. Wahhh....lepas ni jumpa apa pulak nanti?. Eh rantai Rahim Maarof ada tak?. Takda?.  Haa takda rantai kalau ada cucuk hidung Rahim Maarof pun boleh la kot. Ada?. Entah tahun bila baju ni aku tak ingat ye, rasanya masa dia baru release last album dia. Kan? Ey napa aku maaih simpn baju ni sampai skrg?. Diam-diam aku pun minat sesangat kat Rahim Maarof ke?  Tak. Sebenarnya aku minat kat gambar (art) nya. Gambar face reaction dia tengah feeling antara irama dan lirik. Background hitam penuh so fokus cuma pada dia aja tu.  Zaman popular dia dulu seangkatan dengan artis muda Rick Springfield kat US yg popylar dgn lagu Jessie's Girl. Tapi aku lebih minat lagu dia Celebrate Youth.  Selain Rahim, yg popular seangkatan dia kat sini pulak (arwah) Aman Shah. Bayangk

HIBURAN TAKYAH SEDIH?

Imej
Woaahhhhh kalau dah orang-orang ni yang datang ziarah aku sakit, memang takkan jadi moment sedih la.  Apa taknya, semua ni dulu kerja satu ofis Jabatan Hiburan TV3. Program hiburan TV3 dulu semua kami la yang buat. So nak hiburkan orang bukan macam nak kasi orang tidur, kan?. He he. Tu ha Fadzliniza Zakaria  dulu bos kami Pengurus  Jabatan Hiburan TV3, sekarang dia ada  productions sendiri FZ Productions.   Jamil Hassan!... sekarang Penerbit Eksekutif TV3 pun ada sama tu ha. Nampak? Siapa lagi?....ohhh  Kamarul Masayu produser Cecupak, Pop Kuiz, AJL dgn Norwani Abdullah produser  Muzik-Muzik & Senario pun ada.  Ahmad Zainudin yg dulu pernah produce Pop Kuiz, Sinaran, Senario & skrg ada company sendiri Cuepro Productions sibuk-sibuk dia pun sempat datang ziarah aku. Dalam kunjungan ziarah tadi kami gelak , happy, sembang, minum kopi sesama, sampaikan aku terlupa aku sakit. Maklum lama dah tak jumpa kekawan ni & semua buat haluan masing2 ka

MEMORI SILAM

Imej
Memori silam... Zaman berangan dulu. Gitaris tak menjadi. Jadinya lain pulak. Tinggal gaya aja la situ. Kan?

Kekawan sekolah kat JB datang ziarah.

Imej
Terima kunjungan kekawan Sekolah Menengah Tasik Utara Johor Bahru. Kami 1st batch sekolah tu dulu.  He he...aku, Bandi Amuk, Joe Wings, Dato Salwa A.Rahman, beberapa lagi pun dari sekolah ni dulu. Thanks to Mohd Rauf Yahya , Nahar,dan Hj Zainudin Selamat, datang ziarah aku petang tadi. Kebetulan Noraini Hamid owner Restoran Noi JB pun ada ziarah sama. Dia batch selepas kami, datang dgn anak dan cucu dia. Yeah!. Terima kasih kunjungan ziarah kalian. Aku faham ramai lagi member sekolah yg nak datang ziarah tapi jauh, korang kat JB kan?.  In sya ALLAH nanti jumpa kat JB ke kat atau KL ke kan. Ammiinnn...terima kasih kiriman doa & juga sumbangan kalian dari kejauhan menerusi 3 kekawan kita ni. Aaminn. Semoga doanya dimakburkan dan pahala sumbangannya pula bermanfaat kepada kita semua. Semoga semua kita dimurahkan rezekiNYA. Kekalkan silaturahim kita selagi kita ada. @sekolah @alumni XTU73 @johorbahru @ziarah

Siapa punya kerja ni sila tanggung sendiri ye.

Imej
Sedang tersebar satu berita keliru pasal aku oleh sorang pelahap views & viral.  Pas tu, muncul la pulak 1 puak tak check, tak contact, tak kenal aku pun tapi share berita tu. Nakk jugakk dia pun dapat ribu-ribu tumpuan ramai ( likes/ share) masuk  ke media sosial dia. Semua tau aku memang tengah sakit, tapi bukan dah meninggal. Kan?. Aku selalu update situasi terkini aku kat semua media sosial (medsos) aku sendiri. Kat fb, ig, tiktok, youtube, blog aku ada semua tu, cuma antara versi full dgn versi ringkas aja. Kan? Tapi tau apa dia dah bikin kacau?. Ohhh.....dia cari gambar aku, letak tajuk 'Innalillah WH' (macam berita kematian) & dia post/sebar kat medsos dia. Eh aku malas nak  layan kerja bodoh macam ni. Dah tentu kalau aku cari dia tanya napa buat berita tipu orang macam ni, jawapan dia mesti..."Eh tak lah!. Kita cuma tulis situ 'Innalillah WH' . Ayat 'innalillah...' tu bukan utk orang mati aja, orang sakit pun boleh. Cuma orang Me

DATO NASH (LEFTHANDED), ARIS ARIWATAN, JATT (BLACK DOG BONES), YANTZEN (RUSTY BLADE) DAN RAAMAI LAGI BAKAL GEGAR KONSERT SEMANGAT ZAMAN.

 

Jaket Melodi aku dulu. Siapa nak?

Imej
Ada jaket sini yang aku pakai cuma sekali aja untuk sesi fotografi team Melodi dulu, lepas tu tak pakai dah. Ada gak yang aku pernah pakai sekali dua aja masa aku gi overseas, lepas tu siap dobi & simpan dah.  Napa?. Sebab jaket ni memang ngam utk negara sejuk.  Tapi siapa nak pakai kat Malaysia boleh aja, sebab bukan tebal sesangat pun. Ada siapa nak?.. Haa siapa nak, boleh terus whatsapp 013 3377551 (Fara). Berapa RM?. Ha ah...aku bukan nak jual, aku cuma nak lepaskan (let go) aja. So, terserah korang nak kasi berapa RM boleh tanya aku okay tak okay. Saiz apa?. Camni. Saiz aku pakai tshirt XL. So kalau jaket memang kena besar sikit dari tu la kan sebab pakai luar. Sebaiknya warga area rumah aku Kota Damansara, sebab senang korang nak datang  ambik nanti ke kan?.  Kalau jauh, kita kena tanya pihak delivery berapa harga postage nya utk korang bayar. Orait?. Orait kasi ON #bajupreloveitem #carboothsa

UNTUKMU

Imej
2hb Ogos 2019 : penuhi undangan ceramah Career Talk Kewartawanan utk pelajar Sekolah Menengah Putrajaya Presint 11 (2).  Sayu jugak rasanya tengok wajah mereka generasi pelapis. Di kalangan mereka ramai juga minat dan bakal ceburi bidang kewartawanan nanti.  Harap sangat segala ranjau onak duri yg aku pernah tempoh sepanjang karier aku sebagai wartawan sejak dulu sampai kini tidak mereka tempuhi sama. Utk mereka semoga segalanya dipermudahkan olehNya. Terima kasih kepada partner dan tamu saya jurukamera dan video Jeffri Iran Jeffri Irann , kepada Encik Zulkifli Yusuf & team dari Methodea Consulting serta pihak tenaga pengajar dan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Putrajaya Presint 11 (2). Semoga silaturahim kita bermanfaat untuk semua.