Aku manusia biasa
Kita semua sama. Aku pun manusia biasa juga selalunya sihat tapi sesekali tu eh alamak...sakit la pulak.
Aku bukan jenis senang kena sakit. Mungkin sebab aku tak suka manjakan diri dgn penyakit kot?. Pada aku, penyakit apa pun kalau dimanjakan...memang la asyik saaakit aja nanti kan?.
Sejak kecik dulu aku jenis lawan sakit. Aku lock dalam otak aku yg aku hari-hari nak busy, aku ada banyak kerja nak buat, aku takda masa nak sakit!. Sakit kacau kerja aku.
Setakat sakit biasa, pening-pening sikit ke, demam biasa ke, batuk ke tu biasa la kan. Cuma sejak kecik aku tak pernah kena sakit berat sampaikan kena masuk wad.
Tapi.....
....alamak!.....
lawan punya lawan, sekali tu...tewas jugak!.
Januari lepas, tercatit dlm sejarah aku...akhirnya aku jatuh sakit dan kena masuk wad!.
ALLAHU.
Sakit apa?...
napa?.
Masa tu jam 12 malam. Biasalah waktu macam tu selalunya aku kat rumah baru siap kerja editing video. Nak masuk tidur dah ni. Tetiba...eh?...dada terasa sakit. Rasa macam ketat. Apahal tetiba aja ni?.
Aku malas layan lah. Aku teruskan berbaring kat katil. Harap-harapnya dah baring bermanjakan bantal empuk tu nanti konfom terlena terus terlupa pasal sakit dada tu la kan.
Tapi tak ye. Takleh tidur!. He he. Lepas satu jam aku golek kiri golek kanan kat katil, sakit tu tak mau hilang gak.
Terfikir, apa ubat aku ada simpan kat rumah ni aa?.
Teringat ohhh baru hari tu aku ada cuba beli pil habatussauda. Beli 2 paket, belum makan pun lagi. So aku ke dapur dan telan 2 biji pil tu, pas tu masuk bilik semula, konon nak tidur la kan.
Ishhh dah 2 jam ni sakit tak hilang jugak. Jadi suspend pulak bila tetiba aku berpeluh!. Ni apa pulak duduk bilik aircond takda buat kerja apa pun boleh berpeluh?. Lain macam aja ni. Peluh sejuk.
Aku mula google nak baca simptom/petanda sakit apa ni. Cari...cari...scroll...alamak!...terbaca itu antara simptom heart attack!. Ya ALLAH iya ke ni?. Terbaca pulak situ kalau lewat bertindak boleh bawa maut!.
Jam tu jugak aku terus call ambulan.
Jam 3 pagi ambulan datang ambik aku bawak ke wad kecemasan Hospital. Sampai sana sekumpulan doktor & petugas hospital segera merawat aku. Doktor kata nasib baik juga baru peringkat mild/baru nak jadi. Nasib baik masa kena tu aja aku cepat bertindak call ambulan & terus gi hospital dapatkan rawatan segera kan?. Kalau aku berlengah tu dah jadi lain tu kot.
Gitu gini 6 hari jugak aku lepak wad. Masa tu memang terasa sangat prestasi aku drop dlm 20 ke 30 persen cam tu. Aku seorang yang pantas. Aku berjalan memang laju, buat kerja apa pun laju, memang ngamlah kerja jadi wartawan, kan?.
Teringat dulu staf aku DJ Pool (wartawan Galaksi) pernah cakap "Abang Nas konfom takkan kena heart attack la. Abang jalan laju, buat kerja semua laju".
Hmm....see...rupanya apa yg dia sangka tu jadi sebaliknya kat aku!. Laju ke cergas mana ke kita kalau dah nak kena sakit tu tetap kena jugak kot, kan?. Dia masuk ikut highway lain.
Dekat 3 minggu jugaklah aku rasa prestasi aku merosot. Cepat penat, cepat rasa mengah, selera makan pun kacau. Eh tak best nya masa tu!.
Aku rasa tak best nya aku jadi orang masa tu. Tapi kalau jadi beruk laaagilah tak best kan?. Kan?.
Masa tu selain makan ubat hospital, aku amalkan juga supplement yg adik aku Hafiz belikan, dan paling best utk dalaman pulak aku amalkan minum air dgn bacaan doa yg Ustaz Jeffri Hudi bermurah hati ajarkan. Mohon syifa dari ALLAH swt.
Alhamdulillah semua tu semakin dapat sembuhkan sakitku secara berperingkat. Awal bulan Februari lepas aku dah mula bertugas macam biasa dah, buat liputan berita acara itu ini kat sana sini,
tapi....
....rupanya ada satu lagi ujian aku kena hadap. Balik dari buat satu liputan berita sidang media seorang artis popular, 3 hari lepas tu ada sorang kawan press kat situ bagitau kat fb dia yg dia positif Covid19!. Dia pun baru aja tau dia positif. Bila aku pulak check...kantoi!...aku pun dah positif....sekali satu kapal dgn wife aku jugak. Adehh!.
Kami pulak kena kuarantin haaa amik ko seminggu berkurung kat rumah.
Haaaa ha ah....Sabar Pak.
Haa itu yang ada orang perasan badan aku dah susut sikit kan?. Lepas sakit tu sakit ni pulak.
Actually selera makan tu ada, deria rasa pun ada, tapi tak normal betul, kejap nak makan kejap taknak, kadang boleh makan macam biasa kadang sikit aja dah taknak dah. Kasihan kat wife kadang dia dah masak ni tapi selera aku tetiba nak itu pulak. Haa cam tu. Maaana la tak susut badan tu kan?. Susutnya tahap pakai seluar jeans agak boleh kot kalau nak siap lipat tengah macam pakai kain samping baju raya!. Haaaa ha ha ha!!.
Eh raya ada lagi tak, raya?.
Abih dah?.
Haa tu la pasal.
Apa pun..jangan salahkan takdir, tapi mohonlah syifa/ kesembuhan kepada ALLAH.
Berkat terus usaha dan berdoa, syukur alhamdulillah semua tu dah mula berlalu. Bulan-bulan selanjutnya sampailah sekarang ni ha alhamdulilah aku dah beransur normal, dah kembali dengan rutin seharian, tiap hari terus cari rezeki halal dlm banyak bidang yg aku ceburi.
Prestasi diri aku yang pernah drop sampai cecah 30% dulu tu pun alhamdulillah makin meningkat top skrg. Terima kasih ALLAH swt serta doa dan usaha dari famili, saudara, dan kenalan semua. Thanks menantu kami Fana, anak kami Nasrun dan Datuk Aznil Nawawi/Pak Nil juga dapatkan kapsul supplement Eskayvie Diffenz yg sangat berkesan.
Bangkit!. Sakit akan terus sakit kalau kita terlantar sakit.
Doakan aku ye. Aku doakan semoga semua kita sentiasa dilindungiNya dari segala penyakit, dimurahkan rezeki dan kita semua sukses dalam kehidupan dunia dan akhirat.
Aamiinn.
Wahhhh panjang gila aku tulis pasal sakit, kan?. Korang pulak leka baca sampai habis ye?. Ohh sebab selama ni aku langsung tak pernah bercerita pasal sakit pun kan?.
Taknak la cerita pasal sakit!.
Harap sekali ni aja lah.
Ulasan
Catat Ulasan