Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac, 2024

KOMPOSER & PENULIS LIRIK DAPAT CIPUT JE? - KARYAWAN

Imej
Dari bertahun kenal dia dulu aku salute kat Dato Freddie Fernandez. Perjuangan dia dalam persada seni selaku Presiden Karyawan walau penuh cabaran tapi tak pernah patahkan semangat dia. Tika ini dia bertarung mendepani isu kenapa pencipta lagu & lirik didapatinya cuma dapat bayaran sangat ciput sedangkqn pihak lain pulak yg kaut imbuhan sangat besar. Sangat tak setimpal katanya. Nak perjuangkan ni bukan senang,  sampaikan dah banyak kali dia kena masuk mahkamah bila puak tu saman. Bulan Mei nanti ada bicara lagi katanya. Tapi...napa takda siapa tampil bantu dia?. Ni antara isi luahan Dato Freddie di acara Iftar Karyawan Khamis lepas.  Semoga ada pihak tampil sama beri perhatian & perjuangkan isu ni bersama Karyawan. * ** Okey.... Aku hadir juga bila dijemput Karyawan ke majlis ni. Terima kasih atas jemputan dan sumbangan yg dihulurkan. Aku tak stay sampai habis majlis sebab ada urusan. Sempat jugaklah aku bergambar dengan beberapa

TERHARU PM9 SUDI ZIARAH

Imej
Aku terharu bila YB Dato' Sri Ismail Sabri  Yaakob beri salam dan dah ada pun kat pintu rumah aku. Walau dia sibuk itu ini tapi sudi luangkan sikit masa ziarah aku.  Terima kasih Shawn uruskan kunjungan ni, juga Dinie dan beberapa petugas media serta pihak keselamatan yang ikut sama. Jazakallahu khair. Semoga ALLAH swt membalas jasa baik kalian sekeluarga. Terima kasih atas sumbangan dihulurkan serta doa-doa baik untuk kerahmatan bersama.  Semoga kita semua beroleh gandaan pahala di bulan Ramadhan ini. Aamiinn. Eh....masa semua orang dah balik, tetiba aku terkenangkan Shawn. Teringat dia tu dulu masa study mass com kat universiti, pernah buat practicle/intern under aku. Masa tu aku produser Galaksi (TV9) & Melodi (TV3).  Lepas habis study dia pernah kerja kat beberapa agensi media & skrg kat unit akhbar/media YB Dato Sri Ismail Sabri.  Teruskan karier bro. Aku doakan semua kita t

NILAI KLASIK

Imej
Era 90an zaman aku wartawan majalah URTV kat JB dulu, ada 4 org PR/A&R sykt rakaman Singapura yg close dgn aku. Osman Arifin (Life Rekod Singapura), Rahmat Pasri (BMG Singapura), Johari (Warner Music Singapura) dan Bohari Rahmat (Pelbagai sykt rakaman Singapura). Eh...mana pergi diaorang ni semua?. Ohhh...cuma 2 orang aja yg masih aktif. Osman Arifin skrg Pengurus Life Rekod dan...haaa ni ha...Bohari Rahmat skrg Pegawai Promosi. Lama...bertahun jugak tak jumpa, tetiba minggu lepas Bohari whatsapp aku. Dia plan nak naik KL & sekaligus hajat nak ziarah aku juga kat rumah. Silakan bro. Set!. Hmmm....dalam banyak press conference artis itu ini yg Bohari pernah buat aku takleh lupa masa dia buat untuk sykt Julie's Biscuit. Idea pemasarannya unik wehh!. Dia siap buat biskut tin siri 'Lagenda'. Wahhh baaikk punya ilham ni...join kan antara biskut lagenda dgn artis lagenda kita Tan Sri P.Ramlee. Sebab k

iftar di Seri Perdana

Imej
Agak rushing sikit petang semalam (Rabu 20hb) tapi syukur alhamdulillah sempat jugak aku sampai ke Jemputan Berbuka Puasa di Seri Perdana kediaman rasmi Perdana Menteri Malaysia sebelum masuk waktu berbuka puasa.  Cuma alamak...tak sempat bergambar dengan PMX Anwar Ibrahim.  Mujur sempat juga jumpa Yb Fahmi Fadzil Menteri Komunikasi, member lama aku dari Jb Zulhazri Abu Bakar sekarang Ketua Komunikasi Korporat di Jabatan Perdana Menteri dan jumpa beberapa kekawan wartawan TV3/Media Prima dan pelbagai media lain. Jazakallahu khair atas sumbangan yang dihulurkan. Semoga semua kita sentiasa dimewahkan rezeki dan dalam lindungan rahmat ALLAH swt. Semoga Ramadhan tahun ni kita berjaya raih banyak amalan suci serta bermanfaat kepada sesama insan.

3 GENERASI TOPI

Imej
Payah ohhh nak suruh budak sebaya Farrel pakai topi. Biasanya parent pakaikan topi,  kejap aja dia dah bukak. Napa?.  Sebab rimas ke tak biasa ke tak saiz ke dia gi sana sini topi tertanggal ke apa, kan?.  Tapi Farrel ni lain macam sikit. Kasi topi kat dia, dia pakai dari mula keluar rumah... sampai balik rumah nanti topi tetap melekat kat kepala. Kadang kat rumah kalau nampak Abi dia nak keluar, eh?.....dia pulak yang busy buka almari ambikkan topi suruh Abi dia pakai. Napa Farrel cam tu aa?. l Ohhh....baru ni aku perasan. Bila dah Tok Abah dia (aku) selalu pakai topi, Abi dia (anak aku) pun bertopi, sampai ke dia (cucu) auto nakkkkk jugak. Wahhhh....dah jadi 3 generasi bertopi dah!. Orait la Farrel. Kita geng.  Yeahhh! #topi #anak #famili #cucu #idola #budak #tokabah #abi