MEMBER LAMA TV3 ZIARAH PULAK

Petang Isnin lepas tetiba satu call masuk. Nama Zaini Saidi naik. "Nas, turun kat guard house skrg. Kita lepak luar jom"

"Eh?!......" Aku tak ready apa lagi ni tetiba dah sampai. 
Ahh.. capai porch bag terus keluar.

Zaini Saidi tu member lama kerja TV3. Dalam kereta tu aku tengok....wahhh ada 4 org semua. Semua member satu ofis dulu kat Sri Pentas.

Kitaorg lepak minum kat mamak area situ. Zaini Saidi kekal dengan loyar buryk dia tak hilang. Ada dia memang meriahlah. Dulu dia kerja Penerbit, pernah terbitkan Muzik-Muzik.

Lepas berhenti TV3 5 thn lepas aku tak pernah terjumpa Sharul Nazim Zainud kat memana, walhal dia masih buat free lance TV/video productions. Kat TV3 dulu dia pernah terbitkan Teman Sedestinasi. Wahhh. ..program yg kena travel seluruh Malaysia tu. Pernah juga dia handle terbitkan program Senario 

Azman Ghaffar pulak pun banyak terbitkan program & event. Program Sampaikan Salam Aidilfitri, Sinaran Pasport Kegemilangan semua dia pernah hayun.

Dalam kami 4 org petang tu cuma Jamil Hassan aja masih kerja TV3 sampai skrg,  tapi dah level bos dah kan, bukan lagi penerbit ke penerbit eksekutif ke. Ngam la tu, aku tengok Jamil memang pintar dan banyak idea dlm semua hal. Ngam la jadi bos.

Banyak lagi program TV3 yg antara kami sini pernah dalam unit produksinya. Sinaran Passport Kegemilangan, Melodi, Cecupak, dnl 'drana dan lagu', baanyakk.

Thanks semua sempat ziarah aku dgn sumbangn ikhlas petang tu. Kita tetap kawan sampai bila-bila. Semoga ALLAH sentiasa melindungi kita hingga akhir nanti.

Korang ingat tak masa ni apa slogan TV3?. 
Yaa betul..........Berita Terkini Hiburan Sensasi.

Ulasan

OWW YEAH!

SABAR AJALAH KITA YE AMY SEARCH

KALAU TAK SEDIA JANGAN JUMPA M.NASIR

ARWAH SUDIRMAN SENTIASA DIKENANG