Siapa punya kerja ni sila tanggung sendiri ye.

Sedang tersebar satu berita keliru pasal aku oleh sorang pelahap views & viral. 
Pas tu, muncul la pulak 1 puak tak check, tak contact, tak kenal aku pun tapi share berita tu. Nakk jugakk dia pun dapat ribu-ribu tumpuan ramai ( likes/ share) masuk  ke media sosial dia.

Semua tau aku memang tengah sakit, tapi bukan dah meninggal. Kan?. Aku selalu update situasi terkini aku kat semua media sosial (medsos) aku sendiri. Kat fb, ig, tiktok, youtube, blog aku ada semua tu, cuma antara versi full dgn versi ringkas aja. Kan?

Tapi tau apa dia dah bikin kacau?.
Ohhh.....dia cari gambar aku, letak tajuk 'Innalillah WH' (macam berita kematian) & dia post/sebar kat medsos dia.

Eh aku malas nak  layan kerja bodoh macam ni. Dah tentu kalau aku cari dia tanya napa buat berita tipu orang macam ni, jawapan dia mesti..."Eh tak lah!. Kita cuma tulis situ 'Innalillah WH' . Ayat 'innalillah...' tu bukan utk orang mati aja, orang sakit pun boleh. Cuma orang Melayu aja bila baca 'innalillah..' disangkakan dah mati." kan?.
(Haa nampak tak kat situ dia boleh spin/putar/ambik koner lipat kat ayat tu. 
Tu sebab aku malas layan dia).

Tapi bila aku tak layan, besoknya......
waahh ada yg adjust lagi posting tu!. Di guna gambar sama tapi kali ni siap masukkan bunyi bacaan surah Alfatihah!. 

Tak rasa berdosa ke buat macam tu?. 
Tak takut hukum tuhan?.

Hmm....... 
......ada yg tanya aku apasal aku tak cari orang tu?, tak serang medsos dia marah dia maki hamun dia situ?.

TAKYAH!. Kalau aku buat cam tu makna aku dah terperangkap dengan taktik & strategi dia. Aku masuk kat medsos dia akan jadi makin panas, makin sensasi, makin raaamai orang views situ, haaaa itu yang dia nak!  Dia tak peduli apa dah, tak fikir dosa pahala dah. Yg penting view makin ramai ye?.
 
Daripada aku masuk serang medsos dia, (yg secara tak langsung aku dah kasi content baru yg free kat dia), lagi baik aku letak kat medsos aku sendiri. kan?. So siapa nak tau apa berita aku & yg sahih pasal aku, malah nak share pun boleh terus ambik dari situ.

Ya...aku faham
 'game' ni.

Aku takkan cari pun siapa yg buat kerja gila ni. 
Napa?. Sebab  secara tak langsung aku dapat pahala free dari si pembuat dan penyebar berita fitnah ni. Lebih ramai yg sambung share/sebar, lagi baaanyak aku dapat pahala free situ buat saham akhirat aku nanti.

Sesiapa yg buat dan yg share tu pulak dapat dosa free ye. Lagi raaamai  baca dan share lagi bertambah dosa free kau kena  pikul bawak kat akhirat nanti. Nak?.

Camnilah. 
Di hari Jumaat yg mulia ni, aku nak  pesan. Kau padam/delete la semula berita keliru/fitnah/tak benar pasal aku yang ko dah buat dan sebarkan tu.  Padam bukan kat medsos ko aja tapi kat semua lain yang dah terpedaya dan join sama share kat dia punya medsos lepas tengok ko punya. 

Cara mana ko nak padam tu ko usahakanlah sendiri. Itu antara ko dgn dosa ko la kan. Pepandai ko la nak settle sendiri.

Aku masih boleh bertahan & sabar masa mula tersebar gambar aku dengan tajuk 'innalillah WH' yg ko pepandai buat dan viralkan tu, tapi aku sangat tersinggung bila ada pulak yg guna semula gambar tu siap masukkan surah Al fatihah situ.

Ko dah permainkan agama aku tau?. Al fatihah tu surah suci, suci level semua umat MESTI baca dalam tiap rakaat solat.  Selamba ko guna surah tu letak kat gambar berita keliru/fitnah dan ko viralkan utk kepentingan ko ye?. 
 
Aku pernah terbaca sebelum ni pun dah ramai kalangan personaliti/selebriti/figura dikenali ramai yg belum meninggal pun tapi diviralkan konon dah meninggal. Baru sakit masuk wad dah di innalillah kan kasi orang keliru sangka dah takda dah. Ko rasa guna tajuk berita orang mati lebih senang viral dari guna  tajuk berita orang sakit ye?.
Ko happy ke 'hajat ko tertunai'?

Ulasan

OWW YEAH!

SABAR AJALAH KITA YE AMY SEARCH

KALAU TAK SEDIA JANGAN JUMPA M.NASIR

ARWAH SUDIRMAN SENTIASA DIKENANG