OPERASI ANGIOGRAM JANTUNG.
Eh bila aa?... Ohh Jumaat lepas. Jumaat lepas 26hb April kan?. Jam 10 pagi aku dah ada dah kat Pusat Jantung, Hospital Serdang. Sejak aku kena serangan jantung 2 tahun lepas hari ni tiba slot giliran aku buat pembedahan angiogram. Aku bukan jenis berani sesangat. Cuak jugak wehh nak kena operation jantung!. Org yg pernah kena ni kata angio tak sakit. Ishh ko biar betul!. Ko tulang besi urat dawai ke?. Jam 2 ptg cam tu katil aku disorong masuk ke dewan bedah. Punyalah takut. Kat situ aku dah start berzikir dah nak cover takut. Segala zikir yg aku hafal aku ulang berkali kali dalam hati sepanjang operation ni. Ada sekali tu tetiba terlepas "Aidilfiri hari bahgia hari yg muliaa..." Hoiii!. Tu bukan zikir la, tu lagu raya Fazidah Joned ke siapa ntah. Badan, tangan dan kaki aku dipasang ntah amende saluran/wayer ntah, doktor dan pembantu ada kat keliling katil aku, operasi bermula. Mulanya dimasukkan saluran dari lengan kanan ke dal