Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai, 2023

ABIH TU KERETA NAK PARKING MANA?

Imej
Itu lot parking kereta, bukan motor. Kalau ko dah selamba parking motor ko ambik sorang 1 lot cam tu, ko fikir tak kereta nak parking kat mana ye?.  Kena parking atas ko la kot?. Ala-ala manja gitu nak mintak belaian kasih sayang lepak atas ko, haaaa cam tu. Kan?. Pas tu pepandai ko la bawak motor gi worksyop repair la mana patut.  Dah siap nanti sendiri bayar la ye. Maaanalah tau ada harga rahmah kat situ ke kot. Kalau takda harga Rahmah cuba tanya harga Rogayah Kuntum ke...harga Kak Seri Farhanisa Markonahwati ke. Ha ah cam tu la. Cam tu.

SIAPA HEBAT?!...

Imej
Laaaa ke situ pulak pergi nya!.... Siapa?....apa cerita ni? Tu ha orang tu. Salah kapal la tu kot. Eh bukan kapal...Kepala. Dulu aku ada buat tshirt tulis 'Jadilah manusia hebat'. Rupanya dia gi tanya kat satu ustaz tu boleh ke kita sebagai manusia mengaku kita ni hebat?. Ohhh kalau itulah bentuk soalannya dah tentulah ustaz tu jawab TAK BOLEH. Memanglah kita insan biasa dan kita tak hebat, yang hebat cuma ALLAH. Berdosa wehhh sesiapa yang kata dia lebih hebat dari tuhan. Kan? Cumanya masa aku tulis,  aku cipta ayat slogan tu takdalah rujukan aku sampai ke level tuhan. Haiyaaa.   Ini kata semangat kita sesama manusia ajalah, bukan antara kita dengan tuhan. Takda pun aku tulis situ 'Jadilah insan hebat sehebat tuhan' ke, kan?. Itu yg salah tu. Ustaz popular tu pulak ko kasi dia soalan tergantung (soalan tak lengkap dari awal. Ambik dari tengah sampai ke hujung aja). Sebab tu dia jawab macam tu. Kalau ko kasi soalan penuh, aku konfom dia lebih faham dan dia ka

AWAS!...ADA PENUNGGU!

Imej
Hikkkk hikk hikk!!! Aku masih boleh tergelihati tengok gambar-gambar aku masa ni ha. Sebab gambar ni la tetiba member panggil aku 'Penunggu!'.  Binawe betul la. Cheh!. Ha?!. 'Penunggu' tu apa?. Laaa....penunggu tu puak-puak hantu jugak la. Hantu kubur tu orang kata penunggu kubur, haaa cam tu.  Eh dlm cerita P.Ramlee pun ada dialog  "....ampunkan kami penunggu gua...." Kan?. Maknanya hantu jaga gua la tu. Masa scene 2 penyamun nak bahagi harta tu. Gambar tahun bila ni ntah aku lupa dah. Haa tengok....Rambut aku masa tu dah la serabai & cepat kering. Bila kering jadi kembang semacam. Badan kudut melidi anytime melayang ditiup angin.  Masa tu pakai jeans saiz 26 ya!. Kalau pakai saiz sekarang 36 siap boleh lipat tengah macam pakai kain samping baju raya ya. Sebenarnya Penunggu ni tajuk album terbaru Sweet Charity masa tu. Ohhh aaku peminat setia, dah tentu bangga pakai baju ni. Aku print sendiri kat kedai print tshirt tingkat 3 komtar

JANGAN BIAR DUNIA TINGGALKAN KAU SEBELUM KAU TINGGALKAN DUNIA.- Nas Ahmad.

Imej
Ego durjana dan faktor usia lenyapimu dalam sepi...... ......hilang dari radar tanpa sedar...... ......sedang kau kekal termanggu di situ. 

JANGAN PAKSA ORANG!...biar dia jadi DIA

Imej
Aku bukan orang politik. Memang dari kecik arwah mak aku tak kasi anak dia join politik.  Ada suatu peristiwa hitam dalam famili kami yang buatkan arwah mak aku serik yang amat!. Dia takkan izin siapa pun anak dia masuk politik macam arwah ayah kami dulu. Ohh sebab tu ko benci politik heh Nas?  Eh taklah!...aku bukan benci politik ke buta politik ke apa, tak!.  Aku baca & amik tau politik negara dan dunia jugak. Bila pilihanraya aku mengundi jugak.  Tapi biarlah orang lain yang memang bidangnya politik yg berjuang dan sibuk-sibuk situ, bukan aku. Aku duduk jauh sikit  fokus bidang aku. Ada pulak member cakap, ko tak join politik sebab tu dulu sampai skrg ko macam ni je. Ko patut dah dapat apapa anugerah ke pangkat ke sebab bakti ko dlm kewartawanan & persada seni bukan calang kot. Ko tengok macam si.....(teeettt!...) tu, tetiba je dapat. Kan?. Owwwww!....NO! NO! NO!!...Hal macam ni aku taknak campur langsung. Itu hak pihak lain tentukan. Aku

RESTORAN SAMBAL HIJAU TETAP BEST!

Imej
Kalau tanya aku tempat makan mana paling sedap area ofis lama aku (Sri Pentas TV3) dgn rumah aku Kota Damansara, mau aja aku jerit 'Restoran Sambal Hijau'!!!.  Yaaa spontan, sebab sini meeeemang sedap!. Ada kat area Kpg Sg Penchala, sebelah masjid. Boleh Waze. Selama aku kerja TV3 dah bertahun aku selalu makan sini. Daripada pelanggan biasa sampai dah kenal owner nya & jadi kawan. Orang baik-baik.  So tu pasal kalau tetiba ada ntah mana Mak Kona ke Pak Kona ke tetiba nak kepoci nak kelentong, siap buat gambar nak viralkan konon restoran ni begitu begini owner nya pulak begitu begini,...eh sorry ya. Aku, famili aku, member aku semua lebih kenal owner nya dan citarasa restoran ni daripada ko. Dah bertahun-tahun dah wehhh!. Kami tau hati budi owner ni & keistimewaan restoran ni.  Sangkakan staf Sri Pentas TV3 aja, rupanya staf Balai Berita NST