CERAMAH, MASAKAN JOHOR & FILEM DEWASA
"....sebab tu kita desak semua filem-filem klasifikasi 'For Adult Only' atau 'Untuk Dewasa Sahaja' diHARAMKAN di semua pawagam di Malaysia!!....." Wahhh!...maka bergemalah sorakan penonton satu Stadium Larkin JB tanda setuju, walhal yang jerit seruan tu budak kecik Sekolah Ugama umur 10 tahun aja pun!. Eh siapa budak tu?. Haaa....nama dia Syed Putra. Dia satu kelas dengan aku masa kami darjah 3 Sekolah Ugama Air Molek Johor Bahru. Cikgu selalu pilih dia jayakan ceramah agama sebab suara dia memang jelas dan lantang. Bila masukkan mesej keras macam tu, haaa memanglah tarik perhatian penonton!. Bagus bagus bagus. Itu antara point penting & berkesan dalam skrip ceramah dia yang aku ingat zaman sekolah rendah dulu sampai skrg. Nama dan karekter Syed Putra aku ingat sampai skrg ni ha. Lepas tu kami terpisah bila kami masuk sekolah menengah yang berlainan sekitar JB. Dah berpuluh tahun tak pernah terjumpa ni. Call ke kontek ke apa sem