SANAH HELWAH 2023
Pagi Khamis 25hb Mei..
"Assalamualaikum....."
...tetiba ada rider datang rumah bawak kek birthday.
Eh...siapa kasi siapa kek bday ni?.
Aku baca.....
.....Ohhh member fb aku NorNadia Zamhari order kek birthday, siap KFC sekali, minta rider hantar ke rumah aku. Ha ah hari tu bday aku. Lupa.
Jazakillahi khayran kpd Nad & suami atas ingatan ni. Semoga ALLAH swt murahkan rezeki kalian dan sentiasa dalam rahmatnya.
Nanti free kita set jumpa ye, bawa baby comel korang tu sama.
Tadi pulak....dapat satu lagi kiriman kek birthday drp seseorang. Tapi dia pesan takyah bagitau dari siapa, just terima ikhlas je.
Kek kali ni join sekali utk birthday aku dgn adik aku Hafiz. Bday Hafiz selang sehari je dari bday aku (24hb Mei). Tahun aja jarak 4 tahun.
So aku whatsapp Hafiz, set kita jumpa tengahari ni kat rumah anak aku Alun Nas & Farhana Nazlin kat D'Rozelle Kota Damansara & kami lunch sama sana. Ala kita-kita aja, tak buat bday party. Yg penting happy. Lupakan sakit. Kan?.
Jazakallahu khayr. Semoga jalinan ukhuwah dan keikhlasan sesama kita bermanfaat kepada semua.
Ulasan
Catat Ulasan