Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari, 2024

GENERASI SETERUSNYA....

Imej
Semoga kalian terus sukses. ALLAH maha hebat 

TAHNIAH DATO DJ POOL.

Imej
Sampai skrg aku terharu bila baca mesej drp member aku DJ Pool yg ni. Terkenang balik moment lama ni. Camni...... Dulu lepas dia berhenti kerja DJ radio RMKL, dia buat kerja DJ sendiri.  Lepas tu bapa dia sakit. Pool duduk hospital urus bapa dia dan jobless. Aku masa tu produser Galaksi (TV9). Sebelum ni masa aku produce Melodi (TV3) aku pernah rekomen Michelle Wee jadi wartawan dlm team aku. Lepas tu aku rekomen pulak Saiful Azmi Jamsari join team Melodi jugak.  Rezeki masing2 la kan diaorang dapat kerja.  So bila aku dah ditugaskan produce Galaksi ni pulak aku rekomen Dj Pool join team tu. Alhamdulillah rezeki dia pulak dapat kerja dengan aku. Suatu hari Pool call bagitau aku bapak dia yg sakit tu baru meninggal dunia kat wad hospital. Aku pulak masa tu ada tugas liputan kat Jakarta dan terus Singapura. Aku cuma dapat ucapkan simpati dan takziah dari jauh. Tak silap aku setahun kot lepas t

SENI DAN SUMBANGAN

Imej
Sangkakan setahun rupanya ishh...dah cecah 2 tahun aku dgn partner aku juruvideo Jeffri Iran tak gi cover mana-mana sidang media ke event ke konsert ke. Sejak pergerakan aku agak terhad cam tu. Haaaaa..... Tapi ntah camna petang semalam tetiba...ehh?...kelibat aku ada kat  sidang media pelancaran Program Kembara Showcase Amal Madani Jiwa Malaysia.  Eh kat mana tu?...  Ohhh kat Hotel Mardhiyah Shah Alam. Cumanya aku datang bukan utk cover. Datang atas jemputan member aku Dato DJ Pool / Dato Saiful Bahrim aja. Pool Captain  Antara lain tujuan kembara showcase ni mengadakan persembahan bagi mengutip sumbangan untuk disalurkan kepada insan kurang bernasib baik. Tu sebab ternampk ramai gak artis dan penghibur busker join sama kat majlis tu. Majlis dirasmikan YB Pn Hajah Mariam Abdul Rashid Meru dan Dato DJ Pool. Semoga dipermudahkan segala urusan dan bermanfaat kepada yg memerlukan. #sumbanganikhlas #sidangmedia #kerjaamal #madani #kembara

BANGKIT! JANGAN MANJAKAN SAKIT.

Imej
Masa baru kena heart attack dulu hari-hari aku jalan kena pakai tongkat sebab kaki aku bengkak air & berat. Wahhh aku gigih ni buat exercise & selalu gi check doktor.  Bagus!  Kaki pun dah normal, dah takyah tongkat dah. Dulu aku sangka orang yg berkerusi roda tu cuma sebab cacat ke takleh jalan. Aku silap. Bila aku sendiri sakit ni baru aku tau org boleh jalan pun kena guna kerusi roda gak. Contoh....yg sakit jantung macam aku. Bila kena menapak dlm 3 meter cam tu cepat je dah mengah/penat. So better guna kerusi roda la kan?. Terutama kalau gi appointment hospital. Napa tau?. Sebab banyak pergerakan. Mula gi unit pendaftaran kat tingkat 1, lepas tu gi ambil sample darah kat tkt 2, lepas tu jumpa doktor kat bilik rawatan, pas tu gi ambik ubat kat farmasi kat tkt 1 pulak. Baaanyak movement. Kalau tak guna kerusi roda memang jadi lambat sebab penat. Haa cam tu. Skrg ni....aku boleh jalan kaki tanpa tongkat & kerusi roda, tapi be

TITIANNYA AMAT RAPUH!. AWAS JANGAN RIAK.

Imej
Kecut jugak perut aku bila aku terbaca org komen aku macam ni ha. Sebab....semua atau sesiapa yg aku pernah sempat bantu sikit tu sebenarnya IKHLAS, tak mintak dikhabarkan pun. Kita kita aja tau dah la kan. Aku takut kalau ramai tau nanti tetiba timbul riak kat aku, habis hilang semua pahala keikhlasan tu. Kan? Keikhlasan amat PENTING. Tapi tu la....aku faham...pihak yg terima tu hargai apa yg kita bantu (terutama bila melibatkan anak/isteri/famili), dan dia khabarkan kepada umum sebagai penghargaan dia kpd kita. Bukan kita yg mintak dia umumkan. Kan?. Hmmm...dah clash 2 permintaan. Camni ajalah.  Kita teruskan nawaitu keikhlasan kita sebab itu yg diajar agama kita... .....tapi terus pastikan kita jangan mudah jatuh riak dgn pujian sesiapa... Terus buat semua kerana ALLAH. Berdoa ALLAH tetapkan hati kita tak mudah berbolak balik. Selamba aja teruskan, sebab takkan pulak kita nak marah org tu napa dia bagitau kat orang lain, kan?. Itu hak dia  Begitu hebatnya dugaan......dan

RAWATAN LANJUT SERANGAN JANTUNG. SABAR. DOA YG BAIK.

Imej
Update : Baru ni patutnya slot aku jalani rawatan Angio ekoran serangan jantung yg aku alami tu. Dah datang hospital. Jam 9 pagi masuk wad. Ambil sample darah, dan tunggu kat katil. Prosidurnya bila keputusan ujian darah dah dapat & okay nanti baru rawatan/operasi Angio boleh dimulakan. Tghari tu doktor datang. Dia jelaskan keputusan ujian darah aku. Kepekatan/kecairan darah aku tak sesuai utk prosedur buat Angio hari tu.  Kena tangguh dulu, keluar wad, tukar ubat yg lebih sesuai. Bulan Mac nanti datang buat scanning semula dan kalau sesuai nanti barulah buat Angio. So petang tu keluar wad semula. In sya ALLAH sambung bulan Mac nanti.  Semoga segalanya dipermudahkanNYA. Kita doa yang baik-baik aja untuk semua ye. Aamiinn.

Syukur ziarah.

Imej
Akhirnya ptg smlm Aida Hussin manager Mewah Event sempat juga datang ziarah aku kat rumah. Dah dua tiga kali tertangguh sebab clash date dengan aku ada appointment hospital. Aida datang dengan member kami jugak Juria Banding manager Dato Ramli Sarip. Alamak...Dato Ramli tak sempat join sama sebab clash date pulak dgn practise/urusan utk konsert Sweet Charity nanti. Kita sama fighter Juria!. Terima kasih kalian sudi  datang ziarah serta keikhlasan buahtangan dan sumbangan. Jazakillahu khayran. Semoga semua kita sekeluarga sentiasa dilindungi dan mendapat rahmat ALLAH swt. Kita teruskan sukses!.