Catatan

Tunjukkan catatan dari November, 2020

MAAFKAN AKU PENGANTIN

Imej
  Aku dah jadi jurufoto sebelum aku kerja wartawan. Gigih masa tu ambik gambar sana sini sebab minat gila kat fotografi. Mula tu kamera aku Yashica, lepas tu tukar Pentax, last sekali Nikon pulak. Nampak tak apa aku pegang kat gambar ni?. Yess itulah roll filem. Kamera zaman tu kena masukkan roll filem ni baru boleh ambik gambar, lepas tu kena gi hantar cuci (print) kat kedai gambar, seminggu kot baru siap. Paling banyak satu roll filem ni boleh ambik 36 keping gambar, jadinya kalau nak ambik gambar banyak beratus keping kena le banyak kali tukarganti roll filem kan?. Setahun jugaklah aku aktif jadi jurukamera tapi lepas tu tetiba aku macam dilanda trauma. Rasa macam serik pun ada kot. SERIK?!. Napa sampai serik?. Haaa ni yg aku nak cerita kat korang ni. Ptg tu ada tempahan ambik gambar majlis kahwin. Aku terlambat tapi tetap berkejar jugak pergi rumah pengantin. Dapat teksi pulak tu driver lembab, jalan pulak tu jem. Tiba je kat rumah pengantin aku tengok pengantin baru je keluar bili

TAK KENAL A.R.BADUL KE?

Imej
  Hari tu aku up gambar klasik aku dengan Dato Ramli Sarip tetiba...alamak...nama A.R. Badul pulak naik. Ramai kaitkan gambar itu dengan Badul. Aku tepis, tepis, tepis bagitau itu bukan Badul tapi ehhh makin banyak pulak komen masuk kata sangkakan tu gambar Badul. . Kebetulan aja la. Kebetulan angle gambar Ramli Sarip masa tu tengah bercakap tetiba terkeluar iras muka Badul. Gambar lain semua tak. . Haa makanya pagi ni aku up gambar klasik aku dengan Badul yang sebenar-benarnya Badul. Gambar sekitar era 80an ni kat belakang pentas funfair kat JB. . Badul popular masa zaman aku sekolah menengah dulu. Lepas juara satu pertandingan bakat anjuran RTM dia ada TV show sendiri. Tiap minggu ramai penonton sekeluarga berlonggok depan TV nak tengok show dia. Aku pun. . Selalunya dia keluar TV mesti pakai baju tulis DG. DG tu Darah Gemuruh katanya. Itu cara dia nak lawan darah gemuruh tiap kali buat persembahan kat mana-mana. . Bila aku dah habis sekolah, dah kerja wartawan, dah hadap artis itu i

TOLAK MOTOR 8 JAM DARI SINGAPURA KE JB

Imej
  Siapa ada motor ni dulu?. Ho ho ho motor Honda Cup C70 org panggil motor kapcai. Ni lah motor pertama yg aku mampu beli masa tahun 80an dulu. Lepas pakai 2 tahun kot aku trade in beli model baru pulak warna biru tapi Kapcai juga. Wohhh bangga oo masa tu!. Maklum masa tu belum mampu beli kereta, lesen kereta pun belum ada. . Dengan motor tu la aku berulangalik dari JB ke Singapura tiap Sabtu cover macam-macam konsert tiap minggu utk liputan majalah URTV. Aku dengan jurukamera aku Jeffri Iran @jeffriiran . Konsert tu nunnn kat Pulau Sentosa lebihkurangnya 1 jam cam tu naik motor dari JB. Suatu hari tu konsert habis jam 11 malam. Aku siap interbiu artis tu semua cecah jam 12 mlm. Aku dgn Jeffri terus tunggang motor nak balik JB. Nasib tak baik tetiba alamak...tayar motor pancit!. Dah jam 1 pagi tu maaana la ada worksyop bukak lagi kan?. Nak tak nak terpaksalah kami tolak motor tu bergilir, sorang tolak belakang dan sorang lagi jaga handle kat depan. Letih wehhh!. Ntah jam berapa nak ti

TERJAH ANIMASI : FANTASI KE REALITI?

