TERUS USAHA, RAWAT, DOA

(Khamis 18hb Jul)......
Aku kena gi rawatan jantung kat Hospital Serdang.

Ehh?.....Nas masih sakit ke?. 
Laa...ingat dah baik dah, dah nak start kerja semula dah.

Hmm belum. Silap aku. Aku sangkakan sakit ni pun mudah macam sakit biasa makan ubat kejap baik dah. Maklum aku tak pernah kena sakit kuat.

Aku sangka lepas seminggu rawatan Engiogram jantung tu dah baik kan?.  He he. 

Rupanya tak oii. Sakit kronik ni nak pulih semula pun ambik masa berbulan kadang bertahun jugak. 

Aku baca kat fb group pesakit dan doktor jantung ada yang setahun ada yang lebih setahun baru in sya ALLAH baik nanti.

Its okay. Takyah melenting frust marah sesiapa. Semua ni kan ujian ALLAH. Kita kena redha, doa dan usaha kalau nak dapat rahmat dan perlindungan DIA.

Memang la kita risau bila kita lama dah tak kerja takda sumber pendapatan, kan?. Camna nak hidup?  

Kena sabar. kena jujur bila ditanya, kena terus usaha bermohon kepada ALLAH swt. 

******
 
Okay...
Kat Farmasi..aku tengah tunggu ubat tadi, tetiba...Jurukamera/video JEFFRI IRAN insan paling akrab dengan aku...muncul ziarah....lagi dan lagi. Kami akrab sejak zaman bujang sampai zaman aku bercucu dah ni ha.

Ntah aku rasa aku tak terbalas semua jasa dia sekian lama. Hanya aku mampu berdoa semoga ALLAH lindungi dia sekeluarga, terus dimewahkan rezeki kami semua dan sentiasa dalam lindungan rahmatNYA. 
Aamiinn.
#sakit #artis #sakitjantung #doa #dugaandanujian #terjah #ubat

Ulasan

OWW YEAH!

SABAR AJALAH KITA YE AMY SEARCH

KALAU TAK SEDIA JANGAN JUMPA M.NASIR

ARWAH SUDIRMAN SENTIASA DIKENANG