TAHNIAH DATO DJ POOL.

Sampai skrg aku terharu bila baca mesej drp member aku DJ Pool yg ni. Terkenang balik moment lama ni.

Camni......
Dulu lepas dia berhenti kerja DJ radio RMKL, dia buat kerja DJ sendiri. 
Lepas tu bapa dia sakit. Pool duduk hospital urus bapa dia dan jobless.

Aku masa tu produser Galaksi (TV9). Sebelum ni masa aku produce Melodi (TV3) aku pernah rekomen Michelle Wee jadi wartawan dlm team aku. Lepas tu aku rekomen pulak Saiful Azmi Jamsari join team Melodi jugak. 
Rezeki masing2 la kan diaorang dapat kerja. 

So bila aku dah ditugaskan produce Galaksi ni pulak aku rekomen Dj Pool join team tu. Alhamdulillah rezeki dia pulak dapat kerja dengan aku.
Suatu hari Pool call bagitau aku bapak dia yg sakit tu baru meninggal dunia kat wad hospital. Aku pulak masa tu ada tugas liputan kat Jakarta dan terus Singapura. Aku cuma dapat ucapkan simpati dan takziah dari jauh.

Tak silap aku setahun kot lepas tu Galaksi tamat bersiaran. DJ Pool berhenti & kerja lain. Aku balik semula ke TV3 co-produce Muzik-Muzik pulak.
Bila TV3 buka MSS tahun 2019 aku ambil. Aku berhenti TV3 & mula bisnes. Aku buka studio buat content utk Youtube channel aku sendiri.

Antara aku dgn DJ Pool jadi kami jarang contact tapi tetap kawan.
 
Baru bulan lepas DJ Pool contact aku. Dia beritahu berita gembira. Dia baru dapat anugerah dan kini bergelar Dato!!. 
DATO DJ POOL / DATO SAIFUL BAHRIM.

Syukur alhamdulillah. Aku tumpang happy dengar berita tu. 

Selasa lepas aku sempat hadir bila dia jemput aku ke acara Sidang Media Pelancaran Program Kembara Showcase Amal Jiwa Malaysia kat Hotel Mardhiyah Shah Alam.
Orait Dato DJ Pool. Teruskan sukses. Semoga anugerah ni buka peluang untuk berbakti kpd masyarakat menerusi bidang seni. 
In sya ALLAH.

Ha ah aku happy tiap kali kalau dengar berita siapa pun yg aku kenal tu sukses. 
Sebab tu bila aku terbaca semula mesej DJ Pool tu, dari bibir aku terucap "syukur alhamdulillah"🤲

#anugerah #ayah #dato #berbakti #sidangmedia #meloditv3 #rmkl

Ulasan

OWW YEAH!

SABAR AJALAH KITA YE AMY SEARCH

KALAU TAK SEDIA JANGAN JUMPA M.NASIR

ARWAH SUDIRMAN SENTIASA DIKENANG