MASIH DALAM RAWATAN


Eh?...dah 3 tahun lepas tapi aku masih dapat rasa kehebatan filem Mat Kilau yg gegar panggung.

Manalah aku tau itulah filem Melayu terakhir yg aku sempat tonton kat pawagam, sempat buat liputan, promote kat youtube & semua media sosial aku.

Sejak thn 2022 aku kena sakit jantung.  Pergerakan aku jadi terhad. Jalan kejap je dah penat. Nak kerja lincah macam biasa kejar sana sini cari org itu ini interbiu buat content dah terbatas.

Tu ha filem Mawi Zim Zim Ala Kazim pulak walau aku sempat cover masa 1st time Mawi launching utk siaran TV dulu tapi aku tak dpt tengok kat panggung skrg ni. Pendam jugak. Tapi aku tumpang happy filem ni cecah lebih 3 juta kat panggung.
Banyak lagi. Konsert pun. Lepas Konsert Search Kiddin Denden sampai skrg aku takda peluang gi cover konsert lain yg banyak sana sini. Aku pendam semua.

Aku dah fikirkan suatu ilham baru utk persada seni kita. Nak Kasi ON...kasi JADI lepas baik sakit nanti.
Sementara ni...nak terima kasih kat kalian yg sangat faham aku, sentiasa kasi kata semangat harap aku cepat baik semula.

Kpd yang sangat bermurah hati hulurkan bantuan barangan keperluan, kewangan serta dorongan moral, aku doakan  jazakallahu khair...semoga ALLAH membalas jasa kebaikan kalian.
JUN 2024...Aku masih dalam rawatan lanjut. Baru aku tau sakit kronik macam ni lama nak baik. Dah skrg ni mata pun dah mula problem.

Dulu biasa kerja gaji ribu sebulan, tu yg buat kerja lajuu aja tak hingat cuti. Sekali kena sakit ni.....habis takleh buat kerja!. 

Tak kerja tentulah takda gaji. Maka merasalah hidup tanpa pendapatan. Merasalah tetiba jadi asnaf, jadi miskin bandar.

Bukan tak beringat masa zaman kerja bergaji dulu. Eh aku pernah buka studio, lepas tu buka gerai makan (Laksa Johor Mama Yati). 

Tapi tu la...baru start tetiba pandemik Covid melanda dunia sekali dgn PKP 1 & pas tu PKP 2 le pulak!... habis ranap bisnes. Company besar lagikan bengkrap apatah lagi yg baru aja nak bernafas macam company aku ni ha.
Lagi pulak.. kita ada kat zaman yg tak sama macam dulu. Dulu anak lepas universiti terus dapat kerja, dah boleh bina hidup sendiri, dah boleh tolong mak bapak.

Tapi zaman ni hari ni habis universiti belum tentu tahun depannya dapat kerja dlm jurusan yang dia ambik kat universiti dulu tu. Dah banyak jurusan yg market takda dah. Graduan tu terpaksa kerja bidang lain

Kena hadap ni. 
Kena lebihkan kesabaran dan keredhaan la kan?
Sebab tu aku amat hargai tiap yg tampil membantu aku walau kecik ke besar mana pun. 

Tapi...nak catat semua nama kat posting ni nanti caption posting ni jadi pannjang orang malas baca. Kan?  

So aku ada hajat nak catitkan nama kalian kat satu posting lain macam penghargaan khas nanti. Nak abadikan semua nama pihak/orang persaorangan/famili, saudara, sahabat, saamaada yg hulurkan sumbangan, yang sempat datang ziarah ke, yang jemput aku datang ke acara mereka utk hulur sumbangan, termasuk mereka yg sekadar buat online transfer / bank in terus kat akaun Maybank aku utk sumbangan ikhlas. 
Dalam masih sakit & takda sumber pendapatan skrg ni dah tentu aku tak terbalas sumbangan & jasa kalian tu. Cuma mampu berdoa semoga kalian sekeluarga sentiasa dimewahkan rezeki.  In sya ALLAH doa orang sakit lebih peluang mustajab.

Nak call/whatsapp aku nmbr ni 0133377551.

Kita doakan yg baik sesama kita ye.

Ulasan

OWW YEAH!

SABAR AJALAH KITA YE AMY SEARCH

KALAU TAK SEDIA JANGAN JUMPA M.NASIR

ARWAH SUDIRMAN SENTIASA DIKENANG