Imej
  Lama dah aku tak lukis kartun. Ni ha gambar lama aku tengah lukis kartun. Lukis free hand ye, komputer tak ujud lagi masa era 70-80an tu. Dulu kartun aku pernah gak tersiar kat URTV. Kat komik Ujang pun pernah sebagai kartunis tamu. Rupanya minat dan bakat aku lukis tu jatuh kat anak sulung aku Alun Nas. Zaman dia melukis dah guna komputer dah kan. Dia graduan Graphic Designer. Semua design tshirt Dinotizen yg kat www.instagram.com/dinotizen keluaran syarikat kami Nas Studios tu hasilkerja dia. Sebenarnya dah lama aku pendam satu impian. Korang tau aku pernah cipta segmen Terjah masa aku produce Melodi kat TV3 dulu kan?, so to move on aku ingin nak buat Terjah tu jadi siri animasi la pulak. He he. Terjah kat Melodi dulu tu berkaitan artis aja kan, Terjah kat youtube channel aku skrg ni pulak www.youtube.com/nasahmadterjah skopnya lebih luas masuk bidang lain jugak kan?. Haa untuk Terjah animasi ni pulak lain. Ia siri kartun animasi pengembaraan. Ceritanya pasal seorang superhero (a

SELAMBA M.NASIR 'GAME'KAN AKU!

Imej
  Satu aja ke memori aku dengan Dato M.Nasir?. Eh tak!, ada lagi weyy. Semalam aku dah post sini satu cerita lama aku dengan M.Nasir kan?, ha meh sini aku share satu lagi cerita nak?. Aku nak cerita pasal yang semalam aku kata dia ni kelakar pulak. Dah lama dah dulu masa tu aku kerja TV3 jadi Penolong Penerbit rancangan Muzik-Muzik kejap. Rancangan tu live tiap hari Khamis dari Studio B kat Bangsar. Tiap Khamis aku dengan team unit produksi Muzik-Muzik kena gi studio tu dari ofis kami kat Sri Pentas. Tengahari ada rehearsel dengan semua artis jemputan dan petang tu live. Hari tu antara artis tamunya ialah M.Nasir. Tengahari tu dia dah sampai, jadi sementara tunggu krew teknikal siapkan studio kami sempat lepak teh tarik kejap kat gerai depan studio tu. Sambil tu kami sembang pasal itu ini macam-macam. Sedang bersembang kat gerai tu tetiba M.Nasir jengok kepala ke luar gerai dan pandang ke atas. Aku hairan kenapa tu?. Aku pun jengah samalah pandang atas tapi..eh tak nampak apa-apa pun.

PERTAMA DAN TERAKHIR BERSAMA SALOMA

Imej
  Aku tak pernah dapat jumpa (arwah)Tan Sri P.Ramlee depan mata aku. Masa dia popular dulu aku masih sekolah rendah. Masa aku sekolah menengah dia dah meninggal. Tapi setidaknya dalam lipatan sejarah karier aku sempat jugaklah aku jumpa, interbiu, bergambar sama, dan siarkan berita pasal Saloma walaupun cuma SEKALI je. Inilah gambarnya, tahun 1983 beberapa bulan sebelum dia pergi meninggalkan kita semua. Masa ni kat Stadium Larkin JB di konsert gabungan ramai artis popular termasuklah dia. Aku buat liputan konsert tu. Maaanalah aku tau itulah kali pertama dan terakhir aku dapat jumpa dia kan?. Tak sempat lama dgn Saloma masa tu sebab ada ramai artis lain situ yg aku kena interbiu tiap satu. Nak post gambar sejarah dan eksklusif ni aku siap touch up warna hitam kat area rambut dia untuk cover rambut, sebab masa zaman tu dia free hair. Masa jumpa Saloma tu sebenarnya dalam hati aku excited sangat. Seniwati lagenda tu!, Biduanita Negara, primadona yg selama ni aku cuma tengok kat TV dlm f

KALAU TAK SEDIA JANGAN JUMPA M.NASIR

Imej
  Nama penuh dia Mohd Nasir Bin Mohamed, orang kenal dia M.NASIR. Nama penuh aku pulak Mohd Nasir Bin Ahmad, orang kenal aku NAS AHMAD. Ahh lebih kurang sama aja nama penuh aku dengan nama penuh dia tak jauh mana pun kan?. Haaaa ha ha. Aku tak ingat gambar ni bila dan kat mana. Maklumlah sepanjang 30 tahun kerja wartawan hari-hari aku kena jumpa artis itu ini kat sana sini maaanalah nak teringat semua kan?. Rasa-rasanya ni kat Singapura sekitar era 80an kot?. Ntah. Aku dah tanya kat jurukamera aku Jeffri Iran tapi dia pun tak pasti bila, kat mana dan tahun berapa ni. Haaa dia dengan aku saaamalah dol. M.Nasir (skrg Dato M.Nasir) ni lain macam sikit berbanding artis lain. Dia jenis yang bukan terus jawab kalau kita interbiu tanya soalan kat dia. Dia akan tanya kita balik sebelum dia kasi jawapan. Makanya kalau kita tak tau atau kita blur dengan soalan kita ke...fuyoo!....konfom terkantoilah kita situ. Contoh, dulu aku pernah interbiu tanya dia apa yang dia nak paparkan dalam klip